Selepas pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2008, rakyat menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam Malaysia. Habis satu bab. Peralihan kuasa yang berjalan dengan sempurna dan tertib. Tidak di sesetengah negara yang terpaksa menumpahkan darah atau hura-hara sehingga menyusahkan rakyat.
Kini tumpuan diberikan kepada barisan Kabinet baru. Ia sudah pasti akan diumumkan dalam beberapa hari lagi kerana sebagai pemimpin yang dinamik, DS Najib pasti mahu memastikan Kabinet segera dibentuk untuk melaksanakan program kerajaan. Banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan. Sudah pasti ia akan disegerakan. Sabar.
Dalam pada itu, banyak sms yang disebarkan mengenai jumlah menteri yang akan dilantik. Ada juga yang menyebarkan nama-nama menteri yang keluar dan mereka yang akan masuk. Daripada mana kumpulan ini tahu? Ada ejen kenit ke?
Ada juga yang menyampaikan SMS berdasarkan perkiraan mereka berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Kata mereka, yang menang akan masuk dan yang kalah akan keluar. Betul ke begitu? Saya pasti pemilihan seperti itu bukanlah cara yang terbaik untuk memilih pemimpin.
DS Najib pernah meminta perwakilan UMNO memilih pemimpin yang ada integriti dan berwibawa sebagai ahli Majlis Tertinggi. Pemimpin yang berintegriti dan berwibawa sepatutnya dalam Kabinet.
Selain itu, adakah yang kalah akan keluar? Hakikatnya, apakah kita ingin menyamakan pemimpin yang kalah merebut jawatan Majlis Tertinggi dengan pemimpin yang kalah merebut jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden? Itulah yang perlu kita fikirkan bersama.
Siapakah yang akan masuk?
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam dato,
yang paling penting saf kabinaet dato seri pm ini perlu intergriti dan bersih dari semua skandal,persepsi dan rasuah.Kami amat berharap menteri yang tidak perform akan dikeluarkan.Mohon juga jangan dikeluarkan Dato Seri Utama Rais Yatim, kerana beliau menteri yang amat berguna dan relevan bagi setiap kepimpinan.
Bro Dato',.. minta jangan yg masuk tu 'Wang' cukup le,..heheh.. I believe BN will reclaim Bkt Gantang,.. the winds of change is blowing in Malaysia.. Insyaalah DS Najib will reform d govt..till den b safe...
~bro brotherhood
Ni apa cerita ni Datok?...saya ingat bila RTM dapat Pengarah baru berubah la dia punya cara...tapi siaran langsung ucapan Dr M dan propaganda pilihanraya UMNO bukan menyebabkan orang suka.
Makin menyampah lagi la. Berubahlah perangai lama kalau masih nak dengar cakap rakyat la.
GAP
Salam...layari blog kami www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Kami berkhidmat..anda berbakti..semoga kita dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Mesej perpaduan dan pembangunan Mahathir di Bukit Selambau
http://selamba-u.blogspot.com/2009/04/mesej-pembangunan-dan-perpaduan-oleh.html
yg kalah dalam pemilihan parti hanya ditolak oleh orang2 parti.mungkin rakyat masih memerlukan mereka...
tp semua yg ada sekarang tak semestinya perlu dipakai lagi.muka-muka baru yang berkebolehan dan berkemampuan perlu diberi peluang.
Post a Comment