Semalam saya memberitahu satu perjumpaan 'pejuang Malaysia' daripada pelbagai kaum bahawa saya sanggup mati untuk mempertahankan negara. Memastikan Malaysia sentiasa aman dan rakyat pelbagai kaum boleh hidup dalam keadaan bersatu padu dan penuh setiakawan. Rakyat bebas untuk menjalani kehidupan sebagai manusia berguna. Bukan bergaduh atau bertengkar isu remeh temeh atau isu yang dipolitikkan.
Saya berharap rakyat negara ini menjadi pejuang negara untuk memastikan tiada anasir dalam dan luar negara memporak-perandakan negara ini sesuka ini. Tiada ahli politik yang suka menyemaikan semangat 'benci-membenci' atau 'bermusuhan' dengan melaungkan slogan politik sempit seperti 'apartheid', 'bumiputeraisme','memperkuatkan Melayu' atau mencaci Perlembagaan yang sudah dipersetujui oleh semua bapa bangsa sebelum ini. Tiada yang boleh mempersoalkan perkara 152 atau 153 dalam Perlembagaan.
Saya juga menentang mereka tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang yang tidak menghiraukan kesusahan rakyat terutama golongan peniaga Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Sikh, Murut atau apa kaum sekalipun. Saya akan menentang mereka yang memperkayakan 'kelompok' mereka sendiri tanpa menghiraukan mereka yang di bawah yang perlu bertungkus-lumus untuk mendapat sesuap nasi.
Apabila saya berada di Kuantan antara perkara yang diluahkan oleh peniaga di sana ialah 'pengagihan' perniagaan di kawasan di luar Kuala Lumpur. Apa salahnya jika ada projek di kementerian diagihkan sehingga ke pekan seperti Kuantan bagi membolehkan peniaga mendapat keuntungan. Mereka menunggu ibarat 'buah yang tidak gugur' dan terpaksa mengharapkan projek kerajaan negeri yang adanya tidak kunjung tiba.
Saya selalu percaya bahawa kata-kata Tun Abdul Razak Hussein yang menyatakan 'jika orang Melayu gembira, kaum lain juga akan gembira. Begitu juga sebaliknya'. Oleh itu semua pihak perlu memastikan orang Melayu mendapat hak mereka dan semua pemimpin Melayu perlu memastikan ia terus berlaku. Jangan tidur dan leka.
Umpamanya, jika ahli politik mengetuai sesuatu kementerian, fikirkan untuk menolong peniaga di Kuantan tidak kira Cina, Melayu atau India untuk projek tertentu terutama yang diadakan di kawasan berkenaan. Umpamanya, jika ada pelancaran di Kuantan, banner atau buntings boleh dibuat di kedai di Kuantan bukanya semua dibuat di Kuala Lumpur.
Alasan yang diberikan ialah boleh 'jimat belanja' jika semua buat di Kuala Lumpur. Biarlah 'belanja lebih' demi untuk kepentingan peniaga di Kuantan atau Kangar bukannya 'belanja lebih' demi untuk perut kelompok tertentu. Jangan terus menjadi 'perompak' tapi tolonglah peniaga dan orang bawah.
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam Uncle.Saya setuju benar dgn tulisan uncle harini.Betul semua kaum perlu bersatu untuk mempertahankan Malaysia.Semua rakyat perlu dijaga dan dibela tanpa kira bangsa dan agama.Tapi bila saya kaji balik,saya nampak selalunya UMNO-BN yg akan mulakan dulu isu2 perkauman,terutama bila mereka mula ditolak org Melayu.Pada pandangan saya tolak UMNO,hancur dan porak perandakan UMNO negara aman.Melayu,Cina ,India,Sikh,Iban,Kadazan,Murut akan lebih bersatu padu untuk membina masa depan yg lebih baik untuk Malaysia.So,kesimpulannya hancurkan umno dari sekarang.
Hmm...Ade ape2 cadangan mcm mn kita nak hancurkan UMNO.Kalo ada boleh kita kongsi dalam ruangan blog ini.Ini kewajiban umat.Kalo tak buat negara akan huru-hara pada masa akan dtg kerana UMNO.Please tolong,ini penting.
Datuk Tiger,
Aku ingatlah, bukannya satu masalah yang sangat besar jika berlakunya perlakuan dimana pemimpin memberikan ruang dan peluang kepada kawan atau penyokongnya untuk menikmati kemajuan dan kerjaya perniagaan dalam Malaysia dewasa ini.
Selaku orang yang telah berjuang dalam parti sejak 1985 lagi, aku merasakan aku juga harus diberikan ruang dan peluang untuk berusaha gigih dalam mengecapi dunia Malaysia yang merdeka ini. Aku akan terasa teraniaya jika untuk mendapat sekeping kertas trading lesen pun aku susah untuk memilikinya.
Perkara ini berlaku dimana-mana dari Perlis hingga ke Sabah. Dimana mereka yang banyak berjuang selalunya akan dikenang dalam soal peluang spt ini. Ada diantaranya berjaya dengan mudah memperolehi AP kereta sebagai sile distributer.
Ada antaranya menjadi dealer Petronas Dagangan Sdn Bhd. Ada antaranya memiliki lesen kelas F kontraktor. Kepada aku okey bah.
Malah aku berbangga kerana kerajaan prihatin kepada pejuang yang selama ini boleh lupa siang maupun malam didalam perjaungannya.
Generasi Y hanya memperjuangkan sesuatu yang berbentuk idealis, tanpa realiti kehidupan. Apakah mereka tega melihat pejuang negara dan bangsa duduk miskin dan papa kendana tanpa bantuan kerajaan?
salam..dato'...sy amat bersetuju dengan pendapat dato'...jika ingin rakyat menyokong kita@kerajaan khususnya..mereka kenalah pandang ke bawah n melihat penderitaan dan kesusahan yang dialami penduduk..peniaga dan petani antara golongan yang penting dalam memperkukuhkan ekonomi kita..kalu tidak manakan kita dapat makanan seharian kita kalu nk harap kita yang tanam sendiri...entah bilelah kan...
Dato Tiger,
Are you happy ? if you are happy i am happy
we must have happy society...
Ngapa tak komen DG mengenai PPSMI ni. Tuan pejuang bangsa juga kan?.
pemudapelapis
Salam TokTiger,
Heran sangatlah kebelakangan ni,kemuliaan intiusi perlembagaan nampaknya tak dihormati lagi.Memang pasal Datuk Anwarlah juga,bila dia berjaya memberi kredit banyak kerusi DUN dan PARLIMEN pada PRU-12.Anjakan inilah yang kononnya membuktikan rakyat Malaysia terutama golongan generasi muda perlukan perubahan dalam semua peringakat sistem di negara ini.
Pokoknya sekarang kerajaan di bawah kepimipinan PAK LAH mestilah tegas dan berani bertindak dengan keputusan muktamad demi memberhentikan segala kecelaruan di negara ini.perkara 153 dan 152 dalam perlembagaan perlu dihormati,dan bukannya cuba dan terus mencuba mencabar perlembagaan tersebut.
masa depan generasi mendatang tetap terjamin selagi berpayungkan kedaulataan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.jikapun hendak perubahan kenalah ikut saluran dan sistem yang betul,segala-galanya boleh dibincang dan muafakat bersama tanpa sekatan.
tak apa DIY, tak siar pun tak tapa, tapi biar saya lepaskan kata untuk komen ini.
UMNO dilihat sudah tidak pandai mencari sokongan. Perjuangan UMNO banyak dikhianati oleh orang dalam, terutama yang menjadi menteri, exco dan ajk.
Rakyat hampa dan keciwa.
Contoh menteri pelajaran boleh tuduh PSMI ada dalang pula. sedangkan benda ini UMNO johor sudah surakan.
Saya rasa menteri sudah tidak peka dengan kehendak ahli-ahli
Selamat malam Dato'..Saya setuju sangat dengan pandangan Dato akan hal masalah rakyat sekarang, makin hari makin huru-hara dibuatnya..Tetapi punca segalanya adalah daripada pemikiran sempit politik pakatan pembangkang yang gilakan kuasa. Sanggup gunakan kesempatan atas apa jua isu untuk melagakan semua kaum..Tindakan mereka tak lari seperti cerita 'DIEHARD 4.0'..Banyak musuh dalam selimut, ciptakan provokasi, gunakan isu perlembagaan, gunakan isu agama semata-mata nak tengok negara huru-hara, rakyat memberontak akhirnya dapat kuasa....Sedarlah wahai pemimpin politik sekelian....Insaflah....
Post a Comment