Thursday, March 5, 2009

KALAU BERANI CAKAPLAH DI LUAR DEWAN

Oleh AgendaDaily

Sudah acap kali wakil rakyat pembangkang berselindung disebalik hak dan keistimewaan atau kekebalan sebagai ahli Parlimen dengan membuat macam-macam tuduhan serta dakwaan terhadap pihak yang tidak mereka senangi.

Bagi mereka yang kerap berada di Parlimen dan ikuti persidangan Dewan Rakyat, mereka sudah dengar macam-macam perkataan termasuk dialog Pemuda UMNO celaka yang dituturkan pengerusi DAP Karpal Singh.

Ada sesetengah daripada mereka sengaja ‘tembak peluru’ dan bila sudah panas serta Speaker arah mereka tarik balik, sebilangan besar akur tetapi realitinya perkataan tohmahan dan tuduhan sudah dilafaz.

Semua wakil rakyat termasuk penyokong kerajaan tahu, mereka tidak boleh didakwa jika membuat dakwaan atau tuduhan di dalam Dewan.

Sebab itulah, bila sudah panas ada wakil rakyat yang melemparkan tuduhan dan tohmahan diminta buat kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan pihak yang dikaitkan membuat dakwaan.

Insiden yang menimpa Karpal apabila dikepung beberapa pemimpin Pemuda UMNO Selangor, baru-baru ini juga ada kaitan dengan hal ini apabila mereka mendesak ahli parlimen Bukit Gelugor itu mengulangi perkataan Pemuda UMNO celaka di luar Dewan.

Ketika persidangan Rabu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek macam sudah tak tahan lagi dengan sikap wakil rakyat pembangkang yang dianggapnya cuba menjadikan Parlimen sebagai tempat menyebarkan fitnah.

Beliau sanggup bertikam lidah dengan menjawab dakwaan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Ooi Chuan Aun kononnya seorang pegawai kanan Kementerian Penerangan ditangkap di sebuah hotel bersama seorang pengacara hos rancangan televisyen baru-baru ini.

Soalan tambahan itu berbangkit ketika Shabery menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Sambil menafikan kejadian itu, menteri berkenaan berkata perkara itu tidak mungkin berlaku kerana pihak yang didakwa dalam tuduhan tersebut berada di London ketika itu.

Ooi kemudiannya bangun dan bertanya apakah tindakan yang diambil jika perkara itu adalah fitnah.

"Saya rasa jelas Yang Berhormat buat fitnah. Tak wajar buat kenyataan dalam dewan. Saya rasa … boleh buat di luar. Kalau mereka yang dituduh rasa tak benar tindakan boleh diambil.

"Saya rasa orang ramai tak tahu (perkara) ini. Saya pun tak tahu, tak terima SMS ini.

"Sebab itu saya tanya siapa dia, sebut namanya. Saya tahu dia tak ada dalam negara. Kalau saya sebut tak ada, tak adalah," katanya.

Menurut Shabery lagi, tidak wajar menyebarkan fitnah terhadap orang yang tidak bersalah dan kenyataan ini pula datang daripada seorang pemimpin dari parti pembangkang dan seolah-olah dipersetujui oleh semua (pembangkang).

“Sebab itu saya katakan, kalau ini jadi amalan seorang ahli Yang Behormat yang sepatutnya secara terhormat mengeluarkan kata-kata yang baik, ini mencermin pemikiran keseluruhan rakan-rakan YB,” tegasnya.

Katanya, pembuat fitnah adalah Ahli Parlimen Jelutong sendiri.

Shabery berkata, perbuatan Ahli Parlimen itu adalah untuk mengambil kesempatan waktu kamera (televisyen) sedang ada untuk disebarkan diseluruh negara selepas ini.

Beliau berkata, perkara ini tidak wajar diperpanjangkan dan tidak perlu lagi disentuh kerana fitnah berjalan setiap masa, setiap waktu dan setiap tempat dan ia bukannya tugas dan tanggungjawab kementerian untuk menjelaskannya.

"Saya rasa kalau YB suka buat sesuatu bagi mengaibkan orang lain, sebab keluarga orang lain aib, suatu masa berlaku pula kepada YB dan keluarga YB. Dan saya rasakan perkara ini tak guna untuk (kita) berbuat demikian," katanya.

Katanya, Ahli Parlimen tidak sepatutnya membuat tuduhan secara kategori kerana ia menyalahgunakan hak dan kebebasan dalam Dewan Rakyat.- 4/3/2009

(Renungan Rimau : Kapal Singh penakut cakap Pemuda UMNO celaka dalam Parlimen. Ramasami pun penakut (harapkan badan saja besar) cakap apartheid dalam Dewan Rakyat. Kini, Ooi pula bangkitkan soal mengenai pegawai kanan MOI yang beritanya tidak betul (cakaplah benda lain bro). Mereka semua ini menggunakan keistimewaan berada di dalam dewan. Kalau betul-betul berani, cakaplah kat luar dewan. Ramai yang akan disaman ataupun kena 'belasah' oleh ahli politik. Berani buatlah kat luar. Itup kalau ada 'teloq'. Mungkin takde kot.).

25 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dalam hal membuat firnah dari segi hukum ugama ia tetap dosa samada di luar atau di dalam dewan.

Membuat fitnah tetap dosa pada mana mana ugama.

Karpal, Ramasamy dan Oi elok bertaubat.

Sang helang said...

Mereka tu tak sedar diri...mereka ingat menang pilihan raya kawasan dia tu sudah ada lesen nak besar kepala, cakap tak serupa bikin...boleh cakap apa saja la...aku heranlah...orang melayu masih belum nampak itu gajah lalu depan mereka...tapi kuman di sana......seberang nampak pula...

Anonymous said...

Ni aku nak cakap!!!

Bukan sahaja Pemuda UMNO celaka malah semua UMNO tu yg celaka.

Puas hati ke tuan Brahim.

Tak habis habis kau ni jilat UMNO.

bungaraya

Anonymous said...

Salam bro,
Betul juga ya..kalau berani cakap di luar dewan macam ketua bahagian UMNO Bukit Bendera yang kena gantung hari tu.
Selamba je dia cakap.

Mungkin betul bro cakap diorang ni tak ada 'teloq'.

Apa-apa pun salam perkenalan dari Kumbang ...:-)

Anonymous said...

puak pr memang macam tu. bila lagi nak sebarkan fitnah kalau bukan dalam parlimen. ada imuniti.

yang pentingnya, masuk tv. damage has been done. itu saja depa fikir.

tak pasal-pasal mamat penang ni dok cerita pasal sms. cakap macam dia handal tapi sms juga yang nak dipercayai.

tak dak isu sebab tu kena create isu.

Anonymous said...

Dalam sedar atau tidak, Karpal sebenarnya telah merentasi zon waktunya dan lebih dikenali sebagai 'Liability of DAP' dan 'Shame of PR'.

Jika ditenung-renung, tidak ramai MP PR yang berhabis-habisan membela Karpal.

Saya merasa curiga tentang keikhlasan dan kesePAKATAN RAKYAT serta halatujunya.

Anda pula bagaimana?

Anonymous said...

penjelasan menteri mungkin boleh mengurangkan cakap-cakap belakang yang hangat di rtm sekarang ni, tapi pada masa yang sama ianya belum cukup untuk membuatkan orang berhenti bercakap dan merekacipta cerita terbaru....tidak kurang juga yang tidak percaya dengan penjelasan menteri semalam.....

p/s : tahniah boss....bila nak pindah ofis? hehehehe.....

dhomirhahs said...

haha bungaraya .. termakan cili ke?

bungaraya said...

dATUK,
TAK PAYAH DIUCAPKAN DILUAR DEWAN PARLIMEN.
TERDAPAT BEBERAPA UCAPAN YANG TIDAK BOLEH DIUCAPKAN WALAU DALAM PARLIEMN SEKALIPUN OLEH MANUSIA WARGA MALAYSIA.
1. MENGHINA SULTAN
2. MENGHINA AGAMA ISLAM
3. UCAPAN YANG BERUPA HASUTAN DAN BERBENTUK MENGERUHKAN SUASANA KESELAMATAN NEGARA.
4. dATUK FIKIRLAH SENDIRI. SAYA DAH LUPA.

UCAPAN KARPAL BOLEH DIKIRA SEBAGAI HASUTAN DAN PROVOKASI. DAN TERMASDUK DALAM PERKARA TIGA DIATAS.

MAWAR BERDURI said...

salam mr tiger?

hanya org yang memang cilaka ckp org lain cilakak mr. tiger

kalau anon yang mencilakak kan UMNO berani? dia tak kan bubuh nama anon mcm mak enon.. dia juga tak de teloq kot. sebab? tak berani nak bubuh nama dia..wah? talabeh sudah. sekian.

abe MIE 'TERJAH' said...

anwar ibrahim AKAN santau saiful bukhari?

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kulupbana said...

salam datuk,
Kononnya dah heboh kesahihan berita pegawai kanan ditangkap bersama pengacara; tak tau lah pulak ianya dinafikan menteri begitu sekali.

biasalah bab nafi menafikan ni. Junjung Quran bersunmpah pun ada yang sanggup. Hai lah industri ..

Anonymous said...

Mr Tiger,

Saya namakan perangai dan sifat mereka ini "Pakatanrisma".

Pakatanrisma adalah sifat sekumpulan manusia yang bersepakat untuk memfitnah, membohong, suka menghasut, sentiasa memburuk-burukan perangai orang lain, sentiasa takbur dan besar kepala, sifat suka baling batu tapi sorokan tangan, sifat yang selalu mengatakan yang dia saja yang betul orang lain salah, semua orang bodoh kecuali dia, semua orang rasis kecuali dia, semua orang celaka kecuali dia, sifat yang suka berdolak-dalik, sifat orang yang janjinya sentiasa kosong belaka, merestui semua bentuk tindakan untuk menjatuhkan lawan, suka melabelkan seseorang dengan ganti nama negatif sekiranya tidak sebulu dengan mereka, melaga-lagakan umat untuk keuntungan sendiri. Suka menuduh orang rasuah tanpa bukti. Suka sangat publisiti murahan. Dengan lain perkataan, pemikiran mereka ini sentiasa tidak stabil.

Orang ramai perlu berhati-hati.

Tanda-tanda awal "Pakatanrisma" adalah ketika pemimpin mereka mula bercakap karut di Parlimen. Mereka kemudian akan hilang rasa tanggung jawab pada diri sendiri, keluarga dan negara dan mula merusuh.

Mereka ini selalunya dipimpin oleh pemimpin yang ada teloq tapi teloqnya tersalah tempat.

Ada sesiapa yang nak tambah definasi "Pakatanrisma"?

Anonymous said...

Bukan semua melayu, umno dan bukan semua umno, melayu!
Sedih melihat melayu mencakar menjadi racist! bukan ajaran agama Islam menjadi facist!
Ini blog menyebar perkauman bangsa!
Ini boleh di ISA kan tapi tak akan!
Kerana ISA tu bukan jawapan!
Biar mati jadi Islam dari melayu laknat!
UMNO bukan agama!
Parti bukan kitabku dan kau!
-non-partisan-

Anonymous said...

Hapuskan sekolah cina.. Hapuskan sekolah tamil.. Hapuskan sekolah ugama.. Wujudkan satu sistem pengajaran sekolah melayu atau sek kebangsaan sahaja.

Selagi ada sekolah2 bercirikan tersebut selagi itu negara mengahadapi masalah antara melayu dengan bukan melayu terhadap tuntutan hak golongannya, dan sesama orang melayu pula siapa yang lebih islam dan imannya.

Orang yang 'membela' melayu bergaduh dengan bukan melayu bahkan bergaduh dengan orang melayu sendiri, dan dalam masa sama menjaga hati orang bukan melayu yang bersama-sama mereka. Akhirnya yang untung bukan orang melayu..

Setelah diwujudkan sekolah satu aliran, secara beransur bubarkan parti-parti berjenamakan bangsa dan agama. Biarkan kumpulan yang membela bangsa dan agama, adalah diwakili oleh NGO sahaja.

Sistem 2 parti seperti di US & UK bukan penyelesaian kemelut politik negara, seperti dicadangkan sesetengah pihak. Ianya tidak menjadi relevan sekira acuannya yang ada masih menghasilkan masyarakat yang berfikiran sempit agama dan hanya menumpukan pembangunan bangsanya sahaja.

Kempen2 antara Republican dan Democrat kita dapati hanyalah berbeza cara bagaimana mentadbir urus tetapi semuanya demi kesejahteraan kemakmuran negara semata-mata, bukan untuk kepentingan puak-puak tertentu.

Malaysia jika ingin cara politik ke tahap ini, masih jauh perjalanan ke arah itu. Sebab sistem yang ada ternampak mewujudkan masyarakat berpuak-puak, berpecah belah dan semakin sesat.

Pendapat saya, Mahathir dan pemimpin UMNO sebelumnya gagal mengubah mentaliti & minda orang melayu dan rakyat Malaysia kerana sistem pendidikan sedia ada, maka hasilnya lahirlah masyarakat yang ada hari ini.. masyarakat melayu dijajah, pendatang lagak penjajah. Merdekakah kita?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

-azienmat-

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

[i] Tahniah atas perlantikan sebagai KP RTM;

[ii] Pemimipin Pembangkang khususnya daripada DAP mana ada teloq. Berani kat dalam Parlimen sahaja. Macam tu, saya pun boleh.

Anonymous said...

Tu Tok Hadi Awang dah panggil gerombolan UMNO seluruhnya sebagai CELAKA. Nah, gi lelehkan air liur kamu dan baca kat sini

Tak baca berita ke? Ni dah cakap di luar?

Kenapa takde apa apa tindakan?

Kenapa serang orang kurang upaya jer? Kenapa serang orang bukan Melayu jer?

Kalau ada 'teloq', seranglah Tok Hadi sekarang.

Apa komen kau Tiger?

Kalau kau ada teloq, balaslah bagi komen, Tiger.

Anonymous said...

YB-YB pengecut ini menggunakan peraturan imuniti untuk melindungi diri mereka. Kaji balik peraturan ini kerana ia telah disalahgunakan. Di samping itu, YB-YB pihak kerajaan juga kena jaga mulut dan tingkahlaku di Dewan dan luar Dewan. Benda-benda yang tak elok ini bila ditayangkan dalam TV (selalunya dalam slot Berita), menjatuhkan lagi taraf mulia Dewan dan YB-YB.

rizal hashim said...

Salam datuk,

Tahniah menjadi DG RTM.

Moga-moga dapat mengangkat martabat kewartawanan RTM dan dasar-dasar lebih "in tune" dengan tuntutan masa kini.

Anonymous said...

Now ... No longer a free man, and more other things to catch up.

Anonymous said...

Ada lagi orang bodoh menyokong PR, aku ingat dah habis dah spesis lancau ni... nasib baik aku dah insaf. Hidup UMNO, hidup Melayu, hidup BN.

Mampuslah penyokong PKR keno sontot oleh DAP dan PAS pula dah bertukar jadi partai Budha se-malaysia.

-Koko

Anonymous said...

Masalah integriti di kalangan MP, itu yang perlu diberi perhatian, tak kira BN atau PR!
Kalau setakat cakap tanpa bukti, saya fikir tak payah layanlah...mentaliti di kalangan MP terutamanya PR perlu diubah, anda bernasib baik kerana sebahagian besar penyokong PR terutama PAS masih belum celik sepenuhnya dan masih mentah dalam memahami erti realiti politik semasa!
Karpal sebagai peguam berpengalaman, kalau fikir ada bukti, mengapa perlu perkataan 'CELAKA' diucapkan di dalam dewan. Fikirlah sendiri, termasuk penyokong2 anda!
Banyak isu lain yang lebih penting yang perlu diketengahkan, rakyat dah undi anda semua...jadi BUAT KERJA!

Kepada Bungaraya...bukan masalah nak jilat UMNO atau PR tapi perlu ada integriti dalam diri kita...akal ada, jadi gunakan sepenuhnya! Jangan sampai 'A' dikatakan 'B', namun masih kita mengangguk!

Hasri Abdan
Melaka

Anonymous said...

Tahniah le dapat jadi DG.

Jangan lupa tolong tolong kempen KJ nanti.

pemudapelapis

ChengHo said...

Dah banyak acap kali dah Karpal dan PR bercakap diluar dewan ?
Kalau berani menteri ,KSU dan DG RTM buat sidang akbar di RTM menafikan fitnah yg melanda nama KSU yg akan memberi nama yg tak baik kpd RTM jika ianya dibiarkan ...

TAKBIRRRR!!! said...

azienmat..ang memg barua bin bodo..bleh wat main2 bab agama..ang ni la cnth pemecah belah kaum..