Dalam sesuatu keluarga, adakalanya ada 'budak nakal' yang mahu mendapatkan perhatian setiap masa, setiap ketika. Maka budak nakal itu akan merengek, meminta-minta atau membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa jika inginkan sesuatu.
Saya diberitahu satu ketika oleh kawan bahawa beliau mempunyai jiran yang berketurunan Sikh atau sesetengah orang Melayu panggil 'benggali'. Saya tidak suka memanggil 'benggali' kerana saya pernah ditegur oleh seseorang kerana membuat panggilan sebegitu. Di pejabat, ramai juga kawan yang berketurunan Sikh. Panggil mereka Sikh bukan benggali. Dulu ada juga kanak-kanak di kampung saya memanggil 'benggali toncet'. Mereka saja yang tahu alasan membuat panggilan itu.
Berbalik kepada cerita rakan saya itu mengenai jiran Sikhnya itu. Jiran berkenaan ada seorang anak lelaki yang dilihat sebagai seorang budak nakal. Teramatlah nakal. Apabila ibu bapanya tidak memberikan apa yang beliau mahu maka mulalah budak nakal itu meracau dan membuat sesuatu untuk menarik perhatian.
Antaranya ialah memecah gelas, membaling pinggan, memecahkan pasu bunga, memancitkan tayar motosikal bapanya dan pelbagai lagilah untuk menarik perhatian. Dalam ertikata lain, hendak membuat gimik untuk memastikan ada ibu bapa mereka memberi perhatian.
Satu hari, kerana tidak tahan dengan karenah 'budak nakal' itu, bapanya membelasah anaknya sehingga budak nakal itu tidak lagi merengek dalam hidupnya. Mungkin terlalu pedih sehingga tidak berani bertindak sesuka hatinya. Padanlah mukanya.
Tidak payahlah cerita apa yang dilakukan tetapi akhirnya budak nakal itu belajar tidak membuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain menjadi bosan. Adakalanya tingkah laku budak nakal itu amat membosankan dan merugikan keluarga itu.
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kerana terlalu nakal, sesekali perlu diajar... tegur tak makan... elok dirotan...
Sdr Z-May,
Sebagai bapa, saya selalu diuji dengan 'kenakalan anak-anak' terutama yang lelaki. Mereka akan meminta mainan itu dan ini, walaupun ada antaranya permintaan yang tidak munasabah atau satu pembaziran. Apa yang saya lakukan ialah merotan mereka dari kecil lagi agar mereka memahami bahawa bapa mereka tidak suka mereka berperangai seperti 'budak nakal'. Yang perempuan pula, suka merajuk. Perlu dipujuk.
Jika orang tua perangai macam 'budak nakal' kita perlu mengajar mereka agar tidak menyusahkan orang seperti memecahkan kereta orang atau pun menjerit-jerit tidak tentu arah. Bapa budak nakal itu pun perlu kita ajar agar dia boleh menjadi contoh kepada anak-anaknya.
http://pkrpasdap.blogspot.com
orang tua jadi budak nakal...lain bunyi datuk
cam citer sugar dady jea
Salam Dato',
tahniah... kerana akan menyandang jawatan baru...
tahniah dan semoga dapat merealisasikan idea2 baru yg lebih baik dan bernas utk masyarakat... semoga berjaya...
Askm,
Dalam suatu keluarga tentu ada 'budak nakal' dan jgn lupa dalam setandan kelapa tentu ada juga sebiji yg 'rosak'...
Kepala Batu
Mat dan Abu, sepasang rakan karib yang suka sangat ngan aktiviti adventure. Mat seorang yang sering mengatakan sesuatu perkara dengan benar dengan melihat dahulu kesahihannya. Manakala si Abu pula, sering tidak bersetuju dengan pendapat Mat, dan sering menafikannya.
Pada suatu hari, mereka telah meredah satu hutan. Apabila memasuki hutan tersebut, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan gerak geri sesuatu di celah-celah pohon renek. Benda alah tu sebenarnya burung jer. Mereka berdua pon bertikam lidahlah kerana sifat degil si Abu.
Mat : itu betol la burung Abu.
Abu : mana boleh burung, kuat bunyi tuh!
Mat : burung la Abu.
Abu : aku pasti sangat kambing.
Mat : burung la.
Abu : kambing..
setelah bertekak selama lebih kurang 10 minit, tiba-tiba burung tu keluar dan menampakkan dirinya, sepantas kilat Abu berkata.
Abu : hah, kan aku dah cakap, kau tengok tu, kambing terbang, burung ape ke bendanya..
Rimau,
AUK AUK...BUDAK MEMANG NAKAL...AUK AUK..MANA ADA BUDAK JAHAT
AUK AUK..BIAR BUDAK NAKAL..AUK AUK..JANGAN ORANG TUA GATAL..AUKKK
AUK AUK..JIKA ORG TUA GATAL..AUK AUK..SILAP HB...DATIN HILANG TITLE? AUKKKKKKKKKK
Budak nakal nakkan perhatian tu sebenarnya siapa? DJ radio di RTM? Artis Berjadual?.....Kalau boleh beri sedikit perhatian apa salahnya!. Bapa budak nakal tu pulak siapa? Pengawal Bahagian kat RTM ke ? Kena tukar la jawabnya lepas ni....
Sdr Anon 1.16,
Dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia, kita perlu bersatu untuk mencari idea bagi membantu rakyat.
Pemimpin politik tidak kira parti yang membentuk kerajaan atau pembangkang, berhentilah membuat
'gimik politik' tetapi bersatu dan bekerjasama untuk mengeluarkan idea bernas bagi menghadapi krisis ekonomi. Kerajaan sudah menyediakan bajet mini, kita perlu menyokongnya dan membantu merealisasikannya.
Bukan mempersoalkan jumlahnya? Bukan buat perkara yang bukan-bukan. Bukannya menjerit-jerit di Dewan Rakyat semata-mata untuk mendapatkan perhatian sedangkan rakyat yang melihat semakin meluat dan bosan. Ada juga wakil rakyat yang ingin membuat tuduhan tertentu kerana mereka tahu mendapat 'kekebalan' dewan yang mulia itu. Ahli Parlimen macam ini kita perlu 'lontar' jauh-jauh ke Laut China Selatan.
datuk:
agaknya benggali nakal yang ada kat parlimen tu pun nak kena belasah macam anak benggali tu baru dia pandai duduk diam-diam... apa kata kita cabut tayar kerusi roda dia...
Post a Comment