Monday, March 9, 2009

PERJUANGAN MELAYU UNTUK MALAYSIA (3)

Satu ketika dulu, Amerika Syarikat amat sukar untuk menawan Iraq. Bapak George Bush Junior, yang sama namanya, George Bush Senior gagal dalam usahanya menawan Iraq. Apakah alasannya? Satu perkara, manusia bernama Saddam Hussein. Beliaulah adalah penyatu rakyat Iraq walaupun usaha memusnahkan imejnya dijalankan dari semasa ke semasa. Saddam Hussein ketika itu ibarat satu institusi yang menyatupadukan masyarakat Iraq dengan cara pemerintahannya yang tegas, berani dan adakalanya bersifat diktator. Oleh itu usaha melemahkan Iraq bermula dengan mencemarkan nama Saddam Hussein dan akhirnya menangkap serta membunuhnya. Inilah tindakan musuh Islam untuk menghancurkan negara aman dan stabil.

Oleh itu, tidak hairanlah formula yang sama kini dilancarkan di negara ini oleh golongan yang sudah tentu mendapat idea daripada pihak yang mengaku polis dunia. Mereka melancarkan satu gerakan untuk menghina Raja-raja Melayu dengan pelbagai kaedah termasuk menyeret Raja Melayu ke makhamah. Mereka juga membuat pelbagai demonstrasi untuk memaparkan bahawa ada yang tidak kena dengan Raja Melayu. Yang paling bodoh ialah berbaring di depan kereta raja. Belajar dari mana ni?

Yang menyedihkan, pemimpin Melayu dan beragama Islam yang menjadi penggerak utama tetapi berselindung di belakang imej Islam atau Melayu 'tulen'. Mereka ini digunakan oleh pemimpin DAP untuk segera meruntuhkan imej Kesultanan Melayu dengan mengagungkan istilah seperti 'ketuanan rakyat' demi untuk tembolok mereka. Sedarlah mereka inilah sebenarnya petualang yang akan menghancurkan negara ini.

Mereka berusaha bertubi-tubi untuk membawa rakyat memarahi Raja Melayu seolah-olah apa yang berlaku sekarang ialah Raja Melayu menyokong kerajaan sekarang. Mereka lupa ketika Raja Melayu menyokong mereka untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas menang Pilihan Raya Umum Mac 2008, tiada sepatahpun menyatakan bahawa Raja Melayu di sebelah mereka walaupun BN dikatakan terlebih dahulu menghadap Sultan Perak untuk menyatakan mereka mempunyai jumlah yang besar untuk menubuhkan kerajaan. Ketika itu, parti-parti pembangkang masih tidak wujud sebagai entiti sebuah parti. Kini pun tidak wujud dan tidak payahlah terkeliru. Tidur sama bantal, mimpi lain-lain.

Inilah sifat mereka yang akan 'melolong' jika terkena batang hidung mereka tetapi senyap menikmati kemenangan. Inilah pendekatan berterusan seolah-olah untuk 'menggalakkan' rakyat mempersoalkan institusi Raja Melayu, mempersoalkan tindakan pemimpin Melayu dan memperlekehkan institusi Melayu.

Sebenarnya, istilah rakyat itu juga dimiliki oleh semua orang dan mulai hari ini tidak payahlah menyebut 'Pakatan Rakyat' kerana siapakah mereka yang boleh mengaku bahawa rakyat di belakang mereka sedangkan ramai lagi yang meyokong parti-parti lain.

Kini mereka pula memutarbelitkan dengan mengatakan tiada 'ketuanan Melayu' tetapi ketuanan rakyat. Mereka ini sudah lupa bahawa tidak kira apa bangsa sekalipun mereka 'menumpang' di tanah Raja Melayu yang mempunyai hak untuk mengarahkan kita keluar dari negeri ini. Semua orang adalah penumpang dan tiada hak untuk memalukan tuanpunya tanah ini. Raja Melayu adalah sebenarnya 'ketuanan Melayu' bukan orang biasa. Oleh itu, rakyat biasa tidak payahlah berangan untuk melaung-laung atau mendabik dada mengenai istilah itu. Apatah pemimpin yang orang tahu 'tembelangnya'.

Selain itu, semua rakyat di negara ini perlu memahami mengapa negara ini dipanggil kerajaan sedangkan di Indonesia dipanggil pemerintah. Tolonglah faham kalau tidak pernah pergi ke sekolah. Asasnya ialah negara ini beraja dan mereka yang mentadbirkan negara ini disebut 'kerajaan' iaitu institusi yang dibenarkan oleh Raja Melayu untuk memerintah negara ini. Raja Melayu membenarkan mereka menjadi kerajaan dan membuat peraturan. Mereka boleh membuat apa saja mengikut undang-undang dan jangan sekali-kali memalukan Raja Melayu.

Pembangkang juga kini menyebarkan risalah yang menuduh UMNOlah yang menderhaka kepada Raja Melayu dengan memutarbelitkan fakta mengenai apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sedarlah wahai rakyat negara ini, apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir ialah untuk menaikkan martabat Raja Melayu yang kini disanjung dan didaulatkan. Jika TDM tidak berbuat sesuatu ketika itu, rakyat pun terus memberontak kerana ketika itu Raja boleh melempang atau menempeleng orang biasa sesuka hati atau membuat tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kini, Raja Melayu dipandang mulia dan jika ada antara mereka yang berbuat 'tidak tentu arah' boleh dibawa ke mahkamah khas. Tetapi pembangkang membelitkan fakta menyatakan bahawa UMNOlah yang penderhaka. UMNO membuat sesuatu untuk Raja Melayu bukan seperti yang berlaku di Perak sekarang di mana ada orang Melayu yang bersekongkol dengan pemimpin DAP untuk menghina Raja Melayu. Bermesyuarat bawah pokoklah. Tanam pokoklah. Mengapa tidak tanam kekalutan ini? Apa punya orang? Jangan membuat gimik murahan.

Oleh itu, rakyat negara ini perlu bersatu untuk memastikan institusi Raja Melayu terus dipelihara dan tidak diruntuhkan oleh golongan yang mahu menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan pelbagai dasar yang menguntungkan 'penaja' mereka. Penaja ini tidak sabar-sabar untuk meruntuhkan Malaysia seperti dilakukan di Iraq. Lihatlah apa yang berlaku di negara Islam penting itu dan janganlah ia berlaku di negara ini. Saya yakin rakyat tidak kira kaum dan agama akan menentang mereka yang ingin memenuhi impian sendiri dan mengikut telunjuk polis dunia. Bersatulah.

4 comments:

IES Agencies said...

Thank You Datuk
Made my Sunday

Anonymous said...

Dapat dapat Phd ke? Doctor Spin!!!

Ahhh...semua orang sudah tahu...

Oh ya...lupa nak pesan...banyak banyak membaca buku mengenai sejarah dan sosial supaya dalam lagi ilmu tuan.

Berubahlah kearah kebaikan!!!

PakTua

Anonymous said...

Sebagai pemerhati politik saya hairan mengapa begitu mudah BN mendapat restu mengambil alih kerajaan perak sedangkan DUN belum bersidang. Bolehkah tuan jelaskan kenapa kejadian ini berlaku dengan cepat?

mat_terab said...

Datuk.....dalam soal saya minta maaf apa yang saya nak katakan Datuk ni buta politik..., sewaktu PRU12 8 mac 2008 pakatan rakyat telah mengadakan kesepakatan malahan sebelum PRU12 lagi, tetapi waktu itu kesepakatan waktu itu belum benar-benar kukuh, masa tu di dikenali Barisan Alternatif.....semasa PRU12 Barisan Alternatif telah menbuat persepakatan untuk menentang UMNO/BN satu lawan satu setiap kerusi DUN dan Parlimen, cuma beberap tempat saja ada 3 penjuru.
Jadi satu Malaysia dah tahu masa tu PAS,DAP, dan PKR bergabung cuma belum di daftarkan saja. Selepas memenangi PRU12 di lima negeri dan menafikan 2\3 di Parlimen bagi kerusi di menangi BN, maka atas kesepakatan itu terbentuk kerajaan Pakatan di P.pinang antara PKR dan DAP, di Kedah PAS dan PKR di Selangor PKR,DAP dan PAS masa tu perak masih belum di tubuhkan kerajaan masih mencari fomular kerana mengikut undang-undang tubuh perak hanya orang melayu saja yang dapat menjadi MB, sedangkan DAP yang menang lebih banyak berbanding parti lain.
Walaupun UMNO menang 28 kerusi tapi umno tak cukup untuk memerintah perak kerana masa tu semua orang tahu kalau UMNO di pilih untuk memerintah dengan 28 kerusi hari ni angkat sumpah besok persidangan DUN diadakan kerajaan umno akan di jatuhkan dengan UNDI tak percaya dalam dewan kerana Pakatan Rakyat masa tu ada 31 kerusi 18 DAP, 6 PAS dan 7 PKR,...jadi tidak lah bodoh ketika itu Sultan Perak nak bagi BN memerintah, sedangkan sultan pun tahu Pakatan rakyat bergabung.
Masa tu pakatan Rakyat memang dah lama bergabung cuma masalah nak cari siapa yang layak jadi mb di kalangan pakatan rakyat.........
Jadi di sini memang tak sepatutnya la BN mengadap raja nak memerintah seperti yang datuk katakan tu.....
berbeza dengan kes sekaran pulak kerana BN ambik alih kuasa melalui Rampasan Kuasa dan tak mengikut undang-undang tubuh negeri. melangar fasal 16(6).
kalau BN menang melalui Pilihanraya tak dak pun sapa nak bising dan kecoh macam negeri-negeri lain yang di menangi oleh umno/BN. dalam soal sapa menderhaka ni tak payah datuk nak menegak benang yang basah la kerana rakyat pun dah tahu apa UMNO tak buat dengan Raja sebelum ni dari peristiwa nak merampas kausa raja dengan menabalkan raja lain di Kelantan hingakan peristiwa melarikan anak dara sultan semunya UMNO buat dan rakyat tahu. Tapi yang saya paling pelik dan tak pernah dengar pulak perkataan Tanah Raja Melayu.....?
Bila pulak masa tanah di malaysia ni milik dan kepunyaan Raja tak pernah dengar pulak datuk dapat fakta ni dari mana.....?
jangan main hentam ja datuk.....?