Wednesday, March 25, 2009

PERHIMPUNAN TERBESAR MELAYU

Bagi sesetengah pihak, Perhimpunan Agung UMNO adalah pertemuan ahli-ahli politik setahun sekali. Ada juga yang menganggap ia satu pertemuan biasa yang dilakukan oleh mana-mana parti politik di negara ini. Anggapan itu boleh diperbetulkan.

Sebenarnya, Perhimpunan Agung UMNO adalah satu perhimpunan terbesar Melayu selepas musim haji di Mekah kerana pada ketika itulah, dunia akan menyaksikan bagaimana bangsa Melayu dari setiap pelusuk dunia berhimpun di ibu kota. Ia adalah pertemuan keluarga Melayu terbesar. Inilah perhimpunan sebangsa dan seagama. Mereka juga bermesra dengan ahli parti daripada agama lain terutama dari Sabah.

Jika dahulu mereka berhimpun di beberapa tempat termasuk Hotel Merlin di Jalan Sultan Ismail, kini mereka 'berkampung' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama beberapa hari bukan saja merapatkan silaturahim tetapi juga berhujjah, memberikan cadangan, mengkritik, mengupas atau menyindir untuk memastikan Melayu tidak 'tidur' dan leka dengan perjalanan kehidupan yang semakin mencabar.

Perhimpunan ini penting bukan kerana jumlah mereka yang hadir tetapi 'siapakah' yang hadir dalam 'satu kampung besar' untuk membincangkan kepentingan bangsa Melayu. Mereka melalui proses pemilihan getir di setiap cawangan dan kemudian diikuti dengan bahagian. Seterusnya ahli-ahli politik ini menjadi perwakilan yang akan membincangkan pelbagai isu daripada aspek agama, budaya, bahasa sehinggalah kepentingan bangsa Melayu pada tahun mendatang.

Di sinilah, kita akan melihat 'pejuang Melayu' baru dan lama berhimpun dan bersilat untuk memastikan kepentingan bangsa sentiasa dijaga dan tidak dihapuskan sepertimana disebut oleh Hang Tuah, 'Melayu tidak akan hilang di dunia'. Tiada perjuangan, tiadalah Melayu. Tiada pejuang, tiadalah perjuangan.

Perjuangan ini penting kerana di perhimpunan inilah setiap pejuang akan memastikan semua hak bangsa Melayu dimartabatkan dan menentang pihak yang mula 'kurang ajar' dengan mempersoalkan hak-hak itu termasuk pemimpin Melayu yang suka 'bermuka-muka.'

Tanpa perjuangan yang ikhlas dan berterusan, kepentingan Melayu akan diketepikan dan ketika itulah bangsa Melayu akan menjadi 'peminta sedekah' di negara mereka sendiri. Tanpa perjuangan yang berani dan tegas, bangsa Melayu akan terus diperkotak-katikkan terutama mereka yang mengidam menjadi pemimpin tertinggi negara dengan apa cara sekalipun termasuk mengetepikan kepentingan Melayu yang sudah tersurat atau tersirat.

Mereka inilah petualang bangsa Melayu yang perlu dilontarkan jauh ke dalam laut atau di padang pasir gersang. Biarkan mereka tahu betapa sukarnya tindakan mereka 'melemaskan' pemikiran orang. Mereka inilah yang sanggup bersekongkol dengan 'golongan' yang menguntungkan mereka. Mereka mempunyai pelbagai wajah. Mereka ini sebenarnya pengecut dan pembelot. Tiada penghormatan untuk mereka.

14 comments:

Anonymous said...

UMNO JANGAN AMALKAN "POLITIK ANJING"-SEBAB BUDAYA MELAYU ADALAH JAUH BEZANYA DENGAN BUDAYA ANJING. BIARKAN DAP DENGAN BUDAYA ANJING MENYALAK KE SANA MENYALAK KESINI...PEDULIKAN KARPAL,GOVIND SINGH DEO & LIM KIT SIANG. TEGAKKAN SAF MELAYU BERTULKAN BARISAN. JANGAN BIARKAN SESAMA MELAYU SALAK MENYALAK...NANTI ANJING SENDIRI TIDAK HORMATI MANUSIA BERNAMA MELAYU.HIDUP MELAYU BIAR BERMARUAH!!!TOK PERAK

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Kalau boleh tuan cadangkan agar Perhimpunan Agung kembali dibuat pada waktu cuti sekolah atau khamis hingga ahad. Barulah rakyat dapat kembali hadir beramai-ramai merasai denyut nadi perjuangan UMNO.

Anonymous said...

..... walauapapun, you looked good yesterday morning when receiving that RM10,000 donation for HAMAS/FATAH.

Anonymous said...

Politik babi pun tak perlu. Menyondol sana sini hingga laman orang pun nak digalanya. Bangsa berbudi luhur sikapnya budiman.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

selamat berjuang...bukit perlu ditempuhi..bukit gantang mula2 sekali....

datuk pantun 2 kerat

burungjantan said...

Salam untuk Dato' Tiger,

Saya gembira khairi Jamaluddin menang. Beliau pencetus blueprint dan KPI. Beliaulah satu-satunya manusia yang berani. Beliaulah juara kebebasan. dan membantu orang yang tertindas. Syukur.

Tertolak lah istilah petualang yang diguna dalam ucapan mantan ketua pemudah. Yang sebenarnya petualang adalah shadow ciptaan sendiri. Siapakah petualang itu?

Mereka ialah orang-orang Tun Dr Mahathir yang selalu buat bising dan kacau daun, dan menimbulkan isu-isu anti kepimpinan yang jujur.

Kini Khairi akan disegani oleh setia kawan dan ditakuti lawan. Pemuda Umno akan menjadi hebat, berbanding di bawah pimpinan lama, yang pengecut, yang berani cuma cium keris sahaja.

Orang-orang yang pro Tun Dr Mahathir tentu keciwa dengan kemenangan ini. Akan tetapi inilah sanubari orang-orang muda, bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga di luar Umno.

Khairi merupakan pelapis, pengganti sebenar selepas anuar ibrahim dikhianati hingga beliau tercampak dalam parti pembangkang.

Sesungguhnya khairi adalah penghibur segala duka, ubat luka dan bomoh kepada semangat yang hilang ini.

Harapan sangat tinggi pada khairi, agar dia sihat dan mampu mengatasi dugaan dan cabaran. Insya Allah.

Kedua, dato'
RTM lembab dalam buat liputan. Sedih dengan cara RTM buat kerja, saya dispointed. Hampa menyebabkan saya banyak bergantung pada tv3, kerana media kerajaan (RTM) sangat mengeciwakan.

Kenapalah RTM begini...

terubuk jantan said...

dato makan goreng pisang kat riverside langsung tak mempelawa yer....ehehhehhe..steady tok nampak hensem pakai kot dan nokia e90

Anonymous said...

Dalam jerit puteri Umno sokong PPSMI, top-top Wanita UMNO buat keputusan sebulat suara tanpa bahas upset dari puteri. Nampak sangat puteri UMNO itu berada di kayangan, tidak berpijak di bumi nyata. Sesungguhnya Wanita Umno lebih rasa keibuan kepda nasib bangsa, berbanding puteri yang mabuk ala mabuk cinta.

Z-MAY said...

...kalau dikaji selidik, kat malaysia ni, manusia yg banyak wajah itulah yg dapat hidup mewah. yg bermuka-muka itu yg dapat kumpul banyak harta benda dan hidup selesa. yg jujur lagi mulia haidup memang sengsara.

sebab itu malaysia ni sebenarnya makin tenat lagi menenatkan...

DIN said...

Tahniah Bangsa Ku

Tahniah dengan saf baru,
Mungkinkah belayar dengan jayanya?

Atau mungking mempercepatkan
karamnya bahtera?

Nampak gaya Uwang lebih hebat dari nasib bangsa.

Tahniah Bangsa Ku

Anonymous said...

KEPUTUSAN PEMILIHAN KETUA PEMUDA UMNO AMAT MENGECEWAKAN. PEMUDA UMNO MASIH TIDAK FAHAM UCAPAN YG DIBUAT OLEH DATO'SERI NAJIB- INSPIRASINYA INGINKAN SEORANG KETUA PEMUDA YG BERILMU, BERWAWASAN(EMMM...MENGIKUTNYA CIRI-CIRI SPT DATUK MUKHRIZ,ANAK MANTAN PM). AKU AGAK TERKILAN KENAPA PEMUDA UMNO TERLALU BANGANG DAN KURANG SEDARI ISU INI. KHAIRY TERMASUK DLM GOLONGAN YG DISIASAT-TP NASIBNYA LEBIH BAIK BERBANDING ALI RUSTAM.KEGAGALAN MEMAHAMI ABSORBED/INSPIRASI BAKAL PM INI AKAN MEMBAWA PADAH. HASRAT DATO SERI NAJIB CUKUP HEBAT. INGIN MENYATU DAN MEMPERKASAKN UMNO-TAPI BILA INI TERJADI...LIHATLAH HADIAH BESAR BAKAL MENANTI KHAIRY DI BUKIT GANTANG NANTI...!DUA LAGI BUKIT BELUM TENTU SELAMAT BUAT UMNO/BN...AKU BIMBANG PEMUDA UMNO MASIH BELUM MATANG!!!!TOK PERAK

Anonymous said...

DATOK TIGER,
TAHNIAH SAYA UCAPKAN KERANA RTM MENJEMPUT NAIB CANSELOR UiTM, DATOK ABU SHAH...PANDANGAN CUKUP BERNAS-KATA-KATANYA PUAS HATI SAYA MENDENGAR..SEPERTI "PENGUNDI MELAYU DI LUAR SANA BENCI DAN MELUAT MELIHAT GELAGAT PEMIMPIN MELAYU"-SAYA RASA KRITERIA PANEL BEGINI SESUAI DIAMBIL OLEH RTM..BAGI MENARIK PENONTON..KATA-KATA BEGINI YG PEDAS TAPI MENGANDUNGI PENAWAR..BISA TAPI BERMATLAMAT HARUS DITERUSKAN RTM.SAYA RASA RTM TELAH BERJAYA MENARIK JUTAAN PENONTON SEWAKTU PROGRAM INI KEUDARA. TAPI LEBIH BAIK JIKA IA DIBUKA UNTUK PERBUALAN DGN PENONTON DILUAR.RTM HARUS TERUSKAN KELAINAN BEGINI...PEMIMPIN UMNO HARUS DITEGUR JIKA TIDAK MEREKA MUDAH LUPA DANSOMBONG DIRI.TAHNIAH SEKALI LAGI RTM.
TOK PERAK.

Anonymous said...

andalah salah seorang yang Pak lah sebut tergolong dalam order lama, cara lama, berfikiran lama.

musang tembaga said...

Dato'
Pemimpin yang dipilih oleh perwakilan PEMUDA UMNO telahpun terlaksana..Pemuda UMNO diperingkat bawahan, saya rasa tak kira siapa yang dipilih sebagai ketua, yang penting ahli umno, bukan hipokrit, tak lebam mata, tak cakap depan lain belakang lain, tak hina raja-raja melayu.......DAULAT TUANKU....Buat Dato Nizar...Bersediakah untuk berperang.?????