KUALA LUMPUR 10 Mac - Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mungkin mengadakan kempen membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.
Setiausaha GMP, Hasni Abas berkata, ketika ini GMP masih dalam proses berbincang sama ada mahu menganjurkan kempen itu atau sebaliknya.
Beliau berkata, GMP perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian dan sekiranya ada penyokong atau pihak yang mahu GMP mengadakan kempen, ia akan dilakukan.
"Semuanya masih dalam perbincangan ahli dan kalau jadi, kami akan ke Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau,'' katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini hari ini.
Menurutnya, GMP konsisten mendaulatkan bahasa kebangsaan dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah.
Pada sidang akhbar itu, Hasni mengulangi penafian Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad semalam yang menegaskan perjuangan GMP untuk menghapuskan dasar tersebut tidak pernah didalangi mana-mana pihak.
(Renungan Rimau : Ini nasihat ikhlas. Takyah nak berkempen di PRK. Nanti orang suruh masuk politik pulak. Jika tidak mahu, orang kata macam 'ahli poiltik' pulak. Semua bukan. Bukan monyet, bukan beruk. Penentang PPSMI, bukannya tukang kempen.)
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
biarlah diaorang masuk politik sebab politik ialah merangkumi semua perkara.
alah datuk dulu shahnon ahmad pun cakap anwar macam buntut tapi dia sokong PAS dan berjaya jadi Ahli Parlimen...
datuk bila lagi?
Kadang saya kasihan juga dengan Hishamuddin ni. Masalahnya rakyat merasakan mereka juga bertanggungjawab serupa Menteri Pelajaran. Di Malaysdia ini bukan hanya sekadar seorang Menteri Pelajaran, malah beratus-ratus ribu orang. Mereka yakinkah apa yang mereka perjuangkan itu betul?
betulkah penggunaan bahasa inggeris dalam dua sukatan pelajaran tersebut akan menghapuskan pengetahuan dan kecintaan kita keatas bahasa ibunda? Yang tak harap kepada Menteri itu apa hal. Kalau dah memang nyata penggunaan bahasa inggeris tu boleh menghapuskan kecintaan kepada bangsa, mengapa Tun Mahathir masih kuat dan kukuh kecintaanya kepada bangsa melayu, padahal beliau sekolah Inggeris sejak dari muda hingga tamat pengajian di Universiti di Singapura. Ramai anak-anak sekarang hasil dari sekolah yang bahasa penghantarnya bahasa melayu, tapi akal kadang melebihi syaitan dan barat.
Sdr Abe Mie,
Saya ahli UMNO tetapi tidak menyertai politik secara cergas. Saya menyokong UMNO kerana yakin bahawa parti itu sajalah yang akan memperjuangkan nasib orang Melayu. Saya hanya tidak suka dengan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak buat kerja, hanya pandai berpolitik, pecah amanah, membuat perkara yang dilaknati Allah SWT, merampas peluang orang lain, membolot harta, menipu penyokong dan membuat fitnah. Pemimpin parti lain juga begitu malah ada yang teruk lagi apatah lagi yang suka 'main belakang'. Saya menghormati pemimpin parti lain yang sentiasa mengeluarkan pandangan bernas dan membina. Bukan yang berfikiran politik sempit seperti kebanyakan pemimpin DAP. Berpolitiklah untuk negara bukan untuk tembolok sendiri.
Sdr Bungaraya,
Sokong seratus peratus.
DEMOKRASI.DEMOKRASI TERPIMPIN.
Ungkapan yang mempunyai kepelbagaian anggapan.Biarlah puak puak yang inginkan agenda mereka terlaksana selagi ia tidak memudaratkan orang lain dan negara secara keseluruhannya.Bila demokrasi diterima(sebahagian manusia)maka kita perlu berlapang dada menerima pandangan orang lain seperti juga kita mahu pandangan kita diterima orang lain.Tiada kata mengeji,atau merendahkan pendapat orang lain.Selagi undang-undang dipatuhi,adab dijaga, orang lain dihormati serta utamakan pandangan Islam maka teruskankan agenda masing-masing.
Betui cakap Dato', tak payahlah GMP nak terikut-ikut nak kempen, cuba kita tengok apa kata PKR dalam kertas akhbar Suara Keadilan, PKR tuduh kroni BN kaut untung RM5b apabila Kementerian Pelajaran melaksanakan program PPSMI dari tahun 2002, nanti apa pulak fitnah PKR kalau Kementerian Pelajaran ubah dasar semula. Kawan rasa GMP patut lebih sedar tujuan orang-orang yang ia-ia sangat menentang PPSMI ni, ngapa sekarang ? tidak dari mula dilancarkan lagi........ itulah pembangkang, harap-harap pengundi-pengundi di Bkt Gantang dan Bkt Selambar lebih diberi pentunjuk dari ALLAH.....
Post a Comment