Esok, mesyuarat Kabinet pertama DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Bersejarah dan amat bermakna. Ia sudah pasti permulaan kepada perjalanan politik anak PM yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini.
Mesyuarat pertama ini pasti menjadi pentas kepada Perdana Menteri untuk menerangkan kepada anggota Jemaah Kabinet halatuju yang ingin dibawanya. Visi dan misinya.
Halatuju ini perlu jelas dan difahami agar Menteri dapat melaksanakannya dengan sempurna. Perkara yang kabur perlu diterangkan. Yang sudah terang perlu dinyatakan novelty di sebalik perubahan itu. Ini termasuklah pengecilan bilangan Kementerian.
Antara perkara yang mungkin ingin difahami ialah mentiadakan Kementerian Keusahawanan dan penggabungan Kementerian Penerangan dengan komunikasi, kesenian dan kebudayaaan. Kementerian yang menjaga kepentingan Melayu. Satu lagi kementerian yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan memantau media elektronik di negara ini
Sebagai anak panglima Melayu, DS Najib sudah pasti tidak mengabaikan kepentingan untuk memajukan bangsa Melayu dan Bumiputera. Golongan ini adalah majoriti di negara ini dan sudah tentu perlu mendapat pembelaan sewajarnya. Apatah lagi hak mereka termaktub dalam Perlembagaan yang tidak perlu dipertikaikan oleh orang lain. Persetankan mereka yang sentiasa mengungkit atau menangguk di air keroh dengan memainkan sentimen perkauman sempit ini untuk kepentingan politik.
Perdana Menteri sudah pasti mahu melihat bahawa nasib bangsa Melayu terbela seperti mana yang dilakukan oleh ayahandanya dengan memperkenalkan FELDA yang telah banyak membantu orang Melayu di seluruh negara. Ini bukan perkara main-main kerana 'sumpah' bangsa Melayu amat kuat terhadap pemimpin yang mengkhianati mereka.
Pemimpin yang hanya memikirkan kepentingan peribadi dengan menolak kepentingan bangsa akan dilaknatkan seperti yang terjadi kepada individu tertentu sekarang. Pemimpin ini sudah pasti akan terkapai-kapai dan melolong ke sana ke sini untuk mengejar jawatan.
Hakikatnya, DS Najib amat sedar mengenai usaha membina negara bangsa, membela golongan yang memerlukan terutama Bumiputera dan Melayu. Sudah pasti mesyuarat pertamanya esok akan menyediakan medan untuk beliau menerangkannya.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
DIY,
Dgn penuh harapan agar Dato' Seri Najib memastikan sistem penyampaian terus ke akar umbi. Kakitangan awam bertugas dengan penuh tanggungjawab agar rakyat puas hati.
Begitu juga dgn parti & pemimpin komponen BN bekerja dgn penuh yakin. Jgn harapkan org tengah yg sentiasa berkata 'semua OK Boss'. Pemimpin terus mendengar masalah dan selesaikan... jgn harap org tengah.
Fikir-fikirlah
Salam,
Selalunya yang pertama tu akan mencorakkan segalanya...
Berjayanya atau tidak bergantung kepada yang pertama...
Sekian,
Dato Najib harus membuat pembaharuan dlm struktur PTD dan PTA supaya bersifat teknokrat didlm memenuhi iltizam 1Malaysia
Pastikan PTD dan PTA adalah mereka mereka yg cekap dan berjiwa national
mereka mereka yg bersih dan tidak bolih dijadikan kuda olih mana mana pihak sekali pun
Mungkin mudah untuk berkata-kata, tapi untuk melaksanakan sebenarnya amat payah. Selagi tidak ada kesudahan bangsa Melayu bertelagah sesama sendiri, selagi itulah segala yang dirancang akan tergendala. Pokok pangkalnya adalah di hati bangsa Melayu sendiri agar kembali bersatu, jangan berpuak-puak dan irihati sesama sendiri. Kekuatan politik seseorang sebenarnya bukannya `aku orang dia' dan `dia orang aku'.Tetapi adalah kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh rakyat kepada mereka. Buktikan kepada masyarakat kesepakatan dan persefahaman di kalangan kepimpinan yang boleh berjalan seiring tanpa menjurus kepada pergolakan yang seolah-olah membuka pekung sendiri.
Surat Terbuka Untuk Datuk Tiger
APA PASAL YANG BERHORMAT PKR BERTINDIK DI KEMALUAN NYA???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ratu-porn-pkr-di-puja-anwar-al-juburi.html
Kenapa tuan tidak uddate blog ni, sibul ke ?
Post a Comment