Thursday, April 9, 2009

KABINET BARU UTAMAKAN RAKYAT

Tiada yang lebih mengharukan apabila menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, benar-benar mahu membawa perubahan. Bukan cakap kosong tetapi amat serius untuk memastikan negara melalui perubahan besar.

Sejak dilantik Jumaat lalu, beliau menunjukkan indikasi mengenai rasa tanggungjawabnya untuk membantu rakyat. Secara simboliknya beliau membebaskan rakyat yang sudah insaf mengikut ISA dan seterusnya ingin mengkaji akta berkenaan.

Keesokan harinya beliau turun padang untuk bertemu rakyat. Bersalam dengan mereka. Minum teh tarik. Dan yang lebih penting ialah mengetahui masalah rakyat di Kampung Kerinci.

Hari ini, DS Najib melakukannya lagi - semata-mata untuk rakyat. Mengumumkan Kabinet Rakyat. Mengemukakan muka baru dan lama untuk memastikan kepentingan rakyat diutamakan. Malah Perdana Menteri membuat pendekatan baru iaitu mengadakan KPI bagi setiap Menteri dan Timbalan Menteri.

Ini semata-mata untuk memastikan Menteri dan Timbalan Menteri bekerja kuat untuk rakyat. Ia menagih anggota Kabinetnya memberikan komitmen tinggi kepada rakyat. Bukan main-main. Bukan main golf seperti dinyatakan oleh seorang wartawan kanan bahawa ada Timbalan Menteri mengaku bahawa beliau 'tiada kerja' dan asyik main golf. Apa ni? Lebih baik jadi blogger seperti yang dikehendaki oleh DS Najib sekarang.

DS Najib mahu barisan Kabinet yang dilantik itu disenangi rakyat. Bukan yang suka membazir termasuk menampal wajah mereka di billboard. Menteri mesti bijaksana dan mengikuti peredaran zaman. Individu begini diberikan tempat.

Ini termasuk mereka yang articulate seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim yang kini menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian. Ini yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan dengan pengarang kanan media tempatan, sejurus pengumuman petang tadi.

Beliau melantik muka baru seperti Ahmad Maslan dari Pontian, Dr Puad Zakarshi dari Batu Pahat dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Shirlin dari Sabah bagi meremajakan kerajaan. Mereka mampu memberi input-input terbaik terutama yang membabitkan golongan muda dan remaja. Mereka ini akan menjadi pemimpin akan datang.

Perdana Menteri juga mahu pemimpin muda seperti Dato Ahmad Shabery Cheek yang kini menerajui KBS memperhebatkan usaha untuk mendekati golongan belia dan remaja agar mereka benar-benar bersama kerajaan. Golongan ini penting kerana merekalah yang menentukan kerajaan pada masa akan datang.

Pengumuman hari ini adalah satu daripada proses panjang untuk membawa perubahan kepada negara ini. Malaysia mempunyai rakyat yang berwibawa, berbakat dan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

16 comments:

burungjantan said...

Kebencian boleh bermula dari mana-mana, tetapi boleh mengambil iktibar dari kejadian yang pernah berlaku. Misalnya Ketua Pemuda UMNO.

Apa jadi apabila Tun Dr Mahathir melantik Menteri Pelajaran datangnya bukan dari wakil rakyat.

Apa jadi apabila Datuk Zahid Hamid tidak dilantik menteri apabila beliau menjadi ketua pemuda UMNO

Apa jadi apabila Tun Musa Hitam tidak menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Apa jadi apabila Anwar Ibrahim dipecat.

Sekarang apa akan jadi apabila Khairy Jamaluddin tercicir dari senarai kabenet.

Kita akan melihat UMNO sudah dekat dengan liang lahat.

ChengHo said...

Kempen + kebudayan & kesenian + komunikasi= Siapa KSU?

Anonymous said...

Datuk,

Mengapa staf RTM hapi sangat hari ini?

Saya di kantin Angkasapuri semasa pengumuman kabinet baru, bila nama Shabery Cheek diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan, ramai bersorak sakan. Hapi sungguh mereka.
Saya terdengar juga suara-suara sumbang berkata " Brahim" juga tak lama di sini.

Esok pasti banyak pisang disedekah di Surau Muhammadiah.


Staf IPTAR

terubuk jantan said...

salam datuk,
kata datuk scribe(akj), barisan kabinet ini menarik /interesting dalam astro awani tadi.Saya boleh katakan bahawa saf kabinet ini bersendikan rakyat dan juga bertunjangkan aspirasi rakyat.Tahniah kementerian penerangan mendapat seorang menteri yang bertaraf "world".

luah fikiran said...

DS Najib telah mengambilkira pandangan pelbagai pihak. Apapun Najib tak kan dapat memuaskan hati semua pihak. Mengekalkan tokoh-tokoh tertentu,mengeluarkan beberapa orang lama, dan tidak membawa masuk individu tertentu adalah langkah yang tepat.Sekarang ini, kita kena beri ruang dan peluang kepada pasukan ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

COWENG ANAK PILAH said...

Assalamualaikum Datuk,

Begitulah hebatnya orang nogori ni hah...Bila dah ketengah dia tak akan mundar mandir, tapi akan lebih agresif...punya pegangan dan pendirian.

Harap2 RTM selepas ini akan lebih terserlah kehebatannya.

pulasperut said...

aku bkn nak sebelah mane2 pihak, tp aku puas ati sgt bile name KJ xde dlm senarai. puas!!

Malaysian Hollywood 2.0 said...

ini mungkin kabinet one malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan… tak apa, berikan mereka 6 bulan dan tengok siapa mendapat kad kuning dalam report card prestasi mereka… satu permulaan segar…. biarkan bunga itu segar. jika bajanya mencukupi, pasti bunga itu terus berkuntum, tetapi jika tidak, bunga itu pasti layu……….. Layu sebelum berkembang……… dan digantikan bunga baru…..

Anonymous said...

REZEKI ADA DI MANA-MANA....

Anonymous said...

Saya cadangkan , staff RTM boleh kerah idea untuk logo barunya.samada TV1, TV2, RTM dan yang tentunya logo MOI tak boleh pakai lagi bermula esok. Seperti biasa setiap menteri akan ada logonya tersendiri.

Kalau boleh kali ni logonga lebih ceria

allahYarham said...

Saya pun rasa eloklah tyger undur diri sebelum orang sedekah pisang melambak-lambak.

Ini pernah berlaku pada ... di angkasapuri.

Ex-UMNO said...

Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

Anonymous said...

Boss baru lagi. I only hope he will bring RTM to greater heights. Tapi please tolonglah jangan re-branding lagi. Cukuplah meningkatkan apa yang ada. Penat dah kami di bahagian kreatif ni. Saya yakin kita boleh menjadikan RTM lebih di terima penonton dan pendengar dengan landasan baru 'Transformasi' kita. Kalau semua staff lebih dedicated kepada tugas (tempat cari rezeki) dan tak asyik nak memperkecilkan RTM dan juga kebolehan sendiri, mesti boleh berjaya punya, saya generasi baru kat sini dan saya selalu mengharapkan yang terbaik untuk RTM. Cuma kita perlu berubah.

Last sekali (kepada yg komen) buat apala nak tulis komen mcm 'kurang ajar' tu? kita orana yang bertamadun dan beragama, tulislah elok sikit. Kalau marah sangat.. tak payah tulislah. Marah kat tempat lain ajela.

Anyway, saya pasti dengan kabinet baru dan pendekatan baru PM kita, akan mengembalikan Malaysia yang kita kenali sebagai Aman Makmur bersama masyarakat Majmuk seperti yang kita nikmati selama lebih 50 tahun ini..

Birdy.

SangKunang said...

tahniah MOI.
menteri baru penuh pengalaman, dlm selok belok antarabangsa ...

Kulupbana said...

Saya pernah cari rezeki di RTM; biasanya belum lagi van bergerak keluar, 'pilot' dah tanya jam berapa kita nak habis ni?

Apakah 'attitude' ini dah berubah? kalau tidak elok lah ditransformasikan.

Anonymous said...

Kita cerita pasal kabinet ke pasal KP Penyiaran ni?? naik poning kopala oden...

Alah Tok... terjah saja apa yang patut, sapa tak suka..hantar surat letak jawatan kat meja KP penyiaran besok pagi...!! Boleh blahhh, carilah kerja kat stesen swasta tu...tentu besar gajinya berdasarkan pengalaman dengan RTM dulu tu....

Mula2, memang ramai yang tak suka.. bila dah kenal mesra...okaylah tu nanti.

Good Luck Tok Rimau...all the best from SABAH>