Tuesday, March 31, 2009
SATU MALAYSIA IDAMAN KALBU
(Gambar oleh AgendaDaily)
Ketika bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu, saya dan beberapa pengarang kanan media tempatan ingin tahu apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri. Jawapannya ringkasnya, "Tunggulah dulu. Saya akan memberitahu Saudara-saudara nanti."
Inilah sifat sebenar bakal Perdana Menteri Malaysia. Beliau amat menghormati ketuanya. Beliau mahu menjadi timbalan yang setia dan terbaik. Baginya selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri, tiada sebarang ulasan mengenai apa yang ingin dilakukan apabila memegang jawatan itu.
Sudah pasti, banyak perkara yang ingin dilaksanakan termasuk meneruskan rancangan yang Paklah mulakan. Rancangan 'idaman kalbu' masih tersimpan difikirannya dan akan dikeluarkan apabila beliau ditabalkan menjadi Perdana Menteri minggu depan.
DS Najib memberikan beberapa 'hints' ketika ditemuramah oleh Sayed Munawar di Dialog@1 RTM di PWTC pada 22 Mac lalu. Antaranya ialah memilih barisan Kabinet budiman dan berwibawa yang boleh membantunya membangunkan negara. Ini penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa beliau serius membentuk kerajaan yang bersih dan cemerlang. Ini penting untuk memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada parti pimpinannya - UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada tahun mendatang.
Yang pasti impian tersohor DS Najib pastilah mahu melihat keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara menerusi satu semangat kental rakyat negara ini - satu Malaysia. Perpaduan kaum perlu dipertahankan walaupun terpaksa menggadaikan nyawa.
Selamat maju jaya DS Najib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Pada rasa saya, mustahak juga bagi DSN untuk "merekrut" tenaga profesional kedalam kumpulan tenaga fikir dan pelaksana gagasan perubahan yang dibawanya. Bukan sekadar barisan saf kepimpinan UMNO yang baru terpilih. Dengan kerja-kerja yang banyak diKementerian masing-masing, masa yang mereka peruntukkan dalam membuat pembaharuan pada diri UMNO itu sendiri sedikit terencat akibat satu hari hanya ada 24 jam sahaja. Oleh itu jika ingin mahu perubahan yang bermanafaat dan effisen kepada rakyat akar umbi dan parti, Tenaga Profesional harus dibawa masuk menjadi ahli parti secara segera sebagai tenaga mahir yang akan membantu beliau. Dengan cara ini juga UMNO akan lebih ceria dan kelihatan budiman dan jauhari.
kalau ds najib naik, kayo la orang kerajaan... gaji naik lagi... hidup najib... tahniah org kerajaan... dan jgn jadi talam dua muka... jangan berpaling tadah... tau bersyukur...sokong kerajaan... apa lagi nak...?
Jangan ulangi kesilapan sebagaimana berlaku kepada PakLah. Apakah kesilapan itu?
Tun Dr Muhathir banyak campur urusan kerajaan. Seolah-olah PakLah dikawaluntuk bertindak ikut budi bicara sendiri.
Tun Dr Mahathir menyerang bertubi-tubi. Malah Tun Dr Mahathir sangat cemburu bagaimana PakLah boleh menang besar dalam PRU-11.
Oleh itu jika Tun Dr Mahathir diberi tempat semula dalam UMNO adalah yang selamat Tun Dr Mahathir, tetapi UMNO akan bungkugs dan berkubur.
Ini dapat dibuktikan dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Semua orang dah tahu... hanya bukti yang belum nampak.
Salam Datuk,
Suatu ketika dahulu, DS Najib pernah menjadi tamu program 'talk show'terbitan saya 'On Stage'; beliau ditemani isteri DS Rosmah.
Bual bicaranya spontan, berkarisma dan relevan. Setiap soalan ditangani penuh gaya kebestarian seorang pemimpin yang tahu segala-galanya.
Lalu, dalam hati saya terdetik bahawa, this guy one day will be the next PM.
Cuma harapan saya seperti juga doa kami rakyat Malaysia; bebaskan negara dari kerakusan rasuah, agihkan rezeki sesama kita jangan diboloti taulan semata-mata. Petualangan dah terjadi jangan ditambah menjadi-jadi.
Dengar pengakuan Anwar sebagai PENGKHIANAT BANGSA
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/anwar-si-pengkhianat-orang-melayu.html
Benarkah Azalina dan Rais letak jawatan???Berita tergempar di selamba-u.blogspot.com
DATOK TIGER...
SEKALI SEKALA BERILAH PELUANG PULAK KEPADA DS ANWAR UNTUK MENYAMPAIKAN BUAH FIKIRANNYA. INI SEBAGAI SATU BENTUK TRANSFORMASI DALAM BIDANG PENYIARAN. RTM JANGAN JUMUD DAN BERFIKIRAN SEMPIT. GUNAKAN DATO'SHABERY CHIK UNTUK KEMUKAKAN SOALAN SECARA SIHAT...FORMAL DAN SANTAI... SUARA PEMBANGKANG PERLU DIDENGAR.
MELALUI KAEDAH INI TIDAKLAH PEMIMPIN PEMBANGKANG MEMAKI ATAU MEMFITNAH SEBAB SUARA MEREKA DIDENGAR. INSYALLAH PENDEKATAN INI MENGURANGKAN POLITIK ANJING. JIKA INI DILAKUKAN RTM MENDAPAT RATING TERTINGGI SEBAB SEMUA PENYOKONG PEMBANGKANG AKAN TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA RTM.SEKIAN. TOK PERAK
Salam datuk, singgahlah ke blog saya, surat terbuka buat Datuk.
Post a Comment