Sunday, April 12, 2009

SETIAP OUTPUT MESTI ADA OUTCOME

Menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dalam 'dream team' Perdana Menteri sekarang bukanlah mudah tetapi ia memerlukan komitmen tinggi. Apakan tidaknya kerana DS Najib Tun Razak kini sudah menetapkan satu petanda aras mengenai prestasi mereka. Malah KPI mereka dijaga oleh seorang Menteri yang ada pihak melabelkannya sebagai 'ketua pengawas' atau 'guru disiplin'.

Bagi memastikan KPI mereka cemerlang, sudah tentu setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan memberikan kesan atau impak yang tinggi. Tidak guna banyak output tetapi tiada outcome. Tiada guna banyak ceramah tetapi rakyat masih menolak parti.

Oleh itu, Menteri dan Timbalan Menteri perlu berkerja keras untuk rakyat. Mereka perlu sentiasa mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat terutama dalam menghadapi kemelut ekonomi sekarang. Mereka perlu bercakap atau berinteraksi dengan golongan massa untuk memahami keperluan dan kekurangan selama ini. Lihat, dengar, memahaminya dan bertindak tangkas.

Menteri perlu selalu turun padang dan melihat sendiri penderitaan rakyat dan bukannya 'remote control' atau 'autopilot' dari pejabat berhawa dingin. Selepas turun padang, Menteri perlu merencanakan apa yang terbaik untuk mengurangkan atau menyelesaikan sebarang masalah dengan kadar segera. Jangan pula selalu turun padang tetapi masalah yang ada tidak dapat diatasi atau diselesaikan. Nanti orang kata 'habuk pun tarak'.

Umpamanya, Menteri yang menjaga barang-barang keperluan rakyat perlu berani bertindak terhadap 'lintah darat' yang menaikkan harga barang terutama ketika musim perayaan. Jangan memberikan janji kepada rakyat atau suka dilihat turun padang tetapi tiada 'outcome'. Ketika itu, rakyat bukan mengadu kepada kerajaan tetapi kepada orang lain yang sentiasa menunggu atau mengambil kesempatan.

Menteri juga perlu melihat penderitaan rakyat walaupun di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Umpamanya di Lembah Pantai, pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat perlu diselesaikan oleh kerajaan. Mereka ini bukanlah tidak menyokong kerajaan tetapi disebabkan masalah mereka tidak diselesaikan segera maka berlakulah 'beralih angin'.

Jika hendak melihat wakil rakyat di situ mengatasinya mungkin terpaksa menunggu sehingga 'kucing bertanduk' terutama masalah keperluan harian termasuk lif di flet atau pangsapuri. Ikutlah sikap pengurus baru-baru ini yang turun padang dan segera menyelesaikannya. Rakyat gembira dan bertepuk tangan.

Rakyat pasti akan 'letih' dan sudah tentu tidak menyukai pengurus 'dream team' dalam tempoh jangka panjang jika mereka dilupakan. Rakyat akan menyalahkan pengurus gara-gara pemain-pemainnya lemah, malas, lembab, tidak proaktif, gila publisiti, hidung tinggi atau tidur sepanjang masa. Elakkan kelemahan dulu tidak berulang.

4 comments:

Anonymous said...

tulisan macam ini baru mantop. kita tak mau dah penulis bodek-bodek ni.

Walk D Talk 09 said...

MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

rakyat pun da letih pegi stadium tok so diharapkan players nih betul2 la bermain n janganlah bermain dengan style yg sama lagi..

rubahlah dan pergi ke satu tahap baru dan bukan hanya meniru..
sesuaikan dengan iklim semasa dan suasana ekonomi politik di malaysia dengan acuan sendiri

tak mengapa kalau nak guna boot yang mahal bermain tetapi pastikan hasilnya berbaloi..tetapi janganlah harapkan gaya sahaja..harapkan gaya gaya makan kasut nanti macam bush

BHM said...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"