Semuanya bola. Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut perlawanan bola, apabila menyatakan bahawa beliau akan memberikan kad kuning atau merah kepada Menteri dan Timbalan Menteri jika mendapati ada yang tidak berfungsi dengan baik seperti mana yang dikehendaki. Analoginya bola.
Semalam analogi bola timbul lagi. Lokasi ialah di Auditorium Perdana RTM ketika pertemuan dengan kakitangan Kementerian Penerangan (MOI). Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, menyifatkan usaha pembentukan Barisan Kabinet pada Khamis lalu ibarat tugas pengurus pasukan bolasepak memilih 'dream team' untuk melaksanakan satu misi memenangi perlawanan.
Sebagai pengurus pasukan, Perdana Menteri memilih pasukan bolasepaknya dan setiap pemain diberikan tugas sebagai penyerang, pemain pertahanan, sayap, midfielder ataupun penjaga gol. Ada juga menjadi pemain simpanan bukan kerana tidak pandai bermain tetapi kerana faktor tertentu. Antaranya ialah kemungkinan untuk mengelakkan pemain itu tercedera lagi atau kena dua kali kad kuning.
Oleh itu, setiap Menteri yang dipilih termasuk dirinya perlu memastikan 'pasukan' mereka menang dalam posisi apa sekalipun. Ini bermakna penyerang perlu berusaha bersungguh-sungguh menyumbat gol manakala penjaga gol pula jangan membiarkan gawangnya bolos. Begitu juga pemain lain yang saling bantu membantu.
Bagi pemain simpanan, mereka janganlah bersedih kerana mereka juga mempunyai peranan satu hari nanti dalam perlawanan akan datang. Ini bermakna pemimpin yang tidak terpilih perlu reda bahawa kali ini pengurus memberi peluang kepada pemain lain dulu untuk memastikan 'dream team' memenangi perlawanan. Janganlah kalah selalu.
(Renungan Rimau : Dulu ada pemain bolasepak yang mengambil rasuah dan dibuang daerah. Oleh itu, pemain bolasepak jangan mengambil rasuah kerana bukan saja dibuang daerah tetapi nama akan menjadi 'busuk' dan memalukan kaum keluarga. Tidak mengapa menjadi pemain simpanan daripada dilabelkan sebagai pemain rasuah. Faham-faham sajalah.)
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
saya semakin kagum dgn Najib..
Menteri memang pandai cakap dato'
Dalam situasi nak ambil hati, sebagai bapa kepada anak-anak, biarlah sama rata, nampakkan keadilan, jangan tunjukkan pilih kasih.
Bagaimana perasaan anak yang berjaya, tiba-tiba yang kalah diberi peranan, tetapi yang menang dipinggirkan.
Bagi si anak itu mungkin boleh terima, sebab yang buat keputusan adalah seorang bapa, maka terimalah aje, tetapi bagaimana hati jiran-jiran, bagaimana hati teman-teman?
Anggapan orang luar kepada si bapa ialah bapa mungkin sudah singet, tidak betul, dan dipengaruhi pihak emak tiri.
Mungkin YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mendapat simpati yang bertambah-tambah, apatah lagi apabila Tun Dr mahathir tidak sudah-sudah nak peleceh, dan membodoh.
Tun Dr Mahathir, jarang insaf kepada akibat perbutan itu, namun adakah perkataa insaf dalam kamus politik?
Dalam saf kepimpinan negara, anak bangsawan diberi peranan berlebihan, dan melampau, tetapi wakil akar umbi dilayani seperti anak tiri. Hanya mungkin Jamil Khir dari tentera, yang diletakkan sebagai mesin top up.
Jamil khir ditarik dalam politik seperti juga yang dilakukan ke atas Dr. Hamid Othman, Dr Yusof Nor, Genderal Abdul Hamid Zainah Abidin, dan Dr Abdullah Mat Zain.
Memang sukar untuk memuaskan semua orang, tetapi puaskah hati si bapa apabila melihat lahirnya beberapa hang jebat seperti dalam cerita Hang Tuah.
Si Hang Tuah tidak apa-apa tetapi Hang Jebat pula yang berang dan membela, di situasi itu Hang Jebat sudah terlewat untuk diberi nasihat.
Akhirnya Hang Jebat mati dalam tangan Hang Tuah sendiri. Namum mampukah Hang Tuah menerima hakikat kematian Hang Jebat sedemikian rupa?
Menteri boleh kata kononnya sebagai pemain simpanan, namun dalam perjuangan kalah mati, sesuaikah ia diletakkan dalam simpanan.
Sebagai menteri sukan dan belia, meletakkan simpanan cara begini kita tidak akan menang apa-apa juara. Negara tidak akan menang apa-apa, kecuali takdir mengatakan sebaliknya.
assalamualaikum tok rimau
cuma bila dah main bola nih kena pastikan pengadil punya wisel berbunyi jangan masuk air nanti kena baling kerusi macam kat stadium kelantan
Dear Tiger,
Inevitably Malaysia has to go nuclear for power production in about 15 to 20 years. I have set up a new blog to discuss this. please see: http://anuclearmalaysia.blogspot.com/
Thanks AMO
Kelihatan seorang anak bongsu yang manja terlompat-lompat kegirangan sambil bercerita kepada bapanya ...
"Daddy, Daddy ... Muh dapat jadi Tim. Menteri ... Thanks a lot Daddy!!Sayangggg Daddy!"
"Bagus Anakku!" Sambil matanya bersinar ...
"Dah lama dah aku dengki ngan MITI ni. Hari ni aku dah berkuasa! HA! ha! ha!" sambil terkeluar tanduk di kepalanya dan kelawar2 berterbangan disana-sini sambil berkata AP! AP! AP! AP! yea! yea! tuan dan anak dapat AP .....
Masalahnya pemain simpanan dah betui punya perabih duit dan sebagainya untuk melobi jadi pemain utama tut-tup di senarai pemain simpanan jugak....duit dah habis, mana nak cekau duit nak bayarq hutang...........
Salam tok,
saya teringat piala dunia 1990, dimana seorang pemian simpanan pasukan bolasepak itali, salvatore schillichi, adalah pemain simpanan yang menyerlah dalam skuad tersebut hingga membawa itali ke semi final, teringat juga pada rusdi suparman masa zaman selangor tengah top dulu..dia masuk saje mesti gol...dimasa-masa yang diperlukan pemain simpanan ni ada fingsinya...saya setuju dengan datuk supaya kita berbangga jadi pemain simpanan dari menjadi "pemain perasuah".
Kalau nak dijadikan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan sebagai asas rujukan maka hampeh lah jawabnya..
SALAM TOK
JANGAN BIARKAN PEMAIN SIMPANAN TUNGGU TERLALU LAMA UNTUK BERMAIN...MANALAH TAHU PASUKAN LAWAN BELI DAN UP SIKIT GAJI...PERLUKAN DIWUJUDKAN PASUKAN PELAPIS..MUNGKIN ADA PEMAIN MUDA YANG TERSERLAH BAKATNYA... SEKIRANYA DIBERI PELUANG UNTUK BERGABUNG DENGAN PEMAIN DAN SIMPANAN RASANYA LAGI KUAT TU.. AGAK2NYA BOLEH TAK TOK DI PIKIR2KAN..
Tak masuk akal betul.. yang first eleven jadi pemain gantian..yang dalam training, apa lagi time selection trial...kalah nombor 3, kena angkat jadi pemain utama..!!
Kalau yang menang tadi tu cedera, lain cerita lahh, tapi tidak pula. Ini mesti ada `UDANG DISEBALIK MAGGI NI'... tapi, kenapa nak tutup erat-erat, mana ketelusan, mana transformasi...MANA????
Orang sudah beratur menyokong pemain yang menang ni kita nak letak mana??? Apakah mereka tiada hak untuk mengetahui RAHSIA disebalik tabir ini?? Apakah mereka itu tidak penting??
Cakap nak buat perubahan..kenapa buat sekerat-sekerat,kalau nak perubahan..GO FOR IT!! Jangan pandai cakap saja...
HADAPKAN TUN.MAHATHIR KE LEMBAGA DISIPLIN PARTI KERANA PERANGAI BELIAU MENCACI UMNO DAN PEMIMPIN UMNO SESUKA HATI BELIAU...kalau ada yang berani lerrr. Itu barulah namanya PERUBAHAN, bukan RHETORIK saja.
Post a Comment