Siapa akan menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi (MPE)? Ini soalan yang saya tanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam pertemuan dengan pengarang kanan media selepas pengumuman Barisan Kabinet semalam.
Beliau menjawab bahawa 'belum ada lagi calonnya'. Belum ada? Pasti sudah ada dalam fikiran PM, cuma menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. Jawatan pengerusi ini bertaraf Menteri. Siapakah agaknya? Ramai calon di pasaran.
Bagi saya, usaha mewujudkan MPE ini amat baik seperti juga penubuhan MTEN ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. MPE akan dapat membantu kerajaan dalam menasihatkan apakah pendekatan dan langkah terbaik untuk dilaksanakan segera bagi membantu rakyat menghadapi kemelut ekonomi dunia sekarang.
Masalah kegawatan ekonomi ini perlu diatasi segera terutama golongan yang benar-benar terjejas terutama golongan peniaga dan pekerja. Syarikat yang terjejas juga perlu dibantu seperti mana yang dilakukan dalam pakej rangsangan ekonomi 1 dan 2.
Peniaga kehilangan keuntungan kerana jumlah jualan yang merosot. Pekerja yang hilang pekerjaan kerana syarikat terpaksa 'gulung tikar' kerana tiada permintaan eksport. Tiada permintaan, maka tiadalah penawaran atau pengeluaran produk. Syarikat yang banyak terjejas ialah dalam bidang pembuatan terutama mereka yang mengeksport ke Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Rakyat yang menghadapi masalah ini perlu dibantu sejajar dengan slogan pemerintahan DS Najib sekarang iaitu mengutamakan rakyat. Ketika ini, pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan termasuk menyediakan peluang pekerajaan dan mendaftar mereka yang hilang pekerjaan. Bagaimanapun, usaha seumpama itu perlu berterusan agar segala masalah yang ada diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
Oleh itu, Menteri yang terbabit secara langsung dalam usaha ini perlu memikirkan sesuatu di luar lingkungan agar masalah rakyat ini diberikan perhatian. Tiada sokongan rakyat, tiadalah kerajaan.
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Pengurusi MPE ialah Tun Dr mahathir Mohammad. Bukankah dia dulu (1998) yang menyelamatkan Ringgit dari terjunam dengan menyelamat Ringgit sama kepada USD.
Lagipun bukankah Mukhriz itu ada dalam MITI, yang jaga perdanganan. Malahan bukankah dia dulu yang menjadi ketua pulaukan barang/jemana Israel.
Apabila pulau memulau tak adalah barang yang boleh dijual dan tak adalah barang yang nak dibeli. Yaitu pasaran tak ada. Tak ada pasaran.
Salahudin sesuai tak?
salam datuk,
saya mencadangkan pakar ekonomi dari gologan yang pelbagai termasuklah yang pernah berniaga pasar malam atau penjajaja kecil yang mempunyai kemahiran , kelayakan, akademik yang mana boleh diperah ilmu dan pengalaman mereka.Juga saya mencadangkan supaya agar tidak perlu berkerjasama dengan pembangkang.
Saya tak nak jawab posting Tu ini, hany nak ucapkan Tahniah atas perlantikan DIY sebagai DG. Saya turut gembira. Salam damai
cakaplah apa pun.... pilihansaya
TUN DR MAHATHIR
DIY,
Kerajaan yang begitu prihatin, yg dibuang kerja juga mahu dibantu agar tidak sengsara, terbelalah anak bini dan masa depan mereka.
Ada yg masih mempunyai kerja dan berjawatan tetap dgn kerjaan bila ditambah kerjanya bukan main marah. Itu tak boleh ini tak boleh, dia lg pandai dan sabotaj.
Sabotajnya itu pula menunjukkan kebodohan mereka.
Sehinggakan sedekah pisang kat surau bila boss kena tukar.
Kalaulah ditukarkan org2 yang berjawatan tetap itu kepada tukang kebun sekolah @ kerani sekolah apa kata mereka.
Apa dah jadi kat rakyat Malaysia...
Kenapa bila kerajaan dah bantu segenap segi masih lagi katakan itu tak bagus ini tak bagus.
Adakah yang akan datang lagi bagus dari yang pergi?
fikir-fikirlah
nor yaacob
Post a Comment