Saturday, September 1, 2007

SUHAIMI SULAIMAN KEMBALI MENULIS?

Hari ini, saya menemui Suhaimi Sulaiman.

Kami berbual dan bertanya khabar. Beliau kini memegang jawatan tinggi dalam syarikat televisyen satelit. Tahniah. Suhaimi yang tidak menulis lebih dua bulan dalam blognya Suhaimi Sulaiman World, menyatakan beliau ada membaca tulisan saya mengenainya. Ada orang print tulisan itu untuk beliau baca. Salah pemahaman itu. Apapun, minta maaf banyak-banyak ye.

Namun, berita gembira bagi peminat Suhaimi Sulaiman. Beliau akan menulis kembali dan tunggulah tarikhnya. Tidak tahu bila, mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan atau bulan depan. Yang pasti beliau akan menulis. Saya amat mengalu-alukan hasrat beliau itu kerana ramai yang merindui tulisannya, termasuk saya.

Selamat kembali menulis Eddy.

No comments: