Sunday, March 15, 2009

NURUL MAKAN AISKRIM DENGAN DR FAIZ

Mungkin cuti sekolah, KLCC penuh dengan orang ramai. Ada yang makan-makan, ada jalan-jalan, 'window shopping' dan tidak kurang juga yang membeli-belah. Persoalannya tidak terjejas ke dengan kemelut ekonomi dunia yang semakin getir ketika ini?

Bagi yang makan-makan, itu satu keperluan. Jika tidak makan, sudah tentu lapar dan kebuluran. Bagi yang jalan-jalan, itu keperluan kerana jika tidak 'jalan-jalan' anak akan memberontak. Isteri? Mungkin juga memberontak kerana tidak tahan berkurung.

Yang membeli-belah, sudah tentu duit sudah turun dari langit. Langit yang mana satu? Mungkin ada yang mendapat 'rezeki' sempena Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini. Dapat banyak duit tu, jangan pula buka 'cawangan'. Beli telefon baru bolehlah, jangan 'isteri baru'. Duit habis nanti, masalah akan menjelma.

Apapun, ada juga yang berjalan-jalan dengan buah hati. Penulis nampak Nurul Shuhada (pengacara Majalah Tiga) bersama dengan Mejar Dr Faiz (bakal angkasawan) sedang makan aiskrim di Haagen-Dazs, KLCC. Duduk depan meja penulis. Selamat 'berkasih'. Betullah apa yang digossipkan selama ini. Pak sibuk? Tak, saja nak jadi mat kepoh. Makan atau minum depan orang ramai tak apa. Jangan dalam gelap, tak boleh tu.

(Nota: Bagi wartawan media hiburan bolehlah gunakan 'blog' ini sebagai sumber bahawa Nurul makan 'aiskrim' dengan Mejar Dr Faiz di Haagen-Dazs. Selamat menempuh gerbang perkahwinan. Boleh kahwin ke sebelum naik ke angkasa? Boleh kot.)

13 comments:

Anonymous said...

saya memikirkan soal perkataan aiskrim. kalau disebut makan aiskrim dengan makan 'aiskrim' ada bezanya datuk. dah lah tu nurul makan 'aiskirm' dengan dr. faiz... bahaya tu tok...

burungjantan said...

Dato; nak buat ke gossip ke atau nak buat kerja fitnah? Orang dah tua, elokllah kerja ni tak payah buat.

Mungkin dato' ada agenda nak letup-letup supaya orang tunning ke RTM, yang bakal dato' kepalai itu.

he he he .... tak apalah dato' kontrek pun kontek lah. KSU pun dah kena badi gossip. Tapi KSU kata itu fitnah.

Melayu Sejati said...

Pandai-pandai la belajar nak makan aiskrim lagu mana? HAHA...

Aiskrim angkasa tak perlu pegang...sebab dia melayang-layang. HAHA..

http://politikanjing.blogspot.com

mat_terab said...

Duit yang macam mana datuk maksudkan sempena pemilihan umno.....?
macam mengalakkan rasuah ja.....?
Ingat Rasuah tu dosa besar dibakar api neraka........

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk.

budak2 datuk biarlah diaorang bercinta... tapi jangan jadi macam Roslin Hashim sudah..berkahwin 12 hari...

bungaraya said...

Dr Faiz bujang. Begitu juga sang perempuan itu. Kira okeylah tu bercinta sesama bujang. Yang haru jika yang bercinta itu antara isteri dan suami orang, yang kini semakin bertambah ramai perlakuannya.

Anonymous said...

Saya doakan supaya mereka bahagia... err... Dr. Faiz... kalu nak pi angkasa atau jadi 'space visitor'kena selalu amalkan diet.. aiskrim boleh.. tapi jangan amalkan selalu.. ituhari saya jumpa dia kat parking lot one utama pun dia tengah makan aiskrim ngan si syuhada tu... dulu saya main ragbi.. trainer haramkan kami makan benda2 yg berlemak dan kurang baik untuk kesihatan... Dr. Faiz, jangan jadi macam pemain bola... glamer je lebih dengan artis2 je diorang berkawan... then main bola.. hampeh... anak sedara saya yang sekolah rendah tu lebih terer daripada diorang yang semput2 baru 10 minit atas padang... then dengan cambodia team pun boleh kalah teruk!!!

Jonlabuyabedabedu

aimdaim said...

DIY,

Biarkalnah dia orang tu nak makan apa. Dah biasa tgk selebriti buat apa pun mesti dgn selebriti jugak. Bila kahwin dpt liputan meluas, bila rumah & tangga berantakan pun dapat liputan, jadi headline @ front page lagi.

Orang biasa-biasa nak beli asikrim pun pikir panjang sekrg ni.

fikir-fikirlah

Unknown said...

salam datuk,
rasanya tak terlambat kot nak ucap tahniah di atas tanggungjawab baru yang disandang.

nurul bertuah dapat kekasih bakal angkasawan.. tapi datuk dah pun berada di angkasa (puri). siapa kata tiger tak boleh ke angkasa....

btw, tahniah di atas pelancaran muzik aktif @180

junkopile said...

Assalamaulaikum Dato Rimau

lama dah tak menjenguk kandang rimau nih, teruskan ngauman tok jangan jadi seperti tikus2 picisan pembangkang yang nak mengaum tapi tak berape keluar..so salakan je lah nampaknya yang keluar..
tahniah tok atas perlantikkan hari ini, kena buat doa selamat tuh

blogresipi.com said...

Tahniah sebab dilantik menjadi Ketua Pengarah RTM. Segarkan RTM dan jadikan RTM sebagai barisan hadapan menangkis tohmahan pembangkang.

abe MIE 'TERJAH' said...

tahniah datuk dah jadi ketua pengarah penyiaran...

bila nak buat majlis kesyukuran?
bila nak belanja makan?

jangan lupa pulak datuk nak jadi blonggger..maklumlah sibuk

* ainul AB * said...

Salam Tok Rimau,

Wah, bergosip hangat Datuk... Kalau tak silap saya, Mejar Dr.Faiz cuma tak digalakkan berkahwin, bukannya tidak dibenarkan berkahwin.

Congrats Datuk, jadi Ketua Pengarah.

Wassalam.