Bahagian pertama yang saya lawati ialah promo yang terletak di Bangunan PKNS, Petaling Jaya, pada Rabu lalu selepas dua hari mengikuti Persidangan Industri Kreatif di Nikko Hotel.
Bahagian ini amat penting kerana ia membantu untuk mempromosikan program yang disiarkan oleh RTM sama ada produk sendiri atau program luar yang dibeli dari semasa ke semasa.
Tanpa promo yang agresif, tiada siapa yang akan menyedari bahawa RTM mempunyai program bermutu dan menarik. Tiada promosi untuk produk RTM sama ada berita, bualbicara, drama, gameshow atau program interaktif, tiadalah orang yang akan menonton RTM. Promo yang hebat akan menimbulkan minat penonton.
Namun, saya yakin dengan team promo RTM yang kebanyakannya 'anak muda' yang mempunyai semangat tinggi untuk menghasilkan hasil karya terbaik dan menarik. Yang perlu ialah panduan dan galakan agar segala kreativiti dipaparkan dalam karya mereka.
Pengurus bahagian ini perlu meneliti promo yang dihasilkan oleh stesen televisyen luar negara termasuk BBC, CNN, MSNBC atau National Geographic TV yang kreatif, vibrant atau bertenaga.
Jika bahagian promo lesu atau promo RTM dibuat secara'tangkap muat', penonton akan beralih ke stesen lain.
Kakitangan RTM perlu 'mentransfomasikan' minda atau budaya kerja mereka.
Saturday, March 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam Dato
Bercakap tentang promo
1. Ia mesti kreatif bagaimana nak mempromosikan program. Saya percaya tenaga RTM mampu kerana saya dah lihat penghasilannya. Cuma...
Janganlah idea kreatif ini di sekat oleh otak jumud pengawal dan pengarah unit yang fikiranya dah lapok dek kulat. Mereka yg jumud ini diarah options pencen atau jika degil, sumbat lubang mulut mereka dgn makanagar tak bersuara. Tugas pengawal dan pengarah memberi idea lebih bernas bedasarkan polisi yg ada bukan menyekat tak entu hala dan terhegeh hegeh nak kredit. Saya dah lihat dgn mata, saya dah saksi dengan diri dan kini saya kongsi.
2. Wang/belanjawan cukup
Bagi memastikan promo bejalan lancar satu peruntukan yang cukup di khendaki. Cukup bermaksud agar satu perancangan teliti di buat oleh jabatan terbabit bedasarkan perolehan program yang di beli serta rancangan kehadapan (forward planning) yang rapi. Paling tidak 6 bulan perancangan kehadapan perlu di buat. Tanpa perancangan, rtm akan buta, akan kabur, terkejar kejar.
ikhlas tapi perhati RTM dari jauh.
Bendahara KL
Salam Dato
Saya sekarang meminati muzik kreatif di 180 astro. Juga kagum dengan objektifnya memartabat muzik malaysia dan karyawan muzik malaysia.
TAPI
Cuba Dato dengar dan lihat, promo Muzik aktif yang di tayangkan berulang kali di saluran itu menggunakan lagu indonesia. Lagu tersebut berjudul Lets Dance Together dari Melly Goeslow, cuba lihat dan dengar betul betul. Langkah ini tidak bijak dan lagu malaysia tidak ada ke. Promo ini mesti di buat semula,memalukan RTM.Dahlah kita berusaha memajukan RTM, ada penerbit atau pengarah tidak peka. Tidak lihat tidak dengar.
Cuba Dato.
Ikhlas
Bendahara KL
Salam boss. Agreed that you need to upgrade the promo coz the best TV needs to have an excellent promo team. I remember when I was heading the Ent Dept at TV9, we even brought in a promo editor that used to work with Star World in Hong Kong tapi sedihnya ialah apabila kami tidak dapat memberikan equipment and support daripada sudut kreativiti yang betul di saat itu.
Saya juga pernah bersembang dengan your promo people and it seems that they are using Velocity machine for the post production and itu jugalah yang barangkali jadi faktor kepada "kurang menarik"nya promo berkenaan.
Boss, I am suggesting you invest to buy the latest Final Cut Pro (FCP) for your promo team. Biarlah geng production guna Velocity tu or even Adobe Premiere, tapi give your promo team the best and the latest FCP that you can invest in.
Well, this is only my opinion.
Salam.
Rahime Jamaludin
Assalamualaikum Datuk
Promosi adalah 1 perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengketengahkan RTM diantara lambakan stesyen Television yang ada di Malaysia
Namun 1 perkara yang paling utama yang harus di perbaiki adalah kualiti gambar. Kualiti gambar bagi RTM adalah begitu ketinggalan dibandingkan dengan stesyen lain. Tidak ade gunanya mempunyai rangkaian rancangan menarik jika kualiti gambar adalah tidak bagus. Seperti menonton Filem animasi terbaru tetapi dengan kualiti DVD 5.
Saya harapp Datuk dapat memandang serius komen saya memandangkan sekarang datuk berada diposisi yang terbaik untuk melakukan perubahan.
Terima Kasih
Dato,
Promo bukan setakat di tv saja. Kalau boleh ada juga promosikan program2 baru di surat khabar.
Dan kalau boleh, letakkan program di waktu yang sesuai. Saya ingin tahu rasional disebalik penayangan dokumentari National Geographic pada hari Sabtu pukul 5 ptg? Dokumentari yang ditayangkan pula dipotong kepada 30 minit. Tanpa kepala, tiba2 dah ada ditengah cerita. Adakalanya cerita ditamatkan begitu saja.
Datuk,
RTM sepatutnya dah lama mempromosikan diri agar imejnya kembali sebagai sebuat station media yang unggul dan boleh dipercayai.
Dalam rebranding imej RTM ini, datuk mesti berani pindah dan tukar pedekatan daripada station propanganda kerajaan kepada sebuah staion media yang berani, tegas dan bertanggungjawab. Berita dan infomasi kerajaan jika ditulis dan disampaikan dengan cara yang menarik ia pasti berkesan. Tulislah mananapa Datuk tulis dalam blog duniatiger 'short and sweet" AND DIRECT TO THE POINT. Please Datuk tolong ingat to promote RTM or rebranding it NOT JUST CHANGE THE LOGO. The contents/products are important not the logo. RTM mempunyai produk yang baik tetapi packagingnya kurang bermutu. With your standings and experienced saya yakin RTM akan dapat menarik pendengar dan penonton.
Selamat Maju Jaya.
Channel 502
Setakat ini, RTM paling teruk di segi promo. Astro, TV3 dan stesen lain, hebat belaka. Maaf, RTM jauh ketinggalan sedangkan dari segi kelengkapannya sangat hebat. Sayangnya, idea tarak. Ini tugas Dato' lah nak ubah.
Bagi saya promo dah ada tapi pengisian itu yg perlu.
Orangramai melihat bila laporan itu di putarbelitkan dan memihak (cut/edit) mereka akan rasa tertipu.
Kalau RTM dapat membuang amalan laporan berpihak dan berpusing pusing, tanpa promo yg gila gila pun akan diminati kembali.
The Rings
RTM buat roadshow kesetiap negeri Tapi jgn ikut product TV 3 'jom hebuh' , jom hebuh merosakkan rakyat hanya berhibur tidak educational ,MCMC perlu bagi amaran kepada jom heboh yg membudayakan hiburan ala MTV kpd rakyat
RTM perlu jenamakan sebagai saluran educational,news dan hiburan
Salam Tok Rimau,
Memang mengherankan bilamana sebuah stesen media seperti RTM, yang cukup dalam serba serbi,pengalaman,asam garam kehidupan....tapi berada dalam tangga tercorot dalam senarai siaran yang diminati ramai...!!!
Mengapa agaknya... atau memang kita semua sedia maklum,otak-otak atau idea-idea dalam organisasi itu sendiri(RTM) perlukan anjakan paradigma.. pada yang dok masih itu-itu juga sejak zaman Tok Mat dulu...harus diANJAKkan keluar..sediakan VSS untuk mereka-mereka yang telah berkhidmat 10 tahun dijabatan penyiaran...sedia berubah atau sedia dihumban keluar!!
RTM memiliki segala yang tiada dimiliki oleh stesen-stesen penyiaran swasta....tapi, kenapa berada dalam keadaan yang mendukacitakan???
Apakah BIROKRASI PENGURUSAN atau BEROTAK YANG TIDAK BERFUNGSI??
Datuk pernah bersama media swasta..mustahil Datuk tidak ada sebarang `GAMBARAN TERANG' bagaimana hendak menganjakkkan RTM atau jabatan penyiaran Malaysia ketempat yang sepatutnya mereka berada sekarang. KETEGASAN PERLU UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.!! YOU IN OR YOU OUT....!!!
datuk ,penerbitan promo sahaja tidak memadahi;promo perlu di jadualkan dengan strategi ; promo ini umpama satu majlis - ada flow dia ; promo itu perlu ada nyawa; ada cerita dan pastinya ada suspense. kena ada strategic planning utk promo ; sekurang2nya sebulan sebelum tx ; promo sudah dirancang dan di lay utk penilaian. datuk ; another thing your promo n marketing team tak ada insentive; cukup bln ini your content team pegi cannes ; tak usah lah pegi buang duit kerajaan saja ; rating masih tak boleh menang dengan juke box - maksud saya all media prima tv - saya panggil mereka juke box - tv hayal dan syok sendiri
Post a Comment