Thursday, September 13, 2007

CELOTEH DEEJAY MERIMASKAN

Satu, ok. Dua, lagi ok. Tiga, hancur. Angka ini ada kaitan dengan jumlah deejay dalam studio. Saya mendengar sepintas lalu stesen radio itu pagi ini. Mungkin pagi saja ada tiga deejay. Jika ramai sangat, pasti mengarut. Saya bersetuju dengan tulisan "soseh-soseh" Harian Metro seperti di bawah ini.

Ruangan Soseh-soseh dalam Harian Metro, Rabu lalu.

Soseh-soseh: Rimas dengar celoteh tiga deejay stesen radio serentak

RIMAS betul SS dengar saluran radio yang satu ini. SS katakan begitu kerana kalau dah sampai tiga empat orang menjadi deejay dalam satu masa, kelam kabut jadinya. Semua hendak bercakap dan suara yang mana satu pendengar hendak dengar.
Tunjang utama program yang ke udara setiap hari dari jam 6 hingga 10 pagi itu ialah deejay A. Ini kerana sepanjang SS mendengar radio itu, bila ada pengumuman penting, deejay A akan menyampaikannya. Deejay B pula menyampuk mana yang boleh. Deejay C pulak selalu buat lawak yang tidak kena tempat.

Kalau nak melawak pun janganlah keterlaluan. Sikit-sikit sudahlah. Ini setiap masa hendak melawak, lepas itu dia menceceh entah apa-apa. Puaslah deejay A berusaha untuk mengawal suasana.

Pada SSlah, cukup setakat seorang dua deejay bertugas di konti. Dahlah pagi-pagi jalan ke pejabat sesak, dengar pula sesuatu yang merimaskan kepala, pening, bingung dan meluat dibuatnya. Kalau hendak mengekalkan atau meningkatkan rating pun, banyak cara lain. Bukan dengan menghimpunkan sampai empat deejay dalam satu konti.

4 comments:

Suara Perindu said...

Inilah susahnya kalau terlebih kreativiti.

Unknown said...

Salam Duniatiger,

Just realised I'm linked here. How nice of you and thank you. I will do the same.

Selamat Berpuasa.

Btw, you di gelar tiger sebab you garang ke..he he.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abang Putra,

Kreatif tu boleh. Tetapi kalau ramai pak lawak, "hancusss".

ibrahim yahaya said...

Salam kembali Sdri Ruby,

Sudah lama, saya pautkan blog u sebab ia menarik dan bermaklumat.

Selamat berpuasa kepada Ruby dan keluarga. Semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini.

Bukan garang, strategi main ragbi.

Wa..nampaknya TKC bukan main glamour lagi...termasuk Ruby.