Tuesday, May 5, 2009

KEDINGINAN YANG AMAT DIPERLUKAN

Posting Keempat - 6.15 petang (Paro, 4.15 ptg - minum petang)

Tahukah anda burung gagak adalah 'burung negara' di Bhutan. Perrgggh.

Lelaki di Bhutan akan memakai pakaian campuran 'kimono' dan 'skirt'. Ia dikenali sebagai 'gho'. Jika hendak duduk, pastikan anda sentiasa memikirkan bahawa anda memakai skirt. Jika wanita sudah biasa dengan pemakaian skirt itu.

Ada lelaki yang duduk tanpa memikirkannya. Ahhh..sudah tentu pandangan yang pelik.

Apapun, lelaki Bhutan berbangga mengenakan 'gho'. Dengan stokin panjang.

Yang wanitanya pula ialah 'kira'.

(Kira yang dipakai oleh wanita Bhutan. Sumber gambar oleh Ven S Dhammika)



Posting Ketiga - 4.15 petang (Paro, 2.15 ptg - selepas makan tengahari)

Ada cerita dari Bhutan. Seorang wanita berjalan kaki sejauh 500 kilometer semata-mata untuk mengundi dalam pilihan raya. Ya... berjalan kaki sejauh itu. Seperti dari JB ke Perlis.

Dalam perjalanan melalui lebuhraya, ramai yang ingin menumpangkannya. Tetapi beliau tidak mahu. Pening kepala jika menaiki kereta. Jalan pun bagus, boleh kurus badan. Perrrggghhhh.

DIY sebulan di Bhutan? Kurus? Pasti. Gadafi perlu ke Bhutan untuk kurus sikit. Azmah? Murni? N? Ahha....Haida pun sesuai kot. YahMZ dirasakan teramatlah perlu.

Hasrat wanita Bhutan ini murni. Mahu memastikan beliau mengundi dalam pilihan raya. Alangkah baiknya ramai rakyat Malaysia seperti ini. Mahu menjadi pengundi yang bertanggungjawab dan bijak. Jangan semborono. Dapatlah Ahli Parlimen yang suka berhenti...apabila dia suka. Apa ni?

Posting Kedua - 3.10 petang (Paro, 1.10 ptg - berhenti makan tghari)

Pagi tadi terbangun awal. Gara-gara sudah kebiasaan bangun awal. Jam tangan menunjukkan 5.30 pagi. Bersiap sedia untuk mesyuarat sarapan pagi dengan Presiden, jam 7.30 pagi.

Rupa-rupanya baru 3.30 pagi. Bhutan dua jam ke belakang. Ada juga orang macam ini didunia.

Apapun mesyuarat berjalan lancar. Yang pelik, mata tidak mengantuk. Mungkin mesyuarat dijalankan dengan baik tanpa banyak 'cakap' atau 'omong kosong'.

Banyak ilmu dan pengetahuan mengenai anggota pertubuhan. Kelainan yang diperlukan.

Posting Asal - 10.59 pagI (berhenti minum pagi)

Salam dari Paro, Bhutan. Menghadiri satu mesyuarat penting mengenai kerjasama sebenua.

Baru kesempatan untuk berkongsi minda dan pengalaman. Ini kerana jauh di pendalaman dunia. Di bumbung dunia. Tetapi Paro di lembah hening. Telefon genggam terus digenggam. Tiada peluang untuk berkomunikasi.

Apapun, kedinginan di sini membolehkan saya melupakan kesibukan kota.

7 comments:

PARPUKARI said...

SALAM DATO TIGER!

WAH! DI BHUTAN, HEBAT TU...DATO, BILA NAK PI PEKENA TEH TARIK DATO?

NANTI DATO PULANG SAYA CALLING LA YEA...HE HE HE

ENJOY YOUR STAY THERE DATO!

? said...

marijuana grows naturally in bhutan, a local journo told me. the govt has problems fighting the drug problem because the plant is literally a weed in the country. take some nice photos to share with us.

OrgkpgDoha said...

Salam Datuk Tiger..

Patut la diam jer""""baik-baik Datuk Bhutan banyak Tiger....

ENjoy ur stay

aimdaim said...

DIY,

Balik nanti terus bentangkan apa yg nak dibuat, bukan simpan dlm dada jerrr.

fikir-fikirlah

Kulupbana said...

Datuk,
Nak gak tengok foto panorama cantik dan rupawan Bhutan.Saya ada kawan; penerbit TV yang datang berkursus di IPPTAR suatu ketika dahulu. Kata dia bumi Bhutan indah mempersona.

terubuk jantan said...

salam tok,
siarkan lah gambar2 di bhutan termasuk gambar pakaian mereka.hati-hati tok

Suara Perindu said...

Datuk,
Sedih nama saya tak termasuk dalam senarai kursus tu. hahahah. Apapun, jangan lupa bawa balik ole-ole dari Bhutan!