Hari ini macam-macam ditulis mengenai pengacara dan program televisyen.
Ada suratkhabar yang menyiarkan seorang pembaca meluat dengan program Melodi.
Ada kolumnis yang bosan dengan pengacara hiburan yang cakap entah apa-apa. Adakalanya amat bodoh dan tidak membina minda. Cakap merapu dan buat lawak bodoh. Raja lawak ke? Kolumnis itu memuji cara pengacara Taufik Latiff dan Dato Mahadzir Lokman. Sesuai lagi ke?
Ada berita mengenai pengacara berlagak. Berlagak? Katanya pengacara suruh betul lampu lah dan lain-lain. Itu macam kerja penerbit saja. Tetapi seorang pengacara yang baik akan melihat programnya dengan teliti agar dipersembahkan dengan baik termasuk buat teguran membina. Macam Sayed Munawar.
Ada akhbar yang menyiarkan pengacara lelaki berlaga pipi dengan wanita. Jika majlis tertutup, boleh ke?
Halo.....kita sedang hadapi kemelut ekonomi dunia ni.......bantulah rakyat.
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
haha... macam baru lepas baca je... di sebuah akhbar harian berwarna biru, tetapi di hari minggu berwarna merah...
salam dato',
berlagak itu sifat pribadi.
namun jika tak berubah mungkin bawa
padah.
kepintaran dan gelagat pengacara semasa mengacara perlu ikut peredaran masa. cuma harus dijaga agar tidak cacat dan cela.
kena ikut apa yg penonton suka, asalkan pandai kawal diri... agar tidak tuimbul meluat dan benci.
Salam Dato
Dalam kegawatan ekonomi kini, rakyat malaysia yg berehat setelah puas berusaha mencari rezeki atau rakyat malaysia yang tidak mahu berbelanja tanpa sebab di luar akan menghabiskan banyak masa rehat mereka bersama keluarga atau sendirian MENGHADAP TV di rumah. INI KENYATAAN.
Itu sebab Media Prima menyediakan program yang baik, di siar petang dan di ulang tayang malam di stesen TV lain tetapi dalam organisasi nya yang sama. Ada maksud tersirat dan strategi ini BIJAK.
Namun bila banyak program di depan mata, maka akan lebih pula pengacara program atau program itu sendiri di teliti perlaksanaanya. Oleh yang demikian, timbulah banyak perbandingan di fokus kepada pengacara, kandungan dan masa program tersbut.
Mahadzir Lokman dan Taufik Hj. Ali adalah contoh terbaik ang boleh di jadikan pedoman untuk mengacarakan program. Langkah kedepan, berapa ramai yang menjadikan insan tadi contoh agar terus kekal relevan dalam iklim penyiaran negara. RTM harus mengenengahkan Syed Munawir dan pengacara bertudung dari Parlimen terbut(wanita) yang saya percaya ada nilai komersial dan penyampaian yang baik. Yang lain,tidak relevan dato kecuali para penyampai berita yang di bimbing Yusanani Yushak (itu pun perlu di saring lagi). Hezri hanya sesuai di radio dan zamzarina dah pupus.
Saya kritikal pada RTM kerana saya dibesarkan oleh RTM.
sekian kali ini.
Sakura KL
p/s
Gossip juga oleh wartawan adalah rencah akhbar. Ada di antara gossip itu benar dan realiti. Ini kerana golongan yang di gossip lupa tanggungjawab mereka di mata masyarakat.
salam,
pengacara yg dipilih biarlah bersesuaian dgn proramnya. penerbit kenalah mainkan peranan.
biarpun ikut kesesuaian masa, tp lagak, gaya berpakaian kenalah ada batasan.
salam,
di rtm ramai yg berbakat. cuma mereka seolah-olah tidak cukup latihan sebelum di pamerkan di tv. Kematangan riaksi/gerakan pancaindera tertentu dan cara penyampaian sesuatu program, termasuk berita, termasuk wajah yg menarik, akan menjadi aset dan daya tarikan penonton.
saya cadangkan, setiap program tv rtm harus diutamakan kpd staf2 radio atau tv yg muda dan berbakat, drp terlalu banyak mengambil org luar, termasuk artis sebagai pengacara/penyampai.pengacara/penyampai.
YBhg. Datuk,
Penerbit perlulah kreatif dan berani. Kalau di RTM, jadi penerbit bukan hanya sebab lulus PTK atau sipolan ni pegawai B41. Kalau dia B41 pun, kalau tak berapa cerdik, tak boleh jugak... saya melihat ramai jugak dikalangan B41 di kurang cerdik, malas, kurang kreatif dan tidak berfikir sebelum buat sesuatu.. akibatnya, semua produktiviti mereka adalah berdasarkan senior2 mereka terdahulu... penyakit sama jugak, menular di tv3, beberapa rancangan seperti 999, majalah tiga, adalah sama seperti mula2 diterbitkan. lebih2 lagi majalah tiga yang stylenya sama saja, seperti 23 tahun dulu... tak ade langsung pembaharuan, pengacaranya goyang tangan sama saje... saya rasa si yusanani tu tak boleh lagi jadi consultant kat rtm tu, sebab dia sendiri pun teruk... kalau tengok performance dia kat tv3 pun dulu teruk, inikan pula nak advice orang lain... (dia tak boleh langsung tahu bahawa make up dan wardrobenya teruk sangat masa 'on air' di tv3 dulu, dia hanya baca berita, tapi langsung tak paham apa dibacanya)
RTm kena perkuatkan lagi promosi, grafik dan elakkan guna suara harjit dalam promo berita... tak kena la dengan style zaman sekarang ni... RTM saya kira perlu liberalise kan dirinya dalam pengambilan staff... saya rasa kalau dikorporatkan lagi bagus kot... kerana, boleh ambil staff yang berkaliber dari luar dengan bayaran yang berpatutan, dan bukannya bayaran macam kurang daripada 'bangla cuci karpet' atau pun bayaran promoter kat jusco lagi mahal gajinya daripada editor artis berjadual kat rtm tu...sedangkan mereka itu berurusan dengan masalah negara, dasar kerajaan, takkanlah gaji lebih rendah daripada promoter kat jusco kot...
YBhg Datuk, sebagai KP Penyiaran baru.... timbang2kan la....
jonlabuyabedabedu.
Pengacara TV ramai yg merapu dan tidak punya minda yg kuat dan membena, yg laki laki ramai yg nampak lembut dan keperempuanan..
Post a Comment