Tuesday, September 25, 2007

TAKAFUL NASIONAL MELINDUNGI ANDA

Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah. Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas.Menurut jumhur ulama’, apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabaru bermaksud menderma secara ihklas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat sama. Di dalam institusi Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakil. Al-Wakalah adalah satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara. Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu, juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya. Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi phak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful.Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Bangsa Melayu perlu mengambil segera takaful agar nasib mereka terbela pada masa akan datang. Mereka perlu sedar pentingnya untuk mengambil perlindungan insurans bagi memastikan sebarang malapetaka yang melanda akan dapat dilindungi dengan perlindungan insurans yang diambil. Ajal maut di tangan tuhan dan oleh itu manusia perlu bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi masa itu. Mereka juga tidak perlu malu untuk memikirkan mengenai kematian dan malapetaka. Lebih kuat mereka berfikir mengenai kematian lebih insaflah mereka untuk menjadi orang yang beriman dan membuat tabungan untuk masa depan.

Orang Melayu yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil. Bangsa Melayu perlu tahu bahawa mereka boleh membayar perlindungan takaful mengikut kemampuan mereka dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ada mereka yang sanggup berbelanja tinggi dalam perbelanjaan mendapatkan perkhidmatan stesen satelit atau telefon tetapi tidak mahu untuk menyediakan bayaran takaful. Mereka sepatutnya menjadikan perlindungan dan simpanan Takaful sebagai perkara utama dan penting bagi memastikan keluarga mereka terjamin jika sesuatu berlaku kepada mereka.

Orang Melayu perlu mengambil pelan takaful yang menawarkan simpanan untuk anak-anak mereka bagi memastikan ada wang untuk anak mereka meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi. Orang Melayu perlu memastikan mereka mempunyai pelan pelajaran untuk anak-anak mereka sejak kecil lagi bagi membolehkan mereka mengeluarkan tabungan itu apabila pelan itu matang.

Mereka perlu mencontohi golongan yang mempunyai kesedaran untuk mengambil pelan takaful seperti kisah Narimah (bukan nama sebenar).Narimah, seorang ibu tunggal, mempunyai dua anak yang dijaga oleh ibunya di kampung di Rembau, Negeri Sembilan. Oleh kerana menyedari bahawa beliaulah satu-satu sumber pendapatan keluarganya, Narimah terus membeli pelan Takaful Nasional untuk dirinya dengan perlindungan lebih RM50,000. Beliau membelanjakan lebih RM100 daripada pendapatannya yang kecil untuk bayaran sumbangan pelan Takaful.

Kesungguhannya untuk memastikan pelan takafulnya terus aktif beliau akan memastikan duit yang lebih akan digunakan untuk membayar beberapa bulan sumbangan terhadap pelan berkenaan. Malah, duit permainan kutu yang diperolehi sebanyak RM2,000 digunakan untuk membayar sumbangan Takaful selama dua tahun bagi memastikan diri dan anaknya dilindungi oleh pelan Takaful.

Kassim (bukan nama sebenar) terus membeli pelan Takaful untuk anaknya bagi memastikan keperluan pendidikannya tidak terabai pada masa akan datang. Beliau mengambil pelan sarjana Takaful Nasional bagi memastikan anaknya mempunyai wang ketika berusia 18 tahun untuk digunakan bagi melanjutkan pelajaran. Beliau tidak mahu anaknya terpaksa bergantung kepada pinjaman bank atan PTPTN untuk masuk universiti.

Kesedaran ini timbul berikutan pergaulannya dengan Fadzil (rakannya) yang mempunyai lapan pelan Takaful untuk lapan anaknya. Malah Fadzil kini boleh tersenyum lebar kerana kesedarannya untuk membeli pelan Takaful 20 tahun lalu memberi peluang kepada dua anaknya yang tua untuk melanjutkan pelajaran menggunakan wang pelan Takaful.

Kesimpulannya, bangsa Melayu perlu memastikan keluarga mereka dilindungi oleh pelan Takaful sepanjang masa. Mereka perlulah berusaha mendapatkan wang untuk membeli pelan takaful seperti juga kesungguhan untuk menyediakan wang bagi mendapatkan perkhidmatan televisyen satelit atau bayaran untuk telefon bimbit.

Kesedaran ini penting kerana malang tidak berbau dan ajal maut ditentukan tuhan di samping apa saja boleh berlaku dalam sekelip mata. Menerusi perlindungan takaful maka mereka boleh menggunakan wang berkenaan untuk meneruskan kehidupan atau menyelesaikan sebarang keperluan kewangan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...
Encik Ibrahim, saya ingin tahu tentang perbandingan antara takaful dan konsep al-qasamah, dan apa perkaitan yang dapat ditimbulkan antara kedua-due konsep ini.

Fauzzan Helmy bin Anuar
aremie_021296@yahoo.com.my