Thursday, March 12, 2009

MUZIK AKTIF MULAI HARI INI - CH 180 ASTRO

Komen ini dihantar oleh seorang kakitangan RTM yang 'bekerja kuat' selama ini. Beliau memberi komen hari ini dalam artikel blog ini yang disiarkan pada 28 Februari lalu.

"Saya antara orang yang terlibat dengan penempatan saluran Muzik Aktif ke platform Astro pada 16 Mac ini. saya rasa tidak adil untuk kita semua "mengadili" perkara yang belum dilaksana. Objektif saluran Muzik Aktif itu sangat baik. kalau sesetengah orang dalam persatuan artis melaungkan 90-10, tapi saluran Muzik Aktif 100% buatan Malaysia. ada empat kriteria yang perlu seorang karyawan itu untuk muncul di saluran Muzik Aktif yang telah ditetapkan.

1. Mesti penyanyi warga Malaysia (tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Asli Temuan, Temiar, Jakun, Kadazan atau apa saja etnik)
2. Mesti ciptaan warga Malaysia.
3. Lirik juga ciptaan warga Malaysia
4. Diterbitkan di Malaysia.

Tujuan kriteria ini adalah untuk memastikan semua perbelanjaan membayar royalti kembali kepada orang Malaysia. Secara tidak lansung, kriteria ini juga akan motivated pengkarya Malaysia untuk berkarya. Lebih banyak satu-satu komposer tu berkarya, dan disiarkan di mana2 media... makin banyak royalti dia dapat.

Itu baru satu dari berbagai faedah yang boleh saya nyatakan disini.

Untuk pengetahuan, kakitangan RTM sentiasa berkerja 'macam hendak mati' untuk memastikan program mereka berkualiti. Teapi orang sentiasa kata tak berkualiti.

Saya bukan hendak mempertahankan kakitangan RTM, tapi saya tahu kepayahan mereka dalam menerbitkan sesuatu program. (saya bukan kakitangan tetap)

Sebagai contoh, penerbit di unit hiburan. Satu ketika dulu, dalam satu masa untuk satu minggu, mereka harus menerbitkan bukan 1, tapi hampir 4 atau 5 program. zoom In, Anjung Budi, Down Memory lane, Fenomena Seni, Konsert Diraja, dll.
Kalau kita hendak banding dengan tv3 yang hanya ada 2 atau 3 program hiburan seminggu. (muzik muzik, mystar LG, dan sekali sekala Jom Heboh).

Jadi tumpuan dan fokus mereka terhadap program boleh jadi kurang. byk sangat nak dipikir. ini akibat daripada peruntukkan yang kerajaan dah tetapkan iaitu mesti menyiarkan 70% program malaysia. bila ada kuota begini... RTM terpaksa la ikut, sebab RTM tv kerajaan. nanti orang kata tak serupa bikin. untuk menepati kuota itu, satu unit kat RTM terpaksa menerbitkan banyak program. secara tak lansung, fokus hilang.

Kesian kawan2 saya yang kreatif kat RTM tu tapi kreativiti mereka tidak berkembang sebab overload kerja. Berlainan dengan tv swasta... orientasi mereka keuntungan. Program yang boleh menarik penonton, itu la yang mereka siarkan. Saya ambil contoh media prima... ada 4 channel di bawah Media Prima.

TV3 hanya ada Muzik2 dan Mentor (coming soon), 8TV hanya ada one in a million, NTV7 lansung takde program hiburan terbitan sendiri (buat masa skrg ni) TV9 lansung takde(asyik ulang program tv3). Muzik2 pun dah cut budget skrg ni... Pencalonan baru artis miming... tak lagi diiringi live band. jadi secara tak lansung, penerbitan program menjadi lebih senang... tak perlu banyak benda nak dipikirkan... ambik jer shot pengacara... pasang CD, artis miming... tak pening nak sewa peraltan dan bayar pemuzik.

Atas alasan ini, bagaimana ioa kita nak bandingkan hasil kualiti RTM dan Media Prima.

Kedua mengenai promosi RTM. saya akui, promosi RTM memang sangat lemah. Tetapi ini terjadi bukan kerana orang RTM tak mahu promosi. promosi memerlukan duit.

Saya ambil contoh dari segi hiburan... satu program kalau nak hebat, mesti ada pengacara yang hebat, artis yang hebat dan musician yang hebat. senang cakap, semua personaliti hebat la. tapi nak panggil mereka ni bukan murah.... (kena ingat, ni TV kerajaan... duit kerajaan duit rakyat, nanti orang kata kita membazir pulak).

Pernah sekali kawan saya di RTM offer seorang pengacara untuk mengacarakan satu program. dia mintak sampai 30ribu untuk 13episod! mahalnya... sedangkan token yang RTM mampu bayar untuk satu episod hanyalah 1 ribu. (Dato CT pun dapat byk ni jer untuk satu episod) maknanya 13 episod, 13ribu. byk dah tu... tapi dia demand nak juga 30ribu. disini la timbul dilema RTM, nak diturutkan, membazir... tak diturutkan... rating program merudum. orang luar yang tak tahu cerita (ntah tengok ntah tidak pun RTM) hentam macam2.

Mengenai pendigitalan... pendapat saya ia sesuatu yang "perlu". bukan lagi membazir. Vietnam yang jauh baru merdeka dari kita pun dah nak digital... inikan pulak kita. lagi pun, menjelang tahun 2015... satu dunia menjadi digital sepenuhnya... kalau kita tak buat, habis la kita. bukan setakat tertinggal... jadi Korea Utara la jawabnya... katak bawah tempurung.

Saya rasa masih banyak yang boleh diperbaiki oleh RTM. tapi perlu berhati-hati dan perlahan. (biar lambat asal selamat). Kalau drastik sgt, ramai yang akan terperanjat tambahan pula ini tv kerajaan. pembiayaannya pun dari dana rakyat... jadi untuk yang kritik tu.... kita lihat dan adili kemudian. jangan la kita asyik nak hentam jer...

Ingat semasa terowong SMART... kita hentam... lepas tu bila skrg ni terowong tutup untuk penyelenggaraan, kita bising... jam sebab tidak dapat menggunakan terowong.

Ingat Proton (walaupun mutunya boleh diperbaiki lagi)... orang bising jugak... tetapi hampir 70% orang Malaysia pakai Proton sekarang ni sebab mampu... kalau dulu, jangan harap la kerani nak pakai kereta.

Kita ni banyak sangat kritik tapi tak bagi solution... bukankah lebih bagus kalau kita kritik dan bagi solution?

salam

7:24 AM"

21 comments:

Bourne said...

salam dato,

dah memang adat orang malaysia gitu..... kutuk kutuk kutuk je tanpa lasan.

kalau tak manakan nak ikut membabi buta aje parti yang dah terang terang tak betul.

kenapa tak kita berarak suruh kerajaan revamp semula sistem LRT kat malaysia nie? banyak sangat operator dan "unconnected lines" ....tak praktikal untuk digunakan kerana banyak menyusah dari senang. dah la zaman nak gawat ni..... baik pakai public transport saja.

dato jadi chairman la...saya jadi urusetia kita berarak sampai putrajaya......

hahahahahaaa.......

rizal hashim said...

Apa yang datuk sebut adalah antara cabaran-cabaran dan kekangan yang kakitangan RTM harungi setiap hari.

Saya nak tanya sikit datuk, kenapa slot sukan waktunya pelik sedikit?

Saya dari dulu menyarankan agar RTM atau TV3 menyiarkan rakaman perlawanan bola sepak era 70-an untuk dijadikan sumber inspirasi generasi masa kini. Saya nak ucap tahniah kerana sekilas liga yang disiarkan setiap khamis menyiarkan klip-klip sebegini, malangnya waktunya hampir Maghrib.

Saya juga hairan kenapa Gelanggang@1 juga disiarkan lewat, manakala program bual bicara Wisel Penamat disiarkan jam 12.30 tengah malam sedangkan ia satu wadah membicarakan bola sepak tempatan di mana RTM adalah hos penyiar...

saya sedar sesudah penstrukturan semula RTM berusaha menjenamakan personaliti-personalitinya tetapi bagi saya RTM berpeluang menampung kekosongan pengisian program sukan tempatan pada waktu yang lebih sesuai pada saat stesen TV lain lebih menitikberatkan program sukan antarabangsa!

Salam dan selamat berjaya Datuk

Anonymous said...

Dato,

Setuju dengan DNL. Saya sedia berguling depan LRT Putra Line. Tahu dan berani sebab garanti tak mati kerana tren selalu sangkut-sangkut.

Saya tak faham dengan Pak Badawi katanya beliau jumpa Pak Anwar secara tak sengaja/tak rancang. Boleh terima kah Perdana Menteri Malaysia berjalan-jalan/jumpa orang tanpa Perancangan. Apa punya Perdana Menteri dah. Rakyat ni bodoh sangat kah? atau Perdana Menteri?

Dato, saya setuju dengan komen kawan kita dari RTM ni. Kerja kuat masih kena cemuh.

Jadi saya cadangkan kalau kerajaan nak rakyat tengok rancangan hiburannya, Kerajaan kenalah berbelanja lebih macam TV swasta. Jika tidak fokus kepada TV Penyampai/Hebahan Maklumat saja. Tapi, pastikan TV Kerajaan jadi Gedung Maklumat yang terbaik. Hiburan beri orang lain buat. Saya percaya rakyat lebih mensanjungi usaha ini.

Anonymous said...

Salam dato..

Off topic,

"Ingat semasa terowong SMART... kita hentam... lepas tu bila skrg ni terowong tutup untuk penyelenggaraan, kita bising... jam sebab tidak dapat menggunakan terowong."

p/s: Air naik dulu masuk dlm kawasan basement parking & rosakan kenderaaan awam baru selesai masaalah. So apa beza ada SMART dgn tak ada SMART? Sekadar mengurangkan masa kebanjiran itu menunjukan sistem itu gagal!


"Ingat Proton (walaupun mutunya boleh diperbaiki lagi)... orang bising jugak... tetapi hampir 70% orang Malaysia pakai Proton sekarang ni sebab mampu... kalau dulu, jangan harap la kerani nak pakai kereta."

p/s: Rakyat Malaysia pakai proton kerana kereta spisis tu je yang murah kat Malaysia dan senang buat loan (ini satu paksaan kepada rakyat dan bersifat monopoli). Kalau proton dijual dengan harga yang sama dengan kereta spisis lain rasanya nisbah pembelian kereta nasional gamaknya 1:100. Siapa nak beli proton kalau harganya lebih kurang sama dengan honda , toyota , mazda , hyundai dan lain-lain..Memang mutunya boleh diperbaiki dan apakah selama ini proton mengambil inisiatif memperbaiki mutunya ke tahap internasional standard? Kalau diperbaiki mutu sekalipun harganya mungkin meningkat selari dengan penambahan mutu.


Sekian,
Saya..

Anonymous said...

Anonymous,

Hang pun salah seorang yang tahu komplen saja. Memang hang ni 'off topic' betul.

Tak payahlah bagi komen kalau taada cadangan. Ini perangai "Pakatanrisma" namanya. Hanya burukan orang saja. Tak tahu menghargai usaha orang lain.

Dato,

Masalah RTM tidak dapat bayar seperti Media Prima, apakah kita tak boleh Perbadankan Bahagian Hiburan RTM? Itu kalau Kerajaan masih nak kawal Bahagian tersebut sepenuhnya. Kalau tidak swastakan saja Bahagian tersebut. Mungkin ini dapat selesaikan masalah bayaran. Apa kata Dato?

Anonymous said...

Salam Dato

Saya nak kritik dan bagi penyelesaian seperti yang terpampang di artikel di atas.

Promosi
RTM perlulah menyediakan peruntukan secukupnya dalam belanjawan tahunan bagi mempromosikan programnya. Memang promosi perlu wang.tepat. Namun untuk memperolehi wang ini perlu perancangan teliti mengenai struktur program, sasaran program, jangkamasa program dan perlaksanaan program. Natijahnya perancangan awal wajib dan mesti di buat. Apa yang nyata RTM tidak membuat sebarang perancangan program selama setahun. Ada ke. Media Prima dah siap apa program untuk tahun 2009 dan sedang draft program 2010. RTM program 2009 terumbang ambing nak tengok kata putus pengurusan atas yang kabur arah tuju atau ada kepantingan sendiri. 2010 tak payah cakaplah...
Berbuih mulut bercakap tentang perancangan tahunan di RTM ni.

Penyelesaian

buatlah perancangan awal selama setahun lebih awal . Untuk itu research di perlukan keatas kumpulan sasaran dan kemampuan peruntukan untuk memaktubkan perolehan program. Jangan ambil program tangkap muat bagi memenuhi tuntutan individu tertentu bukan sasaran audience tertentu. Perancangan awal memerlukan arahan jelas, hala tuju tepat, pemimpin yang berakal dalam berfikir serta pemikiran berasaskan keuntungan menerusi pendapatan iklan.

Saya bukan sempurna tetapi Allah kurniakan saya akal untuk berfikir dan berkongsi ilmu.

Sakura KL

Anonymous said...

tak ade pun muzik aktif kat astro 180,....rtm rancangan memang bagus..promosi kurang.......

wanbaki said...

SALAM DATO'
ORANG TAK TENGOK TV1 PASAL RAKYAT MALAYSIA TAU TV KERAJAAN. 40% PENYOKONG KETAJAAN TENGOK TV LAIN, MEDIA PRIMA & ASTRO. DAH LA PEMBANGKANG TAU DAH TAK TENGOK RTM, PASAL RTM BODEK KUAT, PUJI KERAJAAN SEMUA BAIK... MANA ADA RTM BUAT MACAM KARAM SING WALIA, MACAM EDISI SIASAT.. HUJAH...

NAK SELESAI SENANG JA... BUAT KERJA TELUS SEMUA PERINGKAT..INGAT TUHAN..WARTAWAN PUN JANGAN YANG BAGI DUIT JA DIA PI AMBIK BERITA.

SAYA TAK NAFIKAN ADA YANG BUAT KERJA KUAT, TAPI KALAU LIDI SEBATANG........

YANG HIARANGNYA, TV SWATA BOLEH HIDUP. UNTUNG TIAP2 TAUN TAK GUNA DUIT RAKYAT PUN. RTM KENA CARI JALAN MACAM MANA NAK UNTUNG.

KALAU HARI2 DOK SIAR CERITA INDONESIA ORANG PUN NEK MELUAT. MACAM TAK DA CERITA MELAYU YANG SESUAI. LETAK SIARAN RANCANGAN TAK KENA PADA WAKTUNYA.

NAK SELESAI MASALAH, SEKALI LAGI BUAT KERJA TELUS SEMUA PERINGKAT ..INGAT TUHAN.. KERJA JANGAN DOK LENA BANYAK SANGAT.. EFISYEN SKIT,

Unknown said...

Tuan sokong Zahid, cuba layari www.anti-zahid.blogspot.com

Vesu said...

saya petik kritik dan solution;

jabatan perolehan rancangan di rtm membeli rancangan syndicate dengan harga yang lumayan ; perlu ada team yang tulus dan tahu tentang market rate

promosi ; unit promosi perlukan tenaga kreatif dan penjadualan promo yang strategik bukan nya peruntukan wang yang banyak

rtm perlu di perbadanankan

Anonymous said...

salam...

dah buka siaran astro tak ade pun muzik aktif...

ibrahim yahaya said...

Sdr Pelayar budiman,

Saya diberitahu bahawa majlis pelancaran muzik aktif akan diadakan minggu depan. Bagaimanapun, percubaan siaran diadakan minggu ini dan mungkin hari ini jam 12 malam. Kita tunggu. Jika tiada, mungkin esok. Terima kasih kerana memberi maklumat itu. Tq again.

Anonymous said...

rakyat (terumtamanya pembangkang) tidak menonton rtm kerana ....rtm adalah tv BN , tv UMNO.... tak percaya tengok perhimpunan UMNO nanti...dari pagi sampai ke pagi....cerita UMNO sahaja. orang rtm dibayar gaji oleh UMNO ke?. camno ni jang? nasib baik sekarang ni ada stesen banyak, boleh nengok tv lain...raja lawak ko, takdo poneng kepalo...

kk

Anonymous said...

untuk maju, tak boleh rasa tersinggung kena kritik. walaupun macam-macam rakyat kata.

bangsa lain yang maju-maju pun sama juga, kena kritik macam-macam dengan bangsa sendiri. yang penting buat, buat dan buat.

cuma "kegagalan" bangsa kita untuk lambat maju bukan sebab kena "complaint", tapi kerana mungkin "rasuah".

dulu, ingat lagi ada drama HVD kat RTM. heee.. geli nengok. camne boleh lepas tak tau lah pulak.

Anonymous said...

Yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak bijak memberi penyelesaian adalah umpama "hilang akal". Dengar orang adu, lepas hentam dalam akhbar atau dimeja mesyuarat...sebenarnya dia hentam konon dialah "master of media" tetapi haprak sebenarnya. RTM sentiasa dipandang "sepi & suram" oleh umat yang ada kelebihan untuk memberi promosi ...tetapi mereka terlalu "gah" hanya memberi promosi dan mengangkat syarikat swasta yang ada "ENT" bajet yang boleh beri mereka habuan macam2 agar mereka "senang" dan rasa maha gembira untuk memberi promosi yang sebenarnya program TV & Radio swasta tidak ada visi ISO....RTM biar tidak berada ditangga populariti mana tetapi kami bangga kerana program kami BERKUALITI.....kalau buta sejarah sila rujuk keputusan ANUGERAH SERI ANGAKASA beberapa tahun yang lalu.

Baru tak hilang akal wahai umat yang ada kelebihan memberi promosi. Kau nak kutuk...kau tu pun selama ini sekolah dan belajar disekolah kerajaan...boleh kritik, kutuk, hentam..tetapi biarlah berakal wahai umat media !

kata Luncai tembaga; usah riak bila ada kedudukan dan kuasa...

JoJo In The House said...

Assalamualaikum..best review!!Sya follow artikel ini, menarik!!two thumbs up!!Saya ada nak tambah dan komen dan cadangan sikit di sini.
saya pun faham sangat dengan RTM ni, kalu dah ada Dj or pengulas yang baik pun x dijaga dengan baik oleh RTM. Tanyalah sesiapa yang bertugas sebagai Artis Berjadual(AB) di RTM, tanya mereka berapa haribulan gaji mereka masuk, dari segi soal kebajikan, RTM lah salah satu jabatan yang sering mengabai tanggungjawab tersebut kepada petugas sambilan(AB),lebih2 lagi RTM bahagian negeri. Walaupun diuar2kan oleh utusan airtime tentang jumlah stesen radio RTM di seluruh Malaysia satu ketika dahulu dalam iklan mereka(Hebat!!banyaknya!!), tetapi promosi tersebut hangat2 tahi ayam , dah xdak kesinambungan selepas itu kerana pengisian kualiti program radio dan tv tersebut hambar!!saya akui sendiri, kebanyakkan golongan muda petugas RTM arini memang kreatif tetapi kreativiti mereka tersekat oleh peraturan dan birokrasi jabatan tersebut.itu xjadi masalah, tapi ada yang menjadi masalah sebenarnya..bagaimana untuk menghasilkan produk dan program yang berkualiti sedangkan sumber ilham produksi itu tidak dijaga dengan rapi dan tersekat, lekat,hehehehe, gaji bayar lambat, mintak cuti pun susah, asyik dipantau dan mcm2 lagi.Maksud saya manpower sambilan itu yang diguna begitu ramai tidak dijaga sepenuhnya, bukan diminta ditantang seperti minyak yang penuh, tetapi adakalanya mereka ini AB sedar x sedar disisihkan, hanya berkhidmat untuk membuat program sahaja dengan arahan dari pihak atasan..Mana dia petugas tetap yang dianggap sebagai B17, B27 dan mcm2 B(TETAP)!!. Yang tahu, KURSUS! KURSUS! KURSUS! dan saya anggap kursus xpandai2..mcm ini kah nak berkembang!! Kita ambil contoh, kalau sebagai komander tentera yang nak pergi berperang pun, kenalah ada persiapan kelengkapan perang senjata, moral,propaganda, battle plan dan makanan untuk tentera kita, barulah boleh menang perang…Kalu gaji pun bayar terhegeh-hegeh, mana ada moral nak bekerja, betul tak??program jadi macam sampah lah, cuba kaji dari root permasalahan RTM ni, ini adalah satunya.. mcm2 nak yang terbaik untuk pengisian program mereka atas arahan pihak atasan.. Dey Pooodah Ceh!!!Pihak pengurusan pls kesian kat AB yang ada..dahlah kontrak, suara mereka pun tak didengar, bayar plak ikut konti or hari..kesian2!!!cuti sakit xbayar gaji, amik cuti pun xdak gaji, tapi saya puji cz mereka ni golongan yang jarang2 tipu MC, coz xdapat gaji.. itu pun nak program meletup la, pegiklanan yang mantap la, pandai la pihak pengurusan RTM ni..hahahaha..agak2lah sikit RTM pun..selesai dahulu masalah ni.kayuh pelan2 no!!slowly but steady!!
RTM bertimbang rasalah sikit pada mereka yang menabur bakti!! Kalau boleh criteria pengambilan jawatan dalam RTM perlulah yang kreatif dan berdikari.Muka lama perlu disimpan di desk pejabat aja, tonjolkan muka yang fresh dan ceria dalam pelbagai program, cungkilkan bakat mereka..takkan tandus dah idea tersebut..ingat Bintang RTM suatu ketika dahulu mantap, tetapi disebabkan persaingan dan promosi TV yang lain, dah jadi suram..KENAPA?disebabkan salah satu factor pengisisan rancangan tersebut. Ini isu penting untuk memantap program, bila program mantap, pengiklanan akan hidup, Advertising adalah DUIT!!!!so bila bercakap duit, ia semestinya PROFIT!!!sapa nak buat keja merugikan!!Hanya RTM yang suka buat perkara tersebut..jangan ingat sebagai Gov granted broadcast, suma perkara di ambil ringan, cuba berdikari dan anggap jabatan tersebut sebagai commercial broadcast walau pada zahirnya kepunyaan rakyat dan kerajaan.tentu sekali wajah RTM lebih fresh.mentaliti hati dan perasaan gomen perlu dibuang jauh, perlu ada semangat persainagan dalam erti kata sikap penswataan, saling bersaing.
please digital la RTM ni, kuno sangat, dah lama pun kita merdeka..ni bukan zaman wayang pacak jabatan penerangan masuk kampung..please alert!!
p/s: Smart tunnel fungsi utamanya adalah giant tunnel for flood bukan fungsi utama sebagai jalan raya..tengok dalam discovery channel..Man Made Marvel.. That’s why kena ada maintainance, kenapalah kita ada infrastruktur 1st class tapi 3rd world thinking..kesian saya tengok orang kita fikir..mcm2 saya dengar dari mulut orang berkenaan SMART TUNNEL..coz mereka tak tahu tapi tau kritik aja.hahahahahaha..kesian!!!yang banjir juga 2 coz sikap orang kita jugak, nak suma teknologi hebat, tapi mentality bengap, buang sampah merata2, bangkai la,mayat la, motor la, peti ais, semua dibuang dalam sungai, mana tak tersumbat..larat mana tunnel 2 nak support, tahukah berapa KG sampah yang dihasilkan oleh rakyat kita, fikirlah sendiri..
VISiON 2020…

Kulupbana said...

salam datuk,
Satu benda datuk tak sentuh; betapa selama ini ramai penerbit dan penolong penerbit TV masih bertaraf 'part time full time';ada yang dah berbelas tahun!

Kadangkala gaji terbabas jika berlaku kesilapan teknikal. Kebanyakan mereka adalah graduan yang memiliki kapasiti lengkap sebagai penyiar profesional.

Sayang jika mereka hanya menjadikan RTM tapak sebelum melompat ke stesen TV swasta yang menawarkan ganjaran lumayan serta kelebihan sampingan.

Saya pernah bekerja di RTM sebagai staf 'part time full time'di UNIT HIBURAN zaman Barbara Edmond dulu; tahu sangat betapa peritnya mencari rezeki di sana. Biar berapa menteri, berapa KP dan berapa KSU bersilih ganti, kebimbangan dan keresahan saya dan kawan-kawan tetap berterusan.

Anonymous said...

Brother,

Tak payahlah nak bagi alasan. Tak cukup lagi ke dengan nyanyi..buka radio dengar lagu...buka radionya mesti dengar lagu. Semua ini melalaikan masyarakat. Kat TV atau radio tu, kalau ada program baru, mula-mula panggillah profesional. Masuk program ketiga, kena panggil artis pulak dah sebab nak kan ramai penonton. Sebetulnya, penerbit tak ada idea.

You sebagai DG Penyiaran, sepatutnya tengoklah masalah ini.


Nona Radio

Anonymous said...

Salam Dato
Apa yang syaiful z cakap tu benar. Jika Dato ada akal yang bijak, turun ke peringkat kakitangan dan buat perubahan kerana Dato DG baru. Saya mengharapkan kakitangan kerajaan yang bijak menunaikan tnggungjawab bukan mcm kini di peringkat atasan RTM yang berskandal dgn pelbagai isu dan berpaksikan tamak dan haloba serta irihati pada mereka yang lebih berjaya. Peringkat atasan RTM perlu mengurus bukan masuk campur di peringkat persembahan di konti. Amanah yang di pikul oleh para pengarah dan pengawal boleh di lunaskan jika ada autonomi dan AKAL.

Pengurusan atas kini RTM byk helahnya, di tukar mereka yang pandai dan berilmu ke peti sejuk beku IPTAR, rakam khanah, suara islam,voice of malaysia, IBC dn mcm mcm lagilah di negeri. Ini dibuat kerana mereka yang ditukar ini tak mampu mengipas, mengampu dan bersetuju dgn kejumudan terkini.

Bagi mereka yang tak mampu bekerja dan gunakan akal, beri je mereka option berhenti. Nak tunggu bila, sehingga RTM tak relevan ke???

Kami sayang RTM ni,ats sebab itu kami tegur.

Media prima tu juga ada silapnya, tapi silap RTM ialah akal tak guna penuh (common sense tak ada) Ada ke tayang anugerah RTM 2007/2008 tengah malam ahad 3-4 minggu lalu. Apa relevannya program itu? Apa kumpulan sasaranya? apa signifikannya? siapa peduli kamu gred B17, B27, apa ke jadah! pakaian penerima anugerah teruk, pakai jaket plastik terima hadiah dengan seluar komot.

Nasihat saya, sebagai DG,Dato ada tugas berat utk mengubah. Tapi saya yakin Dato boleh jika Dato inginkan. Kan Dato konsultant, melainkan Dato dah masuk kem jumud tu!

Tepuk dada tanya selera!

Selera saya selera negeri! masak lomak cili api! PEDASSSSSSS.

Sakura KL

Anonymous said...

Salam Dato
Sila ke muka surat 8 Berita Minggu hari ini dan lihat serta kaji iklan TV2 itu, apa yg tidak kena.

@#$%@#$%

Jawapan

Penjenamaan.

TV adalah dunia ria. Tepat.

Manakah datangnya logo RTM,Teman Setia Anda itu.

Iklan ini meresahkan dan mengusutkan minda. Ini pandangan saya selaku seorang yang belajar aspek pemasaran di universiti. Apakah yang orgramai nak fokus. RTM secara keseluruhan atau TV2. Natijahnya kini dan hari ini kita fokus kat TV2, dan TV2 hak milik RTM,jadi fokus hanya pada tagline TV2, Logo dan tagline RTM tak perlu dah. (period=MUKTAMAD). Pengiklanan dalam pemasaran perlu fokus.

Penyelesaian

Siapa bertanggungjawab buat iklan ini. Mesti staff RTM ni. Ini usaha kabur staff tersebut atau niat dia mengusut masai RTM dari dalam. Dato kena teliti benda ni. Ibarat kanser. Buatlah iklan lebih fokus.

Sakura KL

p/s
Jika betul RTM nak jadi teman setia anda- Hah gunakan data research yang ada, kaji aspek kumpulan sasaran dan bawa program yg kumpulan sasaran inginkan dan kekal relevan. Bukan bawa Mannix retro yg rating kelongkang. Barulah RTM teman setia anda.

Edjarn said...

rtm mesti diperbadankan dan menjadi satu badan penyiar bebas.. baru org nk tgk rtm..