Monday, March 9, 2009

SAYA BUKAN MONYET - HASSAN AHMAD

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad, menyangkal sama sekali beliau dan rakan-rakannya yang mahu PPSMI dimansuhkan menjadi alat pihak tertentu terutama pembangkang.

Menurutnya, beliau ada ilmu, ada otak dan boleh berfikir sendiri mengenai tindakan yang dibuat menentang pelaksanaan PPSMI. Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP)berkata pihaknya hanya berjuang untuk kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Itu saja.

Baginya, beliau tidak suka sesiapa saja melihat mereka yang 'berjuang' itu seperti monyet atau apa-apa pun kerana semata-mata berdemonstrasi untuk memansuhkan PPSMI. Sidang akhbarnya dilaporkan oleh TV1 sebentar tadi.

GMP mahu bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin.

17 comments:

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

setelah 6 tahun kenapa baru nak tukar..adik saya pandai bah bahasa inggeris sejak mat dan sains di
ajar dalam bahasa ni..apa masalahnya???

baik tak yah keluarkan idea2 yang bole diperalatkan oleh pembangkang..sebab? itu Nizar sama kawan2 nya saya dengar menghadiri kelas menjadi munyit sebab bosan bersidang bawah pokok depa nak bersidang pulak atas pokok..uh uh tabek2 asau!!!

LIN LIANI said...

Rupanya begini caranya menyelamatkan bahasa...A.Samad Said.

Kalaulah Datuk Hassan Ahmad enam tahun lalu berani menentang PPSMI, sudah tentu Pak Samad tidak akan bercakap sedemikian.

Soalnya, apakah Datuk Hassan takut pada seseorang?

hellboy82 said...

itu adik kau..adik orng lain????

rizal hashim said...

Salam Datuk,

Rujuk kepada Imbasan nukilan Hassan Ahmad terbitan DBP 2002, kesimpulan yang kita boleh ambil ialah Dr Hassan yang boleh berbahasa Perancis ini pencinta bahasa yang tulen. Biarpun saya tidak faham kenapa harus kita tunggu enam tahun sebelum kita meluahkan protes, saya sedar Dr Hassan sudah lama mengkritik pemerintah secara subtle dalam tulisan-tulisannya sama ada dalam dewan masyarakat atau akhbar arus perdana. Malangnya mesej itu barangkali tidak sampai. Saya cukup menghormati dan mengagumi individu macam Dr Hassan. Kalau ada peluang, saya gesa pelayar blog Datuk Tiger cari buku Imbasan hasil nukilan Dr Hassan dan buka mata kita. Hayatilah kandungannya. Salam.

Anonymous said...

Salam Tiger,

Saya percaya ada ketertiban dalam mempertahankan pendirian kita. Kita mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu tetapi dalam menyuarakan pendirian kita tak berbahasa pula.

Bahasa Jiwa Bangsa kita laungkan. Adakah jiwa kita kini sudah kurang beradab?

AYAH

Anonymous said...

Bahasa Inggeris..
Bahasa Melayu..

Jawapannya adalah bahasa politik.

Kenapa masyarakat Cina dan India boleh memahami Science and mathematics, dalam bahasa Melayu suatu masa dahulu ?

Sekarang PPSMI..
adalah bahasa politik yang sedang dipolitikkan.

Adat penentang yang suka "menangguk di air keroh".

--- Sokong jika waktu tambahan untuk subjek Bahasa Inggeris dipanjangkan ---.

Anonymous said...

Sayang Dato Hassan tidak sedar beliau telah dipermonyetkan.

Sedih tengok Dato Hassan, yang begitu bersungguh-sungguh memujuk kerajaan (termasuk menganjurkan perarakan) agar kembali ke dasar lama.

Tapi kalau Dato Hassan tidak sedar beliau sedang dipermonyetkan walaupun perkara berlaku di depan mata, bermaana Dato Hassan tidak boleh nampak lebih jauh. Your management judgement is questionable and very poor, wahai Dato Hassan. Saya gredkan kemampuan Dato Hassan, sebagai lemah. Orang yang mencadangkan dasar baru ini (Tun Mahathir) lebih terkenal dan berwibawa terutama tentang 'management judgement' beliau. Beliau telah berjaya membangunkan negara ini ke satu mercu yang semua rakyat Malaysia berasa sungguh bangga. Berasaskan kepada faktor ini sahaja, iaitu orang yang ingin melihat negara ini pergi lebih jauh (Tun Mahathir) berbanding dengan seorang yang tidak nampak beliau sedang dipermonyetkan walaupun perkara berlaku di depan matanya (Dato Hassan), saya dengan demikian berpendapat pergerakan ini hanya membuang masa dan bertujuan memberi peluang kepada parti pembangkang menghancurkan negara ini.

Saya yakin lebih ramai ramai yang menyokong dasar sekarang kerana percaya keputusan ini adalah demi kebaikan negara terutama orang Melayu. Cuma mereka adalah 'the silent majority'.

Kerajaan patut hentikan pergerakan ini sebelum ianya menggugat kestabilan negara ini.

Saya harap Najib lebih berani dari Abdullah Badawi.

Dah Bosan Dengan Gangguan

Bourne said...

Salam Bro,

pertama dimanakah salah nya kalau kita belajar mat dan sains didalam bahasa inggeris?

apa teruk sangat ke bahasa malaysia sampai wajib diselamatkan dari ancaman bahasa inggeris?

dulu masa kita kat sekolah amik mce tak mati pun bahasa malaysia kita. malah lebih bagus budi bahasa dari melayu zaman sekarang.

yang akhir sekali susah sangat ke nak faham matapelajaran yang diajar didalam bahasa inggeris? benak sangat ke hati orang melayu, bodoh sangat ke orang melayu menilai yang baik dan yang buruk (mungkin kot).

salam

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

Di dalam negara demokrasi,sesiapa boleh meluahkan apa yang dirasa dan difikir baik untuk bangsanya.

Mungkin kini adalah masa untuk KLIMAKS TAHAP GABAN,setelah sekian lama luahan rasa hanya dalam media cetak yang tak kesampaian.

Dulu UMNO Johor pun ada protes tentang hal ini...tapi pemimpin buat senyap aje.Perangai inilah yang telah menjadi antara punca menjadi Tsunami Politik 2008.

Cakap dengan BOS BESAR,rakyat semua setuju ....hanya nak sedapkan hati saja.Sebaliknya rakyat yang makan hati dan sakit hati. PAK BRATA 09

mat_terab said...

Untuk pengetahuan semua bukan baru mereka ni menbantah sejak mula dicadabgkan lagi tapi masa tu dengan cara baik dan bersopan tapi pihak kerajaan saja yang tak ambil tahu buat pekak, sekarang ni sampai peringkat turun je jalan baru kerajaan bukak mata.....
ingat rakyat yang menbantah ni semunya monyet ka....?
Lagi aku heran yang menbantah punya la ramai tapi lebih 100 ribu orang tapi TV kata cuma beberapa saja yang menbantah.......
dan di temuramah yang menyokong pasal apa tak minta bagi pandangan sama yang menbantah.....?

burungjantan said...

UMNO mencari pendekatan mencari musuh. Dulu dia memusuhi ulamak sehingga orang alim yang tak tahu politik kepartian terpaksa masuk gelanggang.

Tiba-tiba rakyat merasa mendapat penawar apabila PakLah menjadi PM, malangnya PakLah tertewas kerana saki baki Tun Muhathir yang masih buat kacau.

Sekarang saki baki itu akan menghamcurkan UMNO sekali lagi. Mereka menggunakan pendekatan bermusuh, kali ini bukan ulamak jadi musuhnya tapi pejuang bahasa.

Dan Pak Lah sudah nampak benda ini, malangnya Paklah tinggal berapa hari lagi.

Kita harap YAB Datuk Sri Najib akan meniru aruah ayahendanya menyelamatkan UMNO sehingga lahirnya BN dari Perikatan di zaman itu.

Muda-mudahan Perhimpunan Agong UMNO kali akan memelih pemimpin yang insaf dan sedar.

R@duan said...

Mungkin anda yang meminati PPSMI kurang membaca. Maksud saya membaca kajian yang telah dibuat oleh pakar dan profesor bahasa. Bagi saya yang mengikuti secara konsisten pakar bahasa ini, dapat melihat perjuangan dan penulisan bantahan PPSMI ini bukan baru bermula sekarang. Ia dari awal lagi. Cuma media perdana tak berminat untuk membantu mereka. Kata A Samad Said, lorong perundingan seakan ditutup, maka pentas politik diambil. Apabila ahli politik BN juga tak berminat, maka ahli politik pembangkang dijemput. Sekarang barulah media perdana hendak buat riuh. Perhimpunan UMNO akan datang kita tengok pula, tiba-tiba ada pulak calon-calon nak bincang pasal PPSMI ni. Eh...ambil kesempatan nampak!

bungaraya said...

Itu baru demonstrasi. Ada ketika nya nanti anak cucu kita kita terpaksa mempertahankan kedaulatan bangsa kita dengan darah dan air mata. Di Palestine perkara ini telah menjadi nyata.

Anonymous said...

Kita imbas kembali pada zaman Al-Khawarizmi dulu ... dia menulis buku2 al-gebranya dalam bahasa arab ...

Orang2 inggeris melantik scholar2nya utk belajar bahasa arab dan terjemahkan buku2 matematik tersebut ke bahasa inggeris supaya semua org inggeris dapat faham matematik ...

org2 inggeris tak pulak suruh org2nya belajar bahasa arab utk dapatkan ilmu matematik ...

tapi kita kat malaysia ni buat the other way around plak ... kene belajar bahasa inggeris utk dapatkan ilmu matematik ...

fikirkan la ....

Anonymous said...

Saya setuju PPSMI dikekalkan, cuma pendekatan pembelajaran Bahasa Inggeris harus lebih kreatif. Selamat berjuang anak bangsa ku...!

PARPUKARI said...

TAPI MR TIGER, MUKA DIA SEBIJI MACAM BERUK YANG DAH PENCEN, TAH LA....NI SEMUA NAK GLAMER FREE SEBELUM MATI ATAU DAH DAPAT DUIT YANG KAW2 PUNYA DARI AL JUBURI

Unknown said...

pertamanya,
bukan 6 tahun senyap baru nak protes.kalau dilihat, banyak seminar dan memorandum sudah diserah secara terhormat dan sopan dan santun.

Mungkin saudara-saudara selama ini tak perasan, atau buat-buat tak perasan atau malas nak mencari info.

Kalau saudara-saudara berlapang dada, mengapa tidak sahaja mengadakan dialog dengan Puan Ainon selaku AJK GMP dan Pengarah Syarikat PTS yang berusaha untuk menambah koleksi-koleksi penerbitan Bahasa melayu dalam pasaran buku dalam apa jua bidang.

Mereka selama ini mengumpulkan maklumat secara terperinci berbanding pendokong PPSMI.Kalau ada pendokong PPSMI emmpunyai hujah berbentuk kajian yang menyeluruh, mengapa tidak ditampilkan sahaja seperti mereka?Mengapa tidak dipanggil dan buat satu pertubuhan yang didukungi oleh ahli akademik(penyokong PPSMI) yang setaraf dengan ahli akademik yang membantah PPSMI?

Bagi saya, itulah kelemahan bagi pendokong PPSMI kerana tidak ada satu struktur yang jelas menunjukkan ahli akademik sanggup mewakili mereka mempertahankan PPSMI.

pernahkah saudara-saudar baca laporan yang dikemukakan oleh mereka?Kalau belum,sila baca dahulu dan kalau ada kapasiti, jawab kembali penghujahan mereka.

Mengapa PPSMI dianggap lekeh bagio mereka sehingga ke hari ini?bagi saya :

1) Pendokong PPSMI tak mampu mengeluarkan hasil kajian bersifat data empirikal yang lengkap berbandine mereka (sila rujuk 'Mengapa Kami Bantah PPSMI' oleh PTS)

2) Sehingga ke hari ini juga, DS Hishammuddin masih gagal untuk menerangkan hasil kajian kementerian dan tak mampu menyanggah mereka yang membantah PPSMI.Sebaliknya hanya gah bercakap dalam media.

Dan terdapat juga kenyataan DS Hishammuddin yang agak bertentangan seperti sekejap beliau mengatakan PPSMI ini adalah dasar dan sekejap beliau emngatakan PPSMI ini adalah eksperimen.

3)Pertubuhan seperti PAGE juga tidak mampu mengeluarkan kajian yang teliti dan juga seringkali menolak pelawaan GMP ke seminar sebelum-sebelum ini.Bagaimana ini boleh berlaku?

Bagi saya, perdebatan terbuka harus diadakan bagi kedua pihak.

Kebenaran harus dicari bukan kemenangan yang dinanti.