Thursday, March 26, 2009

SHARIZAT, ROSNAH DAN KHAIRY

Pergi ke Pekan naik pedati
Pakaian indah cantik berseri
Tiga pemimpin pilihan hati
Sharizat, Rosnah dan Khairy

Pakaian indah cantik berseri
Bagaikan raja seluruh alam
Mukriz terbuka terima Khairy
Hati Rafidah siapa nak selam

Bagaikan raja seluruh alam
Rakyat hormati setiap masa
Reezal kalah jangan muram
Khir pasti tak putus asa

Rakyat hormati setiap masa
Pemimpin baik perlu disanjung
Pemenang pastikan parti perkasa
Cabaran berat sama dijunjung

Pemimpin baik perlu disanjung
Agar negara terus sentosa
Ahli di bawah perlu dikunjung
Segala cabaran hadapi sentiasa

Agar negara terus sentosa
Rakyat hidup aman damai
Turun ke bawah amalan biasa
Sifat budiman terus tersemai

16 comments:

Anonymous said...

Apa gunanya UMNO buat pemilihan dimulakan dgn undi2 akar umbi dan perwakilan yg buat keputusan siapa yg akan diundi tanpa mengira apa yg akar umbi mahu ? Dengan rasa sedih sy mengundi pembangkang dlm PRU lepas dan sy berharap akan kembali mengundi UMNO/BN dlm pilihanraya akan dtg. Tapi .... dgn kemenangan KJ ini, yg melambangkan keseluruhan UMNO masih utamakan kedudukan diri sendiri, saya terpaksa dengan hati yg lebih berat utk mengundi pembangkang sekali lagi. Apa nak buat ? PEMUDA UMNO nak mcm tu ....

Anonymous said...

Pilihan itu bakal menjerumuskan UMNO dalam pelbagai masalah kemudian hari. Percayalah!
KHAIRY JAMALUDDIN ada masalah siasatan rasuah. Semalam penyokong Mukhriz berhimpun di luar bersorak "Khairy Rasuah"...Emm risau nanti ada yg bocor tentang
apa yg berlaku sehari sblum tu..kat lobi Hotel....!Habis Khairy. SPRM pun dirasuahnya!!
SHARIZAT ABD SAMAD-calon wanita yg tewas di Lembah Pantai.
Kriteria yg merudum!!!UMNO hadapi MASALAH!

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

Tahniah diucapkan kepada Kj. DsJ & Datuk Rosnah juga datuk Rimau..
Ahli Umno telah bersuara dan membuat pilihan..mereka mahukan perubahan dan pembaharuan..yang baru tak semestinya elok dan yang lama tak semestinya betul

beri peluang pada mereka untuk membuktikan pada rakyat...
juga tahniah pada datuk rimau yg bakal bawa pembaharuan pada rtm..

Anonymous said...

Mari memukat di sungai pekaka
Penat memukat rehat seketika
Pemimpin dijulang usah terleka
Kelak pengikut berpaling muka

Anonymous said...

Salam Dato',
Keputusan sayap telah dibuat
Kalah menang sudah diketahui
Keputusan itu adalah muktamat
Harap perwakilan dah puas hati.

Kini ditunggu pilihan hati
Calon pembantu untuk Dato' Seri
Jika dilihat apa terjadi
Harap pilihan sesuai sekali.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Jebat berani perlu di jaga
agar sifat tidak tercela
melayu perlu gagah perkasa
dengan ilmu penuh di dada

Tuah di pilih setiap suara
memimpin negara menuju juara
hanya pemimpin paling bijaksana
pilihan rakyat pilihan saya

jangan melayu bersorak gembira
kain terlondeh tergadai negara
bertekad,bersatu, berusaha demi agama
pelihara bangsa utk anak cucu kita.

Bendahara KL

Mycuppycupcake ® said...

Laaa...hr tu mukhriz yg mendahului pencalonan, tup2 skrg khairi yg menang. hairan bin ajaib..

Anonymous said...

KHAIRY JAMALUDDIN ada masalah siasatan rasuah. Semalam penyokong Mukhriz berhimpun di luar bersorak "Khairy Rasuah".
Apa semuanya ini ????????
Najib Kata kita mahukan pemimpin yang BERSIH

musang tembaga said...

TANAM POKOK ISI BAJA,
MINUM AIR DALAM CAWAN,
UMNO AKAN TERUS BELA AGAMA, BANGSA DAN RAJA,
PEMBANGKANG TAKUT PEMUDA BERANI BERUBAH DAN SETIKAWAN..

HABIS SEKOLAH KERJA KILANG,
DARI MARAN KE KAMPUNG JARA,
UMNO CEMERLANG BN TERBILANG, PEMBANGKANG TAKUT DS NAJIB JADI PEMIMPIN NEGARA..

BUAH DUKU BUAH MANJAKANI,
JUMPA BOMOH BAKAR SETANGI,
PEMIMPIN MUDA DAN BERANI,
DS NAJIB PEMIMPIN DI SANJUNGI..

anuarhashim said...

Salam semua . Manusia mudah berubah mungkin lambat ,perubahan perlu dibuat secara keseluruhan . Saya harap segala perangai lama semberono dan memalukan UMNO dijauh dan dibuang terus . Kalau dah orang meluat ubat yang baik pun dikata mudarat . Jadi demi kebaikan semua berubahlah ..Jangan yang disokong membawa rebah , Lain dicalunkan lain kedapatan . kita bukan mengail disungai atau di kolam . Riak ikan diair dah tau jantan betina . Tapi dek kerana , termakan budi ..batu jalan pun digilap bikin permata baiduri ..

tok janggut said...

Saya tak fikir, perwakilan tak suka pada Mukhris tetapi meluat dengan perangai bapanya. Pada saya yang berkecuali ni, ketiga-tiga clon ketua pemuda tersebut ada masalah. Namun begitu mereka ada juga kekuatan. Ternyata Khairy paling menonjol dalam ketiga-tiga calon tersebut.

Sama ada dia kaki rasuah atau apa sekalipun(tuduhan pihak tertentu) namun semua mengakui kehebatan Khairy.

Tahniah khairy.Buktikan kepada mereka yang membenci awak sebelum ini bahawa anda seorang yang berkarisma.

Anonymous said...

Tunggak negara ialah Umno, malang seungguh. Akan bungkus. Ramalan telah bermula.

Kita akan melihat Bukit Selambau, Bukit Gantang di Semenanjung akan pergi ke PR. Begitu juga Batang Ai yang mungkin sama.

Bersedialah kita mencari payong sebelum hujan.

MAHANOR SALEHA said...

Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
read it all here
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html

echah_syed said...

tahniah khairy.. :)

saya suke sikap beliau yg agresif.

Anonymous said...

Khairy merupakan pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan PR. Walaupun dia terpalit dengan isu rasuah , saya percaya mukriz pasti terlibat sama cuma bezanya banyak atau kurang saje .

Tak dapat aku bayangkan Mukriz nak berhujah dengan PR baik di Parlimen mahu di luar sana. pernah berlaku diparlimen kena sergah dengan PR terus duduk. Nak jawab soalan Prof Agus pun tergagap apa lagi soalan yang lebih mencabar.

Anonymous said...

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak

-azienmat-
(03 April '09)