Wednesday, March 4, 2009

KERAJAAN PASIR DUA BUTIR



Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.

Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.

Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.

Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.

Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.

Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.

Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'

Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'

Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.

Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.

Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.

Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.

Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

(Renungan Rimau : Filem kita adalah wajah kita. Tabik kepada Tun P Ramlee (insyaAllah) kerana boleh melihat (macam tok nujum) bagaimana rakyat negara ini 'satu hari' akan bersidang di bawah pokok. Macam dalam filem beliau itu. Kita semua tahu tujuan persidangan itu diadakan semalam. Bagi mereka, setidak-tidaknya akan menimbulkan rasa kesihan atau 'simpati' daripada orang ramai. Namun, saya yakin rakyat sekarang sudah bijaksana untuk memikirkannya. Datuk Ismail Kassim (Ahli Parlimen dari Arau, Perlis) dalam program RTM Langsung dari Parlimen pagi tadi, memberi pandangan mereka yang menggunakan cara ini termasuk 'matlamat menghalalkan cara' berfikirlah untuk kepentingan negara. Baginya, negara akan hancur dan musnah jika ada pihak terus menerus mengamalkan cara berpolitik sebegini.)

12 comments:

echah_syed said...

desperate sgt laa tuh..bawah pokok pun jadik..

kalo dlm dewan kita panggil 'dewan yg mulia..'

kalo bawah pokok kita nak panggil ape ekk?

lu pikir laa sendiri!

*lebih lawak dari RAJA LAWAK ASTRO :D

orang dekat istana said...

elok lagi ahli mesyuarat tingkap daripada ahli mesyuarat poko...

bungaraya said...

Siapa sebenarnya yang mengaplikasikan "matlamat menghalalkan cara"? Nizar tu siapa? Sivakumartu siapa/ Anwar tu siapa?. Bukankah mereka semua tu pemimpin Pakatan Rakyat? Satu ketika dulu sebahagian rakyat kita tidak mengundi UMNO dengan alasan BN menggunakan semua kaedah termasuk yang haram untuk mencapai maksud. Lihat baik-baik sekarang ini. Betulkah bagi dianggap? Bukankah terkena batang hidung sendiri. Bukan kah silap membuang undi dan memangkah PKR atau PAS apatah lagi DAP yang langsung tak guna itu?
Oleh itu fikirlah panjang-panjang sebelum membuang undi tu.
Kalau ini jika silap, negara akan menjadi spt Palestine. Atau seperti Zimbabwe. Atau Bosnia satu ketika dulu.
Ingatlah!!!!

Anonymous said...

Kalau nak berhujah gunakan fakta bukannya pendapat dan andaian..Dua perkataan iaitu 'Perkenan Sultan'dan'Durhaka'yang sering dijadikan hujah oleh UMNO/BN menunjukkan kecetekan ilmu dan kedangkalan pemikiran seolah-olah kita berada dizaman kerajaan Melayu Melaka iaitu kesetiaan yang membuta tuli.Kes2 terdahulu dimana UMNO/Perikatan/BN tewas dari segi perundangan menguatkan hujah ini seperti 1.Syed Jaafar Albar/Utusan Melayu mlwn Lee Kuan Yew 2. SP Senivasagam mlwn bekas Menteri Pelajaran Abdul Rahman Talib 3.SP Senivasagam mlwn Bekas MB Perak Dato'Ahmad Said dan 4.Kerajaan Malaysia tewas mengenai kes Pulau Batu Puteh..Kesemuanya tewas kerana kekurangan fakta.

Anonymous said...

Mengadakan mesyuarat Dewan Undangan Negeri di bawah pokok (itupun kerana tidak dibenarkan masuk ke bangunan dewan) dengan tujuan ikhlas menjatuhkan sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara tidak beretika adalah jauh lebih baik dari duduk dalam dewan yang berhawa dingin dengan kerusi empok tetapi berada di situ secara 'illegitimate'.

rungguensing said...

Pakatan Rakyat sangat terdesak sekarang. Apa mereka buat semuanya halal belaka. Mesyuarat bawah pokok pun sudah dikira halal. Inilah kerana terlalu taksub kpd pemimpim mereka.
Namun disebaliknya semua ini mengundang satu persoalan yang senang dijawab oleh budak tadika/Taska/tabika & ka..ka..ka..ka.
Semua ini adalah untuk menagih simpati rakyat Perak & publisiti murahan untuk dunia luar betapa tak AMAN nya Negara Malaysia.
Dunia luar akan membuat tangapan bahawa negara ini dalam huru hara. Ini tak bagus kepada negara secara keseluruhannya. Pelabur lari, ekonomi semakin tertekan & rakyat akan bertambah miskin keran tak ada pekerjaan. Salah sapa (BN / PR)?
Kita rakyat yang bertemadun. Buatlah kerja macam orang yang bertemadun. Jangan terlalu tamakkan kuasa wahai Pakatan Rakyat (PKR/DAP/PAS......SNAP/MDC.....)
oklah. mupuk aku.....bye.
see u in Batang Ai By election.

majedan said...

yang peliknya...dah tahu kerajaan pakatan rakyat tu tak sah,dorang pi tutup bangunan suk watpe..biar jek lah dorang masuk dan bersidang.segala keputusan persidangan pun mestilah tak sah...nak takut watpe....sploh usul pun dipersetujui kalu dah sah2kerajaan pr tak sah takyah ler nak ikut rentak dorang...yang keliru rakyat perak...huhuuhu..kesian

Anonymous said...

Mentaliti yang memalukan. Mengapa tak buat atas pokok? Menjatuhkan imej DUN! Mahukah Tuanku Sultan Perak menerima sembah usul? Bukan sahaja matlamat mesti betul, cara juga mesti betul.

Anonymous said...

Pasal salah dan betul niih,

1. Sembunyikan 2 orang ahli parlimen sampai 3 4 hari ini betul kee? Ahli parlimen pula ada kes rasuah. Kedua dua yang dituduh rasuah ini kemudian sokong parti lain dan kedua dua sekali dapat MC serentak tak hadir mahkamah. (tak rasa curiga ke?)

2. Tak membenarkan speaker bersidang, betul ke? Boleh dari sisi undang-undang. Sampai panggil FRU tak kasi masuk bangunan? Sejak bila berlaku dalam sejarah?

3. Apa salahnya besidang bawah pokok? Haram ke, berdosa ke? P.Ramlee buat cerita atas pokok, bawah pokok sampai sekarang orang tengok.

JB

azienmat said...

Memalukan bukan?
Tapi adakah kempen tak rasmi itu akan menjadi penentu kemenangan menjelang pilihanraya kecil kelak? Apakah 'Sidang Pokok' itu boleh jadi pengukur persepsi rakyat dalam election.
Jangan ketawa lebih lebihh..
Ingat sikit ketika 'manipulasi' berita utama Syeikh Anwar Ibrahim menyanyi dan menari atas pentas masyarakat India, ketika kempen pilihanraya kecil Ijok? ramai geleng kepala, tapi tepuk dahi bila kalah.
Perlu ingat, ramai peminat filem P Ramlee disini. Ada peminat di Perak berkata P Ramlee perli dan turut ketawakan mereka. Tapi ada peminat P Ramlee berpendapat "tengok, P Ramlee pun cakap boleh apa? bawah pokok".. macam2lah!
Hai__Ketawaaaaa_lah lagi___

-azienmat-

MARI BERSATU said...

Kenapa dok bergaduh siang malam ni, dalam ekonomi dok tengah down, dalam ramai pekerja nak kena buang, dalam harga barang dok naik, ekonomi amerika dah runtuh, KITA DI SINI DOK BERGADUH...

Suatu hari nanti negara ini jatuh ketangan asing baru padan muka semua YB-YAB-DATO, TUN, NTAH APA-APA. Tapi yang lebih padan muka ialah RAKYAT YANG MISKIN, mereka dok bersidang bawah pokok pun pakai mercedes, dalam ekonomi dok down bila pemilihan parti boleh pulak tabur sana- tabur sini, TAPI RAKYAT KAT JERANTUT MASIH DOK DALAM HUTAN, Budak sekolah di CAMERON masih tunggu bas pagi-pagi pakai OBOR, Kat Besut masih ada pakcik tua tinggal dalam kereta tepi mesjid, kat melaka masih ada keluarga yang tinggal dalam van buruk, kat kedah masih ada anak sekolah pergi sekolah bawa duit 10 sen...ini tanda pembangunan ka,ini tanda demokrasi ke, ini hasil apa ni.

Samada PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC, PARTI CAP APA pun...kenapa kita tidak boleh berhenti sejenak dari bergaduh macam budak-budak, kau orang faham tak...rakyat dah bosan hari hari tak ada cerita lain ke berita politik...hari ni mamat buat report polis, esok dollah buat repot polis, lusa hassan buat repot polis....asyik berbalas report polis, sampai bila nak habis....wahai orang politik jangan pikir cerdik, engkoran ada kat situ sebab kita-kita yang pilih, sedar diri la siket,

Saya bukan penyokong BN, saya juga bukan SOKONG PEMBANGKANG, saya ingin sedarkan wakil rakyat kedua pihak, samada engkoran ni menteri ke, timbalan menteri ke, wakil rakyat prebet ke, tak kisah yang penting INGATLAH RAKYAT SIKET...KITA BOSAN LA...engkorang wakil rakyat bergaduh macam budak-budak, menjerit-jerit dalam dewan parlimen macam budak tadika....maaf la saya menegur sebab saya mahu setiap undi rakyat digunakan untuk membantu rakyat tak kira engkorang dari PARTI BN atau PEMBANGKANG...semua kena buat kerja, pergi la tengok rakyat miskin. Dok bersidang bawah pokokla, dok fail saman di mahkamah la, dok Kunci pintu dewan la, polis tutup pintu la, rakyat berarak la...ini semua AKAN MELEMAHKAN EKONOMI KITA yang akhirnya akan menjatuhkan MELAYU...

Ingat...yang bergaduh ni kebanyakan orang-orang kita...

MENGUCAPLAH DAN KEMBALI LAH KE MATLAMAT PERSAUDARAAN MELAYU ISLAM KITA....Alangkah bagusnya kalau PAK LAH, NAJIB, ANWAR, HAJI HADI, NIK AZIZ, HUSAM MUSA, TENGKU RAZALEIGH, MAHATHIR, MUSA HITAM, RAIS YATIM, HARON DIN, KHALID IBRAHIM, boleh duduk di satu meja mesyuarat dan boleh duduk satu bilik dan boleh duduk berbincang BAGAIMANA KITA NAK PUSH EKONOMI MELAYU...

Sudah sudah la tu, bila masa engkorang nak buat kerja, asyik dok bergaduh je

mat_terab said...

Kes di perak ni ibarat macam ni la.....
Sorang mamak Kutty tu pi curi bini orang lepas tu bawak rumah Tok Kadi(sultan), lepas tu nak kahwin dengan bini orang tu dalam masa yang sama laki dia belum ceraikan lagi....oleh kerana si mamak ni dah tak tahan dah kahwin jugak, manakala Tok Kadi ni lurus bendul punya terima dan kahwin kan Si mamak dengan bini orang ni......Lepas kahwin tu Si Mamak ni arak bini dia keliling kampung suruh semua penduduk kampung terima dan Iktiraf yang dia dah berkahwin........
jadi kesimpulannya sah tak perkahwinannya tu.....?