Mula hari ini, berhentikan sambutan meriah untuk pemimpin. Tiada lagi permaidani merah. Bukan tidak hormat tetapi sekadar untuk berjimat-cermat. Takkan tidak sedar bahawa kita sekarang merasai 'bahang' kemelut ekonomi dunia.
Kawan saya yang menjalankan restoran yang untuk golongan pertengahan dan atasan kini "tercungap-cungap" untuk mendapat pelanggan. Nasib baiklah perniagaan sampingan iaitu kateringnya dapat membantu beliau membayar gaji kepada pekerjanya.
Berbalik kepada sambutan tadi, saya rasa semua orang bersetuju dengan langkah ini. Ejen kenit memberitahu saya bahawa Perdana Menteri juga turut bersetuju agar sambutan besar-besaran ini diberhentikan untuk memastikan langkah berjimat-cermat ini benar-benar dilaksanakan. Bukan cakap di mulut saja tetapi mengamalkannya.
Bayangkan jika setiap pemimpin 'turun padang', maka berapa banyak wang akan habis untuk menyiapkan pelbagai perkara termasuk minuman dan makanan, tempat duduk, khemah atau peralatan audiovisual dan sebagainya. Adakala perbelanjaan memakan ratusan ribuan ringgit. Kali ini kita berjimatlah untuk memastikan duit ada untuk masa depan.
Satu lagi dalam majlis tertentu, tidak payahlah membuat 'salutation' sampai berjela-jela sehingga menyebabkan orang menjadi bosan. Terus saja ke matlamat ucapan. Business like. Cukuplah menyebut beberapa nama saja atau tetamu kehormat saja.
Memanglah bangsa Malaysia digalakkan untuk berbudi bahasa tetapi cukuplah menyebut beberapa nama saja. Jangan pulak datang lambat, ucapan berjela-jela pasti rakyat akan menjadi marah. Kini perlu fikir betul-betul. Rakyat mesti selalu diutamakan. Amacam, setuju tak?
Thursday, April 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
sambutlak kecil-kecilan..takde masalah. tp selalunya menteri takde apa...askar bawahan aje yang lebih.
betul?
Coweng sokong cadangan tu... yang penting adalah matlamat tercapai...Ada ketikanya, yang menjadi fokus utama sesetengah program yang dianjurkan itu terlalu over sangat memfokuskan kesampaian, gimik perasmian, makan minum sehingga matlamat sebenar program terabai. Oleh itu cadangan coweng juga ada eloknya tak payah lagi penganjuran sesuatu program itu pakai even managment yang telan banyak duit.`Ala kadar' ajelah, pentingnya stesyen tv uar-uarkan setiap kerajaan buat demi untuk rakyat.Macam mana hebat disiarkan setiap kali nak pilihanraya, begitulah juga hebatnya disiarkan pada waktu-waktu sekarang...Masyarakat melihat sebenarnya...
Datuk Harimau, saya setuju. Kadang-kadang persiapan lebih-lebih dn berhari suntuk masanya, tapi majlisnya sekejap sahaja.
Dalam ertikata lain, berpada-pada.
Cantik kalau dapat dibuat....Menteri Pakatan Rakyat (menteri besar)dah buat dulu lagi dah....yang ni kita kena belajar dengan depa....!! Tak ada salahnya belajar benda yang baik...
Datuk,
Orang Malaysia sangat suka ceremonial. Dalam satu-satu majlis ceremonial menjadi perkara utama, kedua hadiah/cenderahati/buah tangan, ketiga makan minum. Sebagai contoh, jika seorang Menteri hendak melawat sebuah jabatan/agensi di bawah kementeriannya, KSU dah sebuk pangil meeting tubuh jawatankuasa sambutan, makan minum,hadiah dan siapa patut jadi MC and so on.
Semasa taklimat makanan dan minuman dah terhidang atas meja. makan tengah hari/minum petang dengan staf. Kini telah menjadi satu tren membekalkan "uniform" untuk anggota jawatankuasa-jawatankuasa terlibat. Tujuan lawatan menteri untuk mengetahui masalah dan prestasi jabatan/agensi berkenaan tenggelam dengan majlis sambutan dan makan minum. Taklimat-taklimat pula dipenuhi dengan puji-pujian ke atas menteri.Menteri balik happy dengan membawa balik cenderahati yang kadangkalanya diberi kepada drivernya sahaja.
Ini semua patut berhenti segera. lawatan Menteri adalah tugasnya dan Jabatan/agensi patut memberitahu masalah yang mreka hadapi untuk meningkat prestasi khidmat untuk rakyat bukan dok bodek menteri. Menteri juga sepatutnya "tegur" ksu dan ketua-ketua jabatan yang suka membazir biar mereka sedar zaman bodek is over.
Sdr Baini,
Mengapa askar bawahan yang lebih-lebih? Apakah mereka pernah kena marah kerana tidak mengadakan 'permaidani merah'? Apakah mereka ingin menghormati tetamu? Apakah ini budaya kita selama ini? Apakah ada orang mendapat komisyen ketika menyediakan 'permaidani merah'?
Ini semua yang perlu dilihat dan dihayati oleh boss dan orang bawah. Jika semua setuju untuk berjimat-cermat, sudah tentu ia boleh dilaksanakan.
Sdr Coweng,
Memang benar. Event manager, sebagai perunding sudah tentu hendak mendapat sedikit keuntungan. Yang menjadi masalah ialah 'orang tengah' yang hendak mendapat habuan mereka. Maka dinaikkanlah bayaran itu untuk menampung 'komisyen' yang diminta oleh OT atau mahu ditetapkan oleh EM untuk OT. Alasannya, berniaga seperti orang Cina. Masyukkk.
Sdr Tajudin,
Tepat sekali. Persiapan bagai 'nak rak' tetapi majlisnya sekejap saja. Kita patut sediakan air mineral saja, sekadar untuk menghilangkan dahaga. Banyak minum air putih, panjang nyawa. Banyak makan pula, banyaklah penyakit.
Sdr Raduan,
Belajar yang baik oklah. Tapi jangan belajar berbogel atau belasah daripada belakang. Tak elok dan tidak akan dapat cium bau syurga.
Satu lagi, sebagai blogger jangan pula suka memfitnah. Ingat, kita ada undang-undang di negara ini. Nanti habis 'duit tabung' untuk membayar arahan mahkamah. Sekarang ni, berjuta-juta kena bayar. Mana nak cari duit? Perrrgggh.
Sdr Siakap,
Buah tangan, boleh diberikan. Tetapi pilihlah barangan tempatan atau kraftangan yang melambak di pasaran. Pilihlah juga barangan yang boleh disimpan lama.
Umpamanya di Korea, rakyatnya gemar memberi emas kepada orang yang diraikan dalam pelbagai majlis seperti sambutan harijadi. Oleh itu, individu itu boleh mengumpul emas berkenaan dan menjadi harta mereka. Boleh buat belanja belajar. Bukanlah bagi satu kilogram, cukuplah setakat satu rantai, gelang, cincin atau anting-anting. Pemimpin..... takkanlah nak bagi emas? Sikit tak cukup kot.
Setuju....
Disabah.. kalau majlisnya berkonsepkan mesra rakyat, dari dulu lagi dah kami buat YB-YB makan nasi bungkus je, sama seperti apa yang dimakan oleh masyarakat setempat. No komplen pun.. mereka tu bukannya siapa, tidak perlulah LO,pemandu peribadi ke.. jabatan dan kementerian mereka sudah sediakan.. gunakanlah apa yang ada... jangan nak menggada-gada minta permaidani merah pula..NAK PENAMPAR, BOLEH LEEE..!!
kalaulah semua bos di civil service macam datuk, maka akan bertambah makmurlah kita semua.
"berkhidmat untuk negara"
Majlis Pelancaran SABAH@1 (Breakaway news Sabah) diadakan penuh gilang gemilang. Puluhan ribu duit rakyat dibelanjakan sekadar untuk majlis yang sebenarnya ada 'agenda' tersembunyi. Hutang majlis itu pun rasanya sampai sekarang masih ada yang berbaki lagi RTM tak bayar pada kontraktor.
Kini, SABAH@1 cuma tinggal kenangan... Komen Datuk?
Wartawan Pencen
Salam Datu Tiger..
APa salahnya dengan permaidani merah untuk menyambut menteri sebagai penghurmatan mereka terhadap membela bangsa dan negara.
Berapalah sangat harga permaidani merah itu sekiranya dibeli dan digunakan selalu apabila bapak-bapak menteri datang melawat Pejabat.
Yang jadi masalahnya apabila dapat jalan atas permaidani merah kita manusia mulalah merasa sombong,ego dan bongkak..itu perkara biasa bagi orang yang tak pernah jalan atas permaidani merah..
Terus sajalah amalan ini kerana telah menjadi amalan biasa bagi Pejabat-pejabat Kerajaan menyambut bapak-bapak Menteri..
"Harap dapat KPI terbaik tahun ini..."
Post a Comment