Tuesday, March 10, 2009

BAJET MINI, BAJET 'LARI', TIADA BAJET

Posting Kelima - 6.55 petang

Penantian Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua akhirnya membuktikan kerajaan benar-benar optimis bagi memacu aktiviti ekonomi negara ke landasan kukuh. Melepasi ramalan banyak pihak, peruntukan bajet mini kali ini merangkumi jumlah RM 60 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan pakej itu menegaskan, matlamat utama pakej ini jelas mengutamakan beban rakyat dalam krisis ekonomi global.

Pakej rangsangan ekonomi kali ini dilaksanakan berdasarkan empat teras utama, meliputi; Pertama, pengurangan jumlah pengangguran dan menambah peluang pekerjaan.

Kedua, meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas; ketiga, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan keempat, membina keupayaan masa depan.

Pembiayaan bagi pakej ini diperoleh melalui sumber yang pelbagai - RM 15 bilion daripada suntikan fiskal, dana jaminan berjumlah RM 25 bilion, pelaburan ekuiti RM 10 bilion, inisiatif pembiayaan swasta RM 7 bilion dan insentif cukai RM 3 bilion.

Sebanyak RM 2 bilion akan diperuntukkan bagi untuk mengurangkan pengangguran.

Daripada jumlah itu juga, akan disediakan untuk menambah peluang pekerjaan rakyat di waktu kelembapan ekonomi. Ia dijangka dapat mewujudkan 163 ribu peluang latihan dan pekerjaan, bagi pekerja yang diberhentikan dan siswazah mengganggur.

Seramai 10 ribu siswazah berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan 500 di peringkat PHD. Ini bagi melahirkan lebih ramai pakar dan profesional berkualiti dalam negara. Seramai 400 siswazah turut akan menerima manfaat Skim Prosper dalam usaha membina usahawan muda.

Pakej Rangsangan Kedua ini juga lebih komprehensif dan bersaiz besar serta menumpukan lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran. Ia termasuk pekerja, majikan, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.

Sebanyak RM 19 bilion diperuntukkan bagi tujuan merangsang sektor pertumbuhan baru serta menstruktur semula industri ke arah produktiviti dan aktiviti nilai tambah tinggi.

Posting Keempat - 4.05 petang

DS Najib membentangkan Bajet Mini pada jam 4 petang tadi.

Posting Ketiga - 3.30 petang

Berapa jumlah peruntukan Bajet Mini? Ada pandangan mengatakan RM30 bilion iaitu 10 peratus daripada KDNK. Itulah antara yang dibincangkan oleh Dr Asraf dengan Presiden PERDASAMA, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pensyarah Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA, Prof Datuk Dr Azmi Umar.

Mereka juga mahu agensi kerajaan dan juga bank memberi perhatian serius untuk membantu golongan yang terjejas akibat krisis ekonomi dunia ini. Tanpa komitmen yang tinggi segala peruntukan itu akan lambat turun ke bawah. Janganlah wujud 'krisis keyakinan' daripada bank dan pengguna.

Posting Kedua - 2.45 petang

TV1 menyiarkan Fokus Bajet Mini dari Parlimen yang dihoskan oleh Dr Ashraf Wajdi Dusuki dengan tetamu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan AP Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Siaran langsung bermula 2.30 petang.

Datuk Shamsul bersetuju pelbagai pendekatan atau skim yang sesuai di luar negara boleh dilaksanakan di negara ini termasuk pemberian kupon kepada rakyat seperti di Taiwan. Beliau juga mahu usaha bersungguh-sungguh membantu pekerja bagi menggelakkan timbulnya masalah sosial. Semua pihak perlu komited untuk menyelesaikan kemelut ekonomi bersama kerajaan.

Datuk Abdul Rahman berkata 'delivery system' perlu dimantapkan agar semua program dalam Bajet Mini dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu, 'political will' juga perlu ada dengan pembabitan semua pihak termasuk pembangkang bagi menghadapi kemelut ekonomi. Semua pihak tidak payah menimbulkan isu remeh temeh atau gimik tertentu seperti bermesyuarat di bawah pokok, sebaliknya terus membantu rakyat.

Posting Asal - 9.29 pagi

Petang ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, akan mengumumkan Bajet Mini di Dewan Rakyat untuk membantu rakyat dan negara menghadapi kemelut ekonomi yang semakin meruncing di seluruh dunia. Krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat ini menular kepada krisis ekonomi di seluruh dunia.

Sudah tentu pelbagai skim dan insentif akan diumumkan untuk membantu syarikat tempatan terutama pengeksport yang menghadapi masalah memasarkan barangan mereka. Apakah kerajaan akan memperkenalkan pengecualian cukai atau memberi insentif tertentu berkaitan dengan prestasi pada tahun ini?

Syarikat ini sudah pasti perlu mengurangkan pekerja kerana jumlah permintaannya berkurangan. Apa akan jadi dengan pekerja ini? Bagaimana untuk memastikan mereka terus mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Kerajaan pasti akan mengumumkan skim khas untuk membantu pekerja ini terutama mereka dalam sektor perindustrian yang terjejas secara langsung. Bagaimanapun, dengan bilangan graduan menganggur? Sudah tentu kerajaan akan membantu mereka mendapatkan kerja terutama dalam sektor awam selain membantu sektor swasta menyediakan peluang-peluang pekerjaan terutama dalam industri kreatif. Apakah kerajaan akan menggalakkan graduan ini meneruskan pelajaran mereka ke peringkat sarjana atau doktor falsafah?

Bagaimana pula dengan insentif kepada bank? Mereka juga perlu diberikan insentif untuk menggalakkan usaha memberi pinjaman kepada usahawan yang terjejas dengan kemelut ekonomi dunia. Bagaimana pula dengan usaha membantu menggerakkan semula pasaran saham yang menerima kesan daripada masalah ekonomi dunia?

Saya yakin DS Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku sekarang bagi 'menyediakan minda' rakyat negara ini untuk menghadapi cabaran yang lebih getir dalam tempoh dua tahun akan datang. Adalah lebih baik 'menceritakan' apa yang akan dihadapi oleh rakyat kerana ini bukan masalah kita saja tetapi 'masalah dunia' yang perlu dihadapi bersama.

Sebagai rakyat, kita perlu menghayati apa yang ingin diumumkan agar Bajet Mini ini membantu kita supaya memastikan 'bajet kita tidak lari' yang menyebabkan di hujung bulan 'tiada bajet'. Nak makan apa, jika tiada duit?

TV1 akan menyiarkan program bualbicara mulai jam 10 pagi dan siaran langsung dari Parlimen yang mengundang tetamu berwibawa untuk mengupas Bajet Mini yang akan diumumkan jam 4 petang ini. Ia bermula dengan hos Sabaruddin Ahmad Sabri (10 pagi), Azrul Armila (11 pagi) dan Dr Ashraf Wajdi Dusuki di Parlimen (2.30 petang).

Pada sebelah malam, TV1 dengan hosnya, Sayed Munawar Sayed Mustar akan menemuramah tetamu termasuk Dr Mahani mengenai Bajet Mini itu.

5 comments:

Anonymous said...

bajet, bajet, bajet. kalau dah anti-ppsmi sangat, kenapa nak guna lagi istilah keingerisan itu? tak boleh guna istilah sebenarnya ke? belanjawan, belanjawan belanjawan. sebagai "polis bahasa", DBP langsung tak buat kerja. asyik sadur istilah ingeris dan dimelayukan sahaja!

wan1290

Anonymous said...

frustrated said...

Kita hargai keprihatinan kerajaan memberikan peruntukkan pembiayaan pengajian kpd rakyat yg ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan PHD dalam Bajet Mini 2009 ini. Namun, bagaimana pula nasib para guru dari DG29 yang memounyai Ijazah Sarjana tetapi masih dgn gred DG41. Malah gaji mereka lebih rendah dari rakan2 mereka DG32 yg tdk menyambung pelajaran??.. Sebagai guru selain dari menyahut seruan kerajaan, kita sentiasa bersemengat untuk meningkatkan kelayakan pendidikan agar lebih efektif dlm melaksanakan tugas mendidik anak bangsa sehingga sanggup bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan sendiri namun ijazah sarjana ini nampaknya tak berbaloi kerana langsung tdk memberi sedikit kelainan pun daripada mereka yg hanya memiliki ijazah sarjana muda. Saya merayu kpd kerajaan supaya melihat senario ini dgn seadil-adilnya. Kepada Ceupecs kita berharap agar senario yg kami hadapi ini dapat dikemukakan kepada pihak kerajaan supaya mendapat sekurang-kurangnya perhatian daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Pemuda Malaysia said...

APA TUN DOK KUTUK-KUTUK ANWAR SAJA, CUBA TUN DAN KAWAN-KAWAN PEMINAT TUN NI, BUKA MATA LUAS-LUAS, TENGOK YOU TUBE TAJUK "ANWAR IBRAHIM SELAMATKAN MALAYSIA" DAN "NIZAR MOHON DERHAKA"

GUA CAYA LU...

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Tahniah Tok atas rezeki yang datang melimpah-limpah, nampak gaya...Tok Rimau kena buat adjustment sikit dalam profile Datuk tu...Supaya tepat dan mesra alam.

Anonymous said...

Salam,
Aku bangga kerajaan pandai buat dasar & bajet cantik - cantik..tapi sekarang pada aku yang penting adalah perlaksanaan....adakah jabatan kerajaan akan berkerja keras untuk memastikan perlaksanaan yang telus dan jangan lah pulak bantuan dan dasar - dasar ini tak sampai terus kepada rakyat.