Saturday, March 28, 2009

ADA CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG

Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah insan biasa. Negarawan ini ialah insan yang luar biasa. Malah ada pihak yang menyatakan 'orang' seperti ini hanya akan timbul 100 tahun lagi di negara ini. Hakikatnya beliau selalu dikritik, dicemuh, dipuji dan akan sentiasa diingati oleh rakyat negara ini di mana saja beliau berada.

Pagi ini, Tun Dr Mahathir memaparkan aura luar biasanya sekali lagi. Beliau hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2008 ketika Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyampaikan penggulungan.

MY yang sedang berucap segera memberitahu hadirin mengenai kehadiran TDM di majlis itu dan mata semua tertumpu kepada bekas Presiden UMNO berkenaan. Lensa kamera yang terus menunjukkan kehadiran TDM dan Tun Dr Hasmah Mohd Ali juga membolehkan rakyat menyaksikan kehadiran 'manusia istimewa' ini menerusi siaran langsung RTM.

Sepanjang kehadiran itu, ramai perwakilan yang dilihat menitiskan air mata apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Mohd, menyatakan keyakinan bahawa TDM dan Paklah boleh duduk bersama untuk sama-sama membangunkan parti pada masa akan datang. Bersatu kita teguh.

Malah TDM yang bangun daripada tempat duduk di bahagian atas turun ke bawah dan bersalaman dengan semua ahli dan pemimpin UMNO. Kemuncaknya ialah apabila TDM bersalaman dan berpelukan dengan Paklah. Saat yang amat dinanti-nantikan.

TDM, Paklah dan DS Najib kemudiannya mengangkat tangan memaparkan bahawa semangat kemesraan dan kepartian masih mekar dalam UMNO. Perwakilan di Dewan Merdeka memberikan tepukan gemuruh dan yakin bahawa ini bukanlah 'lakonan' tetapi lahir daripada kesedaran untuk memartabatkan bangsa.

Mereka tersenyum dan berbual sesama sendiri untuk tontonan perwakilan dan rakyat di seluruh negara.

RTM juga sering mengulang detik-detik kemesraan pemimpin UMNO setiap jam selepas berita terkini dan berita.

Rupa-rupanya masih ada cahaya di hujung terowong.

18 comments:

Anonymous said...

terharu melihat 3 pemimpim berpelukan dan berganding tangan....ayuh melayu..

Anonymous said...

Salam Dato'

Syukur alhamdulillah

Rumah tangga UMNO kembali aman.
Diharap ianya berterusan untuk 50 tahun akan datang.

Tapi rumah ini masih terdedah kepada anasir-anasir jahat yang cemburu melihatnya menjadi teras Melayu dan teras Islam.

Insya Allah kebijaksaan pemimpin-pemimpin UMNO digabung dengan PAS akan melahirkan kekuatan Umat Islam dan akan melahirkan bangsa Malaysia yang bertiang seri Melayu dan Islam.

Diharap cahaya terus menerangi bumi Malaysia.

ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah.

rizuan mh said...

alhamdulillah..ni yg kita rakyat semua harapkan..

syukur sgt..alhamdulillah

ambang said...

dalam perjalanan
-kepada sang pejuang

dalam perjalanan
dari pwtc ke klia
melintasi putrajaya
di radio pwtc bingit dengan gema suara
tak pasti apakah yang terjadi
kutatap picc di puncak perbukitan
kenderaan terus menderu
kubah-kubah dan jambatan melentur pandangan
gema suara semakin jelas memberitahu
di pwtc seorang negarawan tiba di tengah persidangan
seorang presiden memulakan ucapan
bingitnya pwtc
ah, pada ketika yang sama kulintasi
kota keramat nukilannya

ah, pandangan tiba-tiba berkaca
sebak membekam dada
ah, putrajaya persis bertepuk gembira
mentaripun berbalam cahaya
dikepung gumpalan awan
tak terbayang oleh mata apa terjadi
di sana
namun, kesebakan terus menikam
ya tuhan
inilah keramatnya perjuangan
menyelinap ke segenap rongga
mahalnya persaudaraan

baru sebentar kutinggalkan
segalanya bertukar ceritera
ah, sayangnya kutak dapat menunggu lebih lama
dari melihat dengan mata, gegar dan gema
pwtc

di kaca televisyen
imej-imej keramat menjelma lagi
mataku kembali berkaca
inikah kekuatan
membungkus segala kelesuan
teringat kata lama
di atas runtuhan kota melaka
kita dirikan putrajaya

tuhan, hanya kau yang maha melihat
nasib masa depan bangsaku
ya tuhan
berilah kekuatan menembus perjalanan

Anonymous said...

baguslah. moga tiada lagi sengketa. biar dsai dan sekutu mereka tak reti duduk diam. kuatkan parti. siapa pun terpilih, buatlah kerja dan tak terpilih jangan merajuk. bantu parti sama. jangan kerana tak terpilih sanggup lompat parti. keji sungguh orang itu

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

salam DIY,
saya pun turut tersentuh perasaan sehingga menitiskan air mata kerana saat seperti inilah yang dinanti-nantikan...

Quantum Metal Consultant said...

Agak lewat tapi belum terlambat.

aimdaim said...

DIY,
Saya percaya Pakatan Rakyat terlondeh segala apa yang ada pada masa TDM & Pak Lah bersalaman tanda berdamai.
Doa saya agar orang melayu kembali menyokong pemerintah agar bangsa Melayu dapat dipekukuhkan lagi.

fikir-fikirlah

Anonymous said...

MEMANG RTM SELALU ADA CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG.TETAPI APABILA MASA YG BETUL-BETUL PERLU KITA MELIHAT DETIK ITU...RTM SELALU UPSETKAN PENONTON.eg, BILA SAAT ITU DITAYANGKAN DITV RTM SELALU MELATAH DGN IKLAN TAK TENTU ARAH...BETUL ANTI KLIMAKS. ADA SEKALI TU TENGAH VISUAL TAYANGKAN BLOGGER...ADA BHG TERPENTING TERPAKSA DISUNTING UTK IKLAN...ADA MASA BERITA SKRIN TV JADI BIRU...PAPARAN CRAWL UTK BERITA KADANG-KADANG MAKLUMAT TAK BETUL-HATI-HATI BENDA YG REMEH TEMEH TU!RTM PERLU TAHU SELERA PENONTON JGN MAIN IKUT SYOK SENDIRI SAJA.

tok janggut said...

Salam,
Yang lepas tu biarkanlah lepas. Biarlah Najib menunjukkan kewibawaannya. Tak usahlah nak masuk campur lagi. Nanti tak pasal-pasal TDM disalahkan kalau berlaku apa-apa pada UMNO pada masa akan datang.

Berehatlah, UMNO tak perlukan penasihat, UMNO tak perlukan pembantu. Apa yang diperlukan ialah perubahan sikap pada pemimpin-pemimpin yang ada sekarang. Berubahlah wahai bangsawan-bangsawan UMNO demi bangsa Melayu. Hanya UMNO yang boleh menyelamatkan bangsa Melayu di negara ini.

Ubahlah... ubahlah...ubahlah sikap kamu semua wahai bangsawan-bangsawan UMNO.

walipun turum said...

Jelas Tun Dr Mahathir masih mempunyai minat dalam pentadbiran negara, ada agenda yang belum selesai dilakukannnya. katanya melayu mudah lupa, apa sahaja yang dihajatinya. Dia tidak mahu melihat melayu dimelutut di kaki penjajah seperti pengalamannya semasa Tun masih kecil, berulang semula di waktu mendatang.

Sekiranya jenerasi baru mahu melihat bangsa lebih berjaya, maka banyak rahsia semasa dalam era pemerintahan Tun Dr Mahathir perlu didedahkan. Jangan hendaknya setelah berkurun lamanya barulah rakyat tahu siapakah Tun Dr Mahathir dan apakah yang beliau lakukan dan apakah cita-citanya.

Kepada Anwar Ibrahim di pihak pembangkang, dan Khairi Jamaluddin di pihak kerajaan, dan pemimpin-pemimpin bangsa yang belum diketahui, dan masih di dalam kantongnya, hendaknya akan terus berjuang demi bangsa, sebagaimana Hang Tuah bermadah, tak kan hilang melayu di dunia.

Banyak yang tersirat rupanya sehingga logo UMNO pun terang-terang di colorkan dua wajah, mebayangkan hati penciptanya ialah busuk dan tidak jujur.

luah fikiran said...

Demi perpaduan orang Melayu dan orang Islam, didoakan semoga perkembangan terbaru ini akan mengubah lanskap politik negara kita. Saya menyokong apa sahaja usaha yang boleh membawa kebaikan untuk kita orang Melayu dan orang Islam

MAHANOR SALEHA said...

PKR Kedah goyang kerana Anwar tikam belakang ketua cawangan Jerai

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/pkr-kedah-tenat-anwar-tikam-belakang.html

Z-MAY said...

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali..(?)

ChengHo said...

Sejarah juga menunjukkan jika terlalu banyak campur tangan dari Tun M Negara jadi tidak setabil
Tun M perlu lepaskan Najib menjadi PM dgn corak dan gaya beliau sendiri

Buyong said...

Saya rasa sayu tengok TDM di atas pentas perhimpunan. Tak tahu apa yang terdetik dalam hati dia.

Apakah kita semua lupa perbuatan sebahagian besar mereka2 yang di atas pentas tu kepada Tun?

Setakat ni hanya Tun SEORANG saja yang menampakkan ciri2 memaafkan demi Ugama, bangsa dan negara. Yang lain tu -senyum dimuka, mencuka di hati.

Yang Dollah sepatutnya ambil peluang mintak maaf dan cium tangan Tun sebab panggil Tun 'Iblis'. Mahatder Khalid yang merasuah perwakilan menghalang Tun ke persidangan Umno lalu memang dah sah muka tak malu. Mana maruah mereka ni? Ini semua adalah lakonan palsu mereka. Saya takkan tertipu lagi.

Mereka semuanya muka tak malu, hipokrit dan petualang bangsa.

Masih jauh perjuangan Tun untuk menghakis sifat2 hantu dalam pembesar2 umno ni!

Maaf, saya tak dapat nak bersangka baik pada penipu yang berkali2 menipu saya rakyat cintakan negara.

Anonymous said...

Sudah le umNO ....berlakon drama saje. PRK bukit gantang, bukit selambau dan batang ai....pasti BN akan kalah,....

zukeri said...

Saya sangat bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh TDM. Tetapi janganlah pula jika Najib tak dengar katanya, maka dimakinya pula Najib. Ini yang tak sanggup saya lihat nanti sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah.

Semoga semuanya bersatu demi Melayu di Tanah Melayu.