Monday, September 24, 2007

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH

POSTING PERTAMA : JAM 12.35 TENGAHARI.

Nama : Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Negara)
Usia : 34 tahun

Nama : Kapten Dr. Faiz Khaleed (Angkasawan Negara)
Usia : 27 tahun

(Pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disiarkan secara langsung menerusi RTM dan TV3 dari Putrajaya. Kedua-duanya dipilih sebagai angkasawan negara. Selamat ke angkasa dan mengharumkan nama negara.)

Sepatah dua kata ibu Dr Sheikh Muszaphar dalam Warta Perdana (RTM1) malam tadi,"Bersama-samalah kita berdoa agar calon yang terpilih sentiasa selamat. Kedua-duanya anak kita, anak Malaysia". Marilah kita berdoa agar perjalanan angkasawan negara sentiasa selamat. Selamat pergi dan pulang.

Angkasawan negara akan dijadualkan berlepas dari Baikanour, Kazakhstan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober ini. Kapal angkasa yang akan membawa angkasawan pertama negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.
Angkasawan negara bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada di ISS. Di ISS, angkasawan negara akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein. Penghantaran angkasawan negara adalah program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM
.

POSTING KEDUA: 1.10 PETANG

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menjelaskan daripada dua angkasawan yang lulus ujian setakat ini, seorang akan dipilih di peringkat akhir untuk ke angkasa lepas. Dalam temuramah yang disiarkan secara langsung oleh Warta Jam Satu (RTM), Dr Jamaluddin berkata, kedua-dua akan menjalani latihan lagi selama 15 hari sebelum pihak Agensi Angkasalepas Russia memilih seorang daripada dua angkasawan Malaysia ke angkasa lepas. Oleh itu, pemilihan terakhir bergantung kepada apa yang berlaku dalam tempoh 15 hari ini. Dalam ertikata lain, walaupun Dr Sheikh Muszaphar berada dalam kumpulan satu, Dr Faiz juga layak untuk dipertimbangkan untuk menjadi angkasawan pertama negara berlepas ke angkasa.

No comments: