Saturday, February 6, 2010

PERKHIDMATAN TAMBAH ISTERI

Baru-baru ini saya mengenali seorang pemuda yang memberikan perkhidmatan istimewa kepada lelaki yang 'takut bini' atau 'bini kurang takut'. Nampak macho tetapi takut dengan bini seperti yang dilalui oleh sesetengah orang.

Takut bini kali ini bukan bermaksud sentiasa tunduk atau mengikut semua arahan isteri tetapi takut untuk memberitahu isteri hasrat berkahwin satu lagi. Inilah masalah paling besar kepada lelaki yang mempunyai hajat besar tetapi tidak mahu berterus-terang. Takut pinggan mangkuk melayang-layang.

Akibatnya, sama ada lelaki itu mengambil pendekatan 'menyorok-nyorok' dalam hubungannya atau 'kahwin senyap' yang akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Paling teruk jika 'buat kerja' haram yang pasti ditimpa balasan kelak.

Lelaki ini mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pihak yang membolehkan beliau menyediakan perkhidmatan istimewa itu. Malah, beliau mempunyai blognya tersendiri yang adakalanya mengundang pegawai agama menyoalsiasat perkhidmatan yang diberikan.

Namun, beliau sentiasa 'lepas' kerana apa yang ditawarkan itu 'halal'. Malah mereka yang menggunakan perkhidmatan beliau tidak akan dihadapkan ke mahkamah atau didenda. Pergggghh...Peluang baik kepada yang berhajat. Di sini, satu cukup, tiada hajat.

Namun, satu nasihat kepada lelaki yang berhajat besar ialah kalau ada hati untuk menambah cawangan, mereka perlu berani untuk menyatakannya. Hadapi sebagai jantan. Apa yang hendak dibimbangkan kerana agama memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Melainkan, mereka yang berhajat itu papa kedana atau bermasalah menyara seorang isteri. Kalau seorang pun sukar disarai, jika ada cawangan maka mungkin melarat dan memeritkan. Kesian anak-anak nanti.

Berani kerana benar. Takut bini kerana salah.

3 comments:

mack said...

Hanya lelaki kelahiran umno yang takut jenis DAYUS nak tambah bini konon nak cakap pun dah takut pergi jahanam lah lelaki jenis ini...........

Anonymous said...

jadikan amalan menambah bini sebagai insentif galakan dalam satu malaysia ini..

Orgkpgdoha said...

Salam Datuk Tiger...Ada hati kot nak kawin lagi....hehehee