Sunday, April 19, 2009

MEMBINA NEGARA BANGSA

JELEBU 19 April — Media swasta termasuk televisyen dan radio diminta membuat pembaharuan dengan meletakkan kepentingan negara di hadapan nilai komersial mereka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Utama Dr Rais Yatim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan media swasta dalam masa terdekat bagi membincangkan pembaharuan yang akan dilakukan itu agar ia memenuhi aspirasi membina negara.

Pembaharuan itu bagaimanapun akan dibuat supaya tidak merugikan amalan komersil dan nilai keuntungan yang menjadi tunjang utama pihak swasta ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Seni Budaya di Simpang Pertang hari ini.

DSU Dr Rais berkata beliau telah meneliti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyentuh tidak kurang dari 52 peranan menteri berkaitan untuk menggerakkan jentera kerajaan dan swasta bagi membina negara dan bangsa Malaysia,

“Jika semua media mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, isu menyalahkan mereka oleh beberapa pihak tidak akan timbul...soalnya sekarang ialah ada saluran yang langsung tidak membawa mesej membina negara bangsa,” katanya. - BERNAMA

Ikuti temuramah Mingguan Malaysia hari ini dengan Dr Rais di di sini .

(Renungan Rimau : Jika semua stesen penyiaran negara ini mengutamakan kepentingan negara daripada segala-galanya, maka AKM 98 tidak perlu digunakan apatah lagi semua orang memahami Kod Kandungan yang terkandung dalam AKM 98. Cuma adakah stesen swasta melantik kumpulan pemantau yang mengawal selia kandungan itu terdiri mereka yang benar-benar layak atau setengah masak? Jika separuh masak, sudah tentu program yang disiarkan tidak akan membantu negara, malah boleh meruntuhkan bangsa. Fikir-fikirlah.)

3 comments:

orgkpgdoha said...

Salam Datuk Tiger.

MCMC seharusnya dibawah satu Menteri yang mengawal Kementerian Penerangan dan mltimedia.. MCMC adalah satu badan yang memberi lesen multimedia dan penyiaran. PM telah membuat satu langkah yang betul dan tepat mencantumkan kedua-dua agensi ini dibawah satu menteri.

Ketika dahulu, Kementerian Penerangan tidak dapat bertindak keatas mana-mana TV swasta yang telah menyiarkan berita-berita yang tidak menyokong hasrat kerajaan, malah pegawai-pegawai atasan TV Swasta tidak mengambil berat mengenai teguran kementerian Penerangan.

Kementerian Penerangan tidak boleh mengambil tindakan keatas stesen2 TV swasta ini seperti menarik balik atau mengantung lesen kerana menteri penerangan tidak ada kuasa .

Oleh itu saya amat bersetuju kedua-dua kementerian ini disatukan dibawah satu kuasa menteri.

Ingat-ingat lah wahai TV swasta.....

Anonymous said...

Kenyataan Menteri Komunikasi , Penerangan dan kebudayaan amatlah tepat. Buat permulaan saya ingin mengariskan 10 sebab mengapa Menteri tersebut akan gagal dalam misi menasihati TV swasta di Malaysia

1. TV Swasta di bawah naungan kuasa2 besar seperti Tan SriJutawan dan Tan Sri Menteri
2. Pengurusan rata2 pentingkan wang ,wang dan wang sahaja – agenda pembangunan Negara dan ‘social obligation ‘ adalah perkataan sial bagi mereka.
3. Pengurusan atasan Media Prima dan Astro di tadbir oleh warga asing yang tidak peduli langsung dengan pembangunan Negara
4. Pengarah syarikat terutamanya di Media Prima asal nya dari firma pengiklanan – mereka pula membawa kuncu 2 mereka yang mata duitan – sehingga advertiser kuasai perisian
5. ada tangan2 invisible politik yang mempengharuhi mereka – hubungan tokoh politik dengan Media Prima misalnya
6. TV swasta dimiliki oleh ‘pemilik saham luar negara’ melalui AK
7. Ajensi iklan dikuasai oleh kaum Cina dan MPB menjadi hamba mereka
8. pengurusan Media prima , Datin Paduka pengurus besar kumpulan sumber manusia mempunyai hubungan fiber optic dengan keluarga TUn Abdullah Ahmad Badawi dan baru2 ini telah memberhentikan hamper 500 pekerja tv3 dan ditukar ke anak syarikatnya primeworks secara paksaan.

9. Media prima sedang memasang fiber optic dengan keluarga DS Rosmah melalui kuncu2 beliau

10. Raiz kena ubah RTM sebelum ubah TV swasta


Anak watan
Bukit Lanjan
Selangor

OrgPokokSena said...

Salam Anak Watan..

Setuju dengan anak watan..Orang TV Swasta semuanya kaki bizness..wang wang wang...apa perlu utamakan hasrat harmoni kerajaan..tidak masuk wang.