Sunday, March 1, 2009

BERHATI-HATILAH SEBELUM 'TERKENA'

Baru-baru ini, Presiden Barack Obama, ada menyebut 'zaman ketua pegawai eksekutif untuk bersenang-lenang sudah tamat' apabila memperkatakan usaha Amerika Syarikat untuk menggerakkan semula ekonominya yang semakin bercelaru sekarang.

Baginya, semua orang perlu berjimat cermat termasuk ketua pegawai eksekutif syarikat terutama yang dimiliki oleh kerajaan. Sudah tentu ramai yang menyokongnya terutama golongan pekerja yang banyak dibuang kerja atau graduan masih mengganggur.

Di Malaysia, saya yakin Menteri Kewangan akan memantau kegiatan pengerusi atau ketua pegawai eksekutif syarikat yang dimiliki kerajaan agar tidak 'boros' dan menggunakan kemudahan dengan sewenang-wenangnya. Tumpuan perlu diberikan kepada mereka yang mengambil kesempatan daripada kedudukan sebagai pengerusi atau ketua pegawai eksekutif untuk memenuhi 'nafsu serakah' dan impian yang belum tercapai. Antaranya ialah mahu sentiasa mendapat kemudahan kelas pertama termasuk membawa sesiapa saja dalam 'rombongan' lawatan ke luar negara. Bayangkanlah berapa banyak wang perlu dibelanjakan untuk membawa 'treler' mereka ini yang biasanya dikhaskan untuk kelas pertama dengan penuh kemewahan. Alahai.....

Ini penting untuk memastikan dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia sekarang, mereka ini mempunyai 'hati perut' untuk berjimat-cermat dan bukannya 'melantak' wang rakyat sesuka hati mereka terutama yang baru menikmati kedudukan yang baik.

Yang lebih menyedihkan ialah mereka ini menjadi 'raja' dengan menikmati segala kemudahan kelas pertama di atas peluh, tangisan dan darah pekerja-pekerja bawahan yang ada antaranya sukar untuk membeli susu anak-anak mereka. Golongan tidak berhati perut ini juga suka mengherdik orang bawahan yang bekerja sebagai seorang hamba yang taat kepada tuannya kerana semata-mata lambat melayan nafsu mereka.

Saya yakin SPRM perlulah menghantar ejen-ejen kenit untuk melihat, mendengar dan mengambil tindakan terhadap mereka yang amat gelojoh dengan memberi pelbagai arahan kepada orang bawah. Mereka selalunya menghebohkan bahawa mereka amat rapat dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

SPRM jangan takut dan bimbang dengan golongan sebegini. Persetankanlah 'ugutan' bahawa mereka amat baik dengan pemimpin tertinggi. Terus melakukan tindakan dan jangan memilih bulu. Mereka inilah yang telah, sedang dan akan menjadi barah untuk meruntuhkan syarikat milik kerajaan atau agensi kerajaan. Mereka inilah 'raja' yang tidak ada jajahan. Mereka inilah pemusnah kota yang dibina oleh orang amanah dan jujur.

Berhentikanlah sebelum wajah kita dipaparkan di media kerana keterlanjuran dan nafsu serakah. Ingatlah kubur yang sedia menanti. Hanya sehelai kain saja yang akan dibawa.

7 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Berhentikanlah sebelum wajah kita dipaparkan di media kerana keterlanjuran dan nafsu serakah. Ingatlah kubur yang sedia menanti. Hanya sehelai kain saja yang akan dibawa.
..........................

Di Perak, ada orang nak bawak camry masuk kubur !!

Anonymous said...

kerja kuat bangg.. lagi kuat bangg..

Anonymous said...

angin nampak tiger.. memang tak puas hati pun. Siapa yang baca pun pasti terasa bahangnya. senang-senang gantikan tiger dengan ceo-ceo tersebut.
Tenanglah hati..

burungjantan said...

Saya membaca post Datok Ibrahim Yahya kali ini lebih banyak cemburukan orang dari memberi idea yang baik.

Walaupun gunakan Barak Obama sebagai pangkal hujjah rasanya tumpuan ialah EO tidak dilarang nak bersenang-senang. Apalah salahnya. Asalkan mampu.

Saya kira EO jangan diugut lagi oleh orang-orang yang pendapatnya banyak negatiof seperti ni

jebat berkokok said...

Dunia tiger..ada benarnya isu yang dato' cuba ketengahkan di sini..ini bukan soal sakit hati atau cemburu tapi lebih kepada soal perikemanusiaan..jangan apabila tangan sudah mencapai langit lupa di mana kaki berpijak..tak salah sekiranya kemewahan yang ada di agihkan SEDIKIT kepada yang kurang mampu..biarlah orang bawahan turut dapat memberi sedikit kelegaan dan kesenangan kepada keluarganya..kasihan pada anak anak kecil yang tidak mengerti apa apa..mereka juga ingin mengecapi sedikit kegembiraan seperti anak anak orang atasan..

Anonymous said...

manusia pendengki ada di mana-mana

Anonymous said...

YBhg. Datuk

Saya setuju sangat dengan pendapat YBhg. Datuk ini.

Saya pun merasa apa yang datuk sebutkan dalam posting Datuk kali ini.

Yang pertama, ketika bekerja di salah sebuah stesen penyiaran milik merajaan. Kami yang berhempas pulas bekerja, sudahlah, kakitangan tertentu yag mendapat nama, kesudahannya, upah yang sepatutnya didapati untuk kerja keras itu dinafikan oleh mereka yang begitu kejam (dalam hal ni lebih kejam dari Israel) manusia ini boleh dikategorikan sebagai manusia laknat! bayangkan pada ketika itu, saya tidak cukup duit nak beli susu anak.... yang golongan laknat ini hanya senyum saja... manusia jenis apa ni... dan lagi satu saya juga pernah alami, kakitangan bawahan disuruh berjimat, selaras dengan arahan kerajaan, gaji, peratusan naik pun kurang, imbuhan lain ditiadakan... tetapi gaji dia minta dinaikkan sampai RM5 ribu.... itu belum lagi menggunakan segala kemudahan tempat bekerja dengan rakusnya,minyak kereta, bil telefon tol dan sebagainya, kami semua disuruh berjimat.... hai.. kerajaan... kerajaan, macam ni sampai kiamatlah negara kita takkan jadi negara maju... kalau ada pegawai tertinggi yang masih macam ni.... tapi ingatlah, balasan Allah Taala, sekarang ni cash.... tak payah tunggu akhirat nak balas.. nanti dia akan merasa balasannya... Amin.

JONLABUYABEDABEDU