Tuesday, March 17, 2009

JANGAN MISKIN USAHA DAN INISIATIF

Mendengar ucaptama Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek di Persidangan Industri Kreatif di Hotel Nikko semalam, menjadikan 'bahu' ini bertambah berat di hari pertama menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.

Beliau mahu RTM menjadi penggerak dan pemain utama kepada industri kreatif tempatan yang mampu menjadi pemangkin ekonomi seperti yang dilakukan oleh Korea Selatan selepas Krisis Kewangan Asia pada 1997. Usaha ini perlu dilaksanakan segera dan pembabitan sektor industri boleh dimulakan dengan medium yang disediakan oleh RTM di tiga salurannya iaitu TV1, TV2 dan terbaru ialah Muzik Aktif di Astro 180. Selepas proses pendigitalan pada 2012, RTM ada tujuh saluran.

Selain itu, pelbagai kritikan dan pandangan pemain utama industri kreatif di Persidangan Kreatif terhadap RTM termasuklah soal bayaran berbanding dengan kos penerbitan menambahkan lagi pemahaman mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia penyiaran serta industri kreatif. Belajar dan terus belajar.

Ucapan tahniah yang mula 'menerjah' selepas pengumuman di media online dan televisyen tidak cukup untuk meredakan bahang ini kerana mengetahui tanggungjawab dan beban berat yang perlu dipikul selain berusaha untuk 'mentransfomasikan' RTM menjadi institusi penyiaran terunggul selepas sekian lama ditinggalkan stesen lain.

Sudah tentu tugas itu tidak boleh dilaksanakan seorang diri kerana mengetahui bahawa saya bukan 'ahli silap mata' yang boleh menukarkan sesuatu perkara menjadi satu perkara yang lain. Hakikatnya, transformasi itu menagih komitmen semua pihak terutama pengurusan tertinggi yang berpengalaman dan kreatif. Tiada yang terkecuali melainkan mereka mahu terus menjadi penumpang yang boleh tidur ketika kenderaan bergerak dibawa pemandu. Sentiasa menjadi penumpang tidak sihat dan membahayakan.

Transformasi ini juga memerlukan usaha berterusan kakitangan RTM untuk menjadikan setiap tanggungjawab yang diberikan dibuat dengan terbaik agar masyarakat yang selama ini 'memandang sepi' terhadap RTM mula membuka mata dan minda mereka.

Sudah tentu komitmen ini perlu dibalas dengan kemudahan fasiliti, ruang kerja yang membina dan bukannya membosankan serta memeritkan. Imbuhan berpatutan di atas penat lelah yang diberikan selain mempertingkatkan hubungan di antara kakitangan. Tiada jurang antara yang di atas dan di bawah. Ini bukan tugas mudah tetapi memerlukan semangat sebesar jentolak untuk menggerakkan bukit.

Ada orang yang memberikan saya 100 hari untuk memastikan segala-galanya menjadi bertambah baik. Ada yang menyatakan mungkin saya tidak boleh bertahan selama itu. Ada yang menyatakan inilah mimpi di siang hari - benar berlaku dan tidak boleh diketepikan. Inilah dugaan, cabaran dan tanggungjawab yang perlu digalas. Hakikatnya, saya memilih untuk menjadi pejuang dan bukannya pegawai.

Saya yakin semua kakitangan RTM akan menjadi pejuang dan mahu memartabatkan diri mereka sebagai insan kreatif yang dihormati. Bukan terus dijadikan bahan untuk ditertawakan, dikias, disindir atau miskin inisiatif atau komitmen. Ia memerlukan semangat dan jiwa besar. Tiada yang mudah di dunia ini kecualilah makan angin. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Terima kasih kerana terus memberi sokongan. Yang belum, cubalah. Ini satu perjuangan.

61 comments:

Anonymous said...

Tahniah Datuk!

Saya baru baca kat mstar online ...

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/16/mstar_hiburan/20090316192329&sec=mstar_hiburan

Semoga Datuk dapat menjalankan tanggungjawab yg diberikan dengan jayanya ...

Sebenarnya Datuk, kadang2 ada jugak cerita yg best kat RTM, cuma orang tak tau jer ...

Ada sekali tu, semua channel Astro boring, saya tertukar ke RTM2 ... best pulak ceritanya ... saya layan sampai habis ... tak sangka pulak saya ...

Cadangan saya, cubalah iklankan cerita best kat RTM ni kat Tv3 ker, Astro ker ... barulah orang tau ...

Tapi, boleh ker?

bungaraya said...

Saya ingin mencadangkan kepada Datuk bahawa sebagai langkah pertama pejuang di Jabatan Penyiaran ialah MEMPASTIKAN SEMUA KAKITANGAN PENYIARAN MERUPAKAN AHLI UMNO. Bukan seperti masa lalu dimana terdapat sebahagiananya yang merupakan penyokong PAS maupun PKR.
Cebagai sebuah media kerajaan, Jabatan Penyiaran sememangnya ditubuhkan untuk membantu kerajaan BN berhubng dengan rakyat jelata. Memainkan peranan merangkan maklumat dan maklum balas kepada rakyat jelata akan usaha dan dasar yang kerajaan Bn buat pada sepanajang masa. Jika sebaliknya kakitangan bertindak mempertikaikan dasar dan rancangan kerajaan BN, saya lebih suka mencadangkan agar kakitangan yang spt ini masuk TV 3 atau syarikat swasta yang lain yang tidak ada sangkut paut dengan tugas dan tanggungjawab sebagai egen kerajaan BN. Umpamanya kerja dengan Indah Water yang hanya berurusan dengan tahi-tahi manusia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah diatas tugas baru yang diamanahkan kepada Datuk. Semoga RTM akan bertambah creative dibawah ketuanya yang baru ini. Saya yakin Datuk memiliki kemampuan tersebut.

Anonymous said...

Bungaraya,
Lain macam jer cadangan tu ...

Kalo semua ahli UMNO, yg India dan CIna kene masuk UMNO jugak ker?

In case lah, mana tau ... tetiba Malaysia diambil alih oleh PR, abis tu semua kakitangan RTM kene keluar UMNO masuk PR pulak ker??

Aper la ... patutnya kakitangan RTM kene bebas politik ... abis semua nak berpolitik susah la cam tu ....

Vesu said...

congrats datuk , bangga kerana panglima tv3 jadi ketua pengarah. anak2 di rtm sepatutnya sambut datuk dengan tangan terbuka; dalam era tv swasta mahupun astro harapkan kemahiran warga asing ; rtm merupakan broadcaster yang mempunyai harapan penuh pada anak watan ; saya bukan anti foreigner tapi bidang media mesti diterajui oleh anak watan. semoga datuk berjaya -

burungjantan said...

Sapa-sapa pun yang jadi Ketua Pengarah Penyiaran, mahu kaki tangan RTM menyokong dan membantu, jangan ada yang menjadi lembab. tidak ada daya saing.

Maaf cerita, kuasa Ketua Pengarah mungkin hanya pada nama apabila ada hamba allah yang suka melangkau dan jitu networkingnya, memberi maklumat terus kepada PM didbanding dengan Boss nya yang terkial-kial dengan birokrasi.

Jangan terkejeut beruk apabila nanti Menteri Penerangan lebih dahulu mendapat maklumat dari Dato sebagai ketua.

Apa pun tugas penyiaran kerajaan bukan semudah mengendalikan penyiaran swasta. Ditelan mati emak dan dibuang mati bapa.

Mungkin menyuruh semua kaki tangan RTM mengisi borang UMNO satu penyelesaian, tetapi bolehkah Dato' nak handle ahli UMNO, sedangkan kaki tangan RTM yang bukan ahli UMNO pun kebal.

Saya rasa akan lebih berjaya jika badan penyiaran ini ditutup dan wujudkan yang baru. Timbus sahaja yang ada.

p/S TAHNIAH UNTUK DIY yang baru dilantik itu.

LEKLOOK said...

Tahniah Datuk (walaupun sebelum ini sms ucap tahniah tak berjawab).

Satu jer ingatan saya, walaupun sudah menjadi penjawat awam yang terkanan, blog tu jangan ditinggalkan sepi sebagaimana yang mempunyai jawatan yang lain.

Blogger bukan untuk orang pencen dan yang tidak memounyai kuasa untuk bersuara.

Suara Perindu said...

Datuk,
TV2 banyak menayangkan filem-filem yang best. Sayangnya, kurang promo. Saya cadangkan unit Promo Angkasapuri faxkan promo ke seluruh stesen negeri untuk di hebahkan di radio. Dulu benda ni ada tapi sekarang tiada lagi. Harap dihidupkan semula.

Anonymous said...

Tahniah Datuk dilantik sebagai Ketua Pengarah RTM.

Semoga terus cemerlang.

drp Malizan Aswan Muhamad
JASA Parlimen Pasir Mas
http://cekatitembaga.blogspot.com/

Idealis Malaysia said...

Salam Perjuangan

Tahniah Dato'... saya dan rakan rakan mendoakan Dato' Tiger dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk memperkasakan bidang penyiaran terutama RTM agar lebih ada dan memiliki nilai psi-war berkesan sebagai agen pembentukan minda masyarakat keseluruhannya agar dapat mengikut acuan kita menjadikan masyarakat dan negara kita kekal bersatu dan terkehadapan...

Pejuang tulen akan mencipta jalan dan laluan kejayaan untuk pengikutnya ikuti... dan saya yakin Dato' adalah seorang pejuang tulen yg berani untuk berubah... idea dan pendekatan moden dan transformasi besar-besaran terutama berfokuskan untuk menarik golongan muda menonton RTM perlu digandakan usahanya... kerana apa? kerana mereka inilah yg takkala ini yg banyak menentang dan menyokong pembangkang hanya kerana tidak faham dan maklumat sebenar dan penjelasan tidak sampai kepada mereka menyebabkan mereka tidak rasional... hasil putar belit dan dakyah fitnah pembangkang...

Tahap kepercayaan rakyat kepada RTM juga diragui... jadi proses pembinaan kredibiliti dan jenama perlu di laksanakan segera agar rating RTM meningkat dan meningkat setanding TV swasta...

Lagi satu setiap berita tu Dato' Tiger minta nilai dulu kesan Psi-War sama ada menguntungkan kerajaan atau pembangkang... jangan agensi kerajaan menjadi tongkat yg membawa rebah dahlah... kerajaan yg burukkan dan sabotaj kerajaan yg akhirnya menyebabkan rakyat balik tidak percaya kerajaan... kena bijaklah aturkan berita etc...

Mohon maaf Dato' tiada niat lain saya selain mahukan RTM kembali menjadi tangan kanan kerajaan dan agen no 1 membawa perubahan minda kepada rakyat agar kembali menyokong kerajaan...

Selamat berjuanga... semoga Allah bersama kita...

MAWAR BERDURI said...

salam mr tiger?

tahniah mawar ucapkan... semoga Mr. Tiger kan jadi Ketua Pengarah yang terhebat antara benua.

All D best sir.

FUAD RAZALI said...

Tahniah Datuk atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.

Saya percaya Datuk mampu memikul amanah ini kerana Datuk telah membuktikannya sewaktu kita sama-sama di Berita Harian dulu.

Saya doakan mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan kemampuan kepada Datuk melaksanakan tugas yang diamanahkan itu.

Tahniah, Datuk.

Puteri Labuan said...

TAHNIAH DATUK... MOGA RTM AKAN TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG..

Anonymous said...

Saya bersetuju sepenuhnya perlantikan sdr sbg KP RTM kerana sememangnya RTM perlu suntikan luar utk merubah mindset, dan lagi pun sdr Tiger bukan hasil kupasan dalaman.

Bagaimanapun, dgn protes oleh kakitangan RTM apakah bentuk laluan sdr dlm misi memertabatkan intipati kandungan RTM?

Syabas...

http://lenggongvalley.blogspot.com

Noor Hasilah Ismail said...

tahniah datuk!
i am sure you will do a good job sebab datuk seorang yang berfikiran terbuka. saya lihat tv1 dan tv2 dah banyak improvement. iklan, montage, breaker semua dah nampak kelainan. begitu juga berita.

cuma di segi entertainment, saya ingin mencadangkan rtm buat satu channel entertainment news (ala entertainment today, e-channel atau e-buzz)... yang melaporkan berita hiburan secara profesional, berwibawa dan ada "class" bukan seperti sebuah prgoram di tv swasta itu yang penyampaiannya semakin hari semakin menjadi seperti "trash" dan lebih berciri gosip, fitnah dan melaga-lagakan sesama umat.

i believe rtm boleh melakukannya. yang penting, pengacaranya mestilah yang tinggi IQ.

tajudin said...

Tahniah Datuk Harimau.

Walaupun mengenali hanya melalui blog/alamaya elok juga kita berpesan-pesan bahawa dalam setiap tugas kita, kita mempunyai tanggungjawab besar kepada Yang Maha Pencipta.

Moga Allah mempermudahkan Datuk Harimau dalam menjalankan amanah itu sebaik mungkin.

Pemuda Malaysia said...

salam datuk..

tahniah atas perlantikan sebagai KP Penyiaran yang baru..

Saya doakan datuk sentiasa sukses dalam menjalankan tugas..

azienmat said...

jika berjayalah, tabik sama Tiger.. Tapi ini blog jangan tukar chanel ha.. 'Sebaik manusia adalah lebih baik dari semalam'.. kira OK lah tu!

Unknown said...

Tahniah Datuk Ibrahim Tiger,
Tahniah di atas perlantikan tuan sebagai KP Penyiaran.
Jangan biar RTM tidur di dalm tempurung mereka lagi.
Ini yg ada staff dok protest pada CUEPACS ini apapasal?
Ini semua kerja Bodoh, Bahlul, Bangang dan Baghal keran tak mau berubah dan hanya mahu bercampur sesam mereka sahaja.
SALAMMMMMM Pada mereka MR Tiger.Jangan kasi chan.

xanda_zatoichi said...

Tahniah Datuk Tiger...
Tak sia-sia sy menuntut ilmu dengan Datuk.(Kursus Kewartawanan RTM 2008)
Masihkah datuk ingat diri saya peserta kurusu yang masa tue tengah pregnent...
Hihii....

Apa pun Datuk, hari mendatang akan lebih mencabar dari hari pertama.
Semoga suksess.

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Tahniah di atas pelantikan ini (Sebagai KP Penyiaran) Antara perkata pertama yang saya ingin luahkan kepada Datuk ialah.... "Tau tak pe".... ini berhubung catatan Datuk yang menyebut bahawa bahu akan berat memikul tanggungjawab.

Perkara lain ialah mentaliti.... Tugas berat yang menanti Datuk ialah menukar mentaliti Rehat Tidur Makan (RTM) menjadi Kerja, Kerja, Kerja.... itu yang susah jugak nak diubah, apatah lagi dengan bantahan oleh kakitangan tetap yang mahu "Boss" mereka dikalangan mereka juga (Sudah tentu boleh dikenenkan, sebab geng mereka jugak, tidak terkecuali hasad dengki yang memang menjadi kanser tahap akhir di Kementerian Penerangan dan RTM terutamanya.

Perkara kemudiannya yang ingin saya kemukakan di sini ialah gaji serta imbuhan kakitangan. Mana ada zaman sekarang ini gaji orang berpengalaman lebih 10 tahun, kerja lebih 12 jam, kerja dalam bidang yang memerlukan kepakaran, teknologi,daya kreatif, menggunakan otak dan tenaga, tapi hanya bleh pulang tiap-tiap bulan dengan RM1800 untuk menyara keluarga? walhal golongan 'tertentu' yang kerjanya Rehat, Tidur dan Makan boleh membawa pulang lebih RM3000 sebulan, belum termasuk dengan elaun luar negara lagi.... Saya belum lagi membicarakan imbuhan asas pekerja manusia (saya sebut manusia kerana ada jugak orang menjadikan haiwan pekerjanya)cuti tahunan, cuti rehat mingguan dan imbuhan kesihatan dan sebagainya.

Saya mencadangkan supaya RTM mengaplikasikan ISO atau KPI yang dipantau serius oleh ketua-ketua jabatan. Kenaikan pangkat bukan berdasarkan hanya kepada mereka yang sibuk menelaah buku PTK tetapi malas dan tidak tahu bijik butir kerjanya sendiri, tetapi mereka yang berjaya memenuhi KPI masing-masing... Sebagai bekas kakitangan yang dijadikan pekerja tebusan (saya sebut tebusan kerana setiap bulan saya perlu merayu dan mengangkat sembah untuk mendapatkan gaji yang lebih rendah daripada cleaner buruh asing) saya berpendapat kemasukan kakitangan terutama di bahagian kritikal seperti berita, promo, program perlu dibuat berdasarkan sistem swasta, dengan skala gaji yang logik mengikut pasaran semasa, barulah RTM boleh mendapatkan tenaga terbaik dalam operasinya.

Bersangkutan dengan KPI juga, saya perhatikan RTM tidak mempunyai KPI individu yang perlu dilaksanakan, berbanding dengan Kementerian lain yang sudah bertahun-tahun mengamalkannya... justeru itu, terdapatlah Pengarah-Pengarah yang duduk bersandar dan memenuhi kantin Angkasapuri daripada cuba meningkatkan prestasi jabatan masing-masing.

RTM pula memerlukan satu anjakan imej yang bersesuaian dengan zaman... Saya lihat RTM amat ketinggalan berhubung perkara ini, dari segi penampiulan pengacara yang dikutip dari bidang yang tidak bersangkutan dengan penyiaran, hinggalah kepada kakitangan bawahan yang memakai jaket menggunakan logo RTM lama (logo zaman Tokmat dulu)... Ada juga kakitangan RTM yang terikut-ikut dengan GO (Perintah Am) yang ketinggalan zaman, seperti menghadkan faedah-faedah tertentu kepada kakitangan, terutama kakitangan kontrak, seperti kad nama, dan pelbagai kemudahan lain... Hasilnya RTM jadi seperti kedai mamak, dengan setiap orang mempunyai identiti dan logo RTM yang berlainan, dan juga kad nama yang berlainan.

Mengenai program, ada juga program RTM yang berkualiti, namun, lebih ba nyak pula yang 'tangkap muat' iaitu untuk 'pakai ada' sahaja... Saya merasai pengalaman ini, apabila melihat ada penerbit filem atau pengimpot filem ynag dibayar ratusan ribu untuk filem hampas mereka, berbanding beberapa program tempatan yang jauh lebih baik kualitinya tetapi dibayar dengan harga 'ciput'.

RTM juga pada pendapat saya, perlu melihat dari sudut perolehan aset dengan lebih serius, berbanding memantau dengan dengkinya kakitangan kontrak yang bekerja bermati-matian untuk RTM. Ada juga aset yang dibeli dengan harga yang tinggi dengan kos menelan enam angka, tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna.... Salah siapa saya pun tidak tahu, kerana ia dibeli tanpa merujuk 'user' aset berkenaan... Hasilnya ia melambatkan dan mencacatkan operasi antara bahagian terpenting RTM sebagai penyalur maklumat kerajaan.... tetapi saya dapat tahu, 'culprit' dalam perkara ini telah terlepas dengan senangnya.... saya harap tidak ada udang sebalik mee dalam pembelian alat-alat di RTM ini, dan culprit seperti itu tidak wujud.

Dan yang lebih penting, saya kira RTM ini perlu dikorporatkan, bagi menghapuskan wabak 'R-T-M' seperti yang saya sebutkan awal-awal lagi... sekaligus tidak melemahkan segelintir kakitangan lain yang bertungkus lumus untuk memajukan RTM, tetapi kerap menjadi sasaran golongan negatif yang tidak berperi kemanusiaan di stesen tertua negara itu.

SekiaN YBhg Datuk, selamat berjuang.

JONLABUYABEDABEDU

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

tok.. kok rimau tuh tak mengaum tak mencakar mana nak tau garangnya..samola jugak tok kok tak cubo lagi mane nak tau boleh buat ke tak, janji buat yang terbaik..sebab macamana pun buat mestila ada yang tak puas hati. komen2 tak membina tuh abaikan jela

selamat berjaya datuk rimau daripada cucu singa

kamal fnd hashim said...

Tahniah Dato' Tiger!!

Bak sireh pulang ke gagang, inilah lantikan yang memberikan semula semangatku untuk bersama sama berganding bahu menaikkan imej RTM!

Count me in in any of your plan. Your wish is my command Sir.

Crime Analyst
kamal fnd hashim
019-210 9999

JJ said...

Tahniah Datuk dan selamat laksanakan tugas baru dengan penuh tanggungjawab. Saya doakan Allah swt akan sentiasa membimbing Datuk dan mendorong ke arah membuat keputusan yang tidak dipengaruhi oleh nafsu semata-mata. Selamat Maju Jaya.

MatSen

ambang said...

tahniah Datuk
semoga segala perjuangan
bisa mampu dinukil dengan
penuh kebijakan, demi
memakbulkan impian bangsa, agama
dan negara
tahniah

ryann said...

tahniah boss! setuju dgn abang putra

kamal... said...

salam dato maaf saya juga merupakan pembaca blog dato...sekali lg saya minta maaf ya dato kerana terlewat masuk blog dato saya nak ucapkan setinggi2 tahnia buat dato d atas pelantikan dato semoga dato dapat meyumbangkan idea2 dan memajukan RTM.. SALAM tahnia dari saya d sabah..all the best dato.

Anonymous said...

tahniah dato'

sekarang dato' makin popular 'macam gula' banyak semut nak berkerumun..

respon dalam blog dato' pun makin banyak...

itulah lumrah kehidupan.

selamat menjalankan tugas & menempuh cabaran dengan tabah

xbh

Cucu Tok Selampit said...

Dear DIY,

Setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan Datuk. Selamat maju jaya.

Wassalam.

Anonymous said...

tahniah tiger oops Datuk Ibrahim Yahya.

Al Capone said...

Salam Datuk,

Tahniah di atas perlantikan Datuk sebagai KP Penyiaran. Bagi saya Datuk adalah pilihan yang paling tepat bagi post ini. Pengalaman Datuk dan cara Datuk memberi pandangan dan idea untuk memajukan bidang media (Kerajaan) dan kewartawanan selama ini perlu dijadikan contoh terbaik kepada generasi pelapis kearah permodenan MOI itu sendiri.

TQ

rizal hashim said...

Salam Datuk, ini pandangan ikhlas saya. Saya sedar RTM banyak mengiklankan programnya dalam akhbar bukan milik Media Prima. Bagi menarik minat penonton terutama untuk menonton program bual bicara di TV1 yang saya sifatkan setanding dengan program di astro awani dan TV9, RTM harus berani melabur. Isu-isu yang dibincangkan juga saya lihat kebelakangan ini cukup terbuka dan bernas, dan ini perlu agar penonton tidak merasakan RTM sekadar alat propaganda kerajaan. Bagi saya yang membesar dengan menonton TV1 dan TV2 sebelum kehadiran TV3 pada 1984 dan Astro pada 1996, saya sedar betapa pentingnya survival RTM. Salam hormat dan selamat menjalankan tugas. Jangan panggil orang kepala nyonyot dah...jangan marah

aimdaim said...

Salam DIY,

Tahniah dari kami sekeluarga. Jangan lupa jaga kesihatan, Jangan lupa kan blog & Jangan lupa Allah, kerana kalau Allah lupakan kita segala apa pun tak jadi dibuatnya.

fikir-fikirlah

Anonymous said...

Salam Datuk Ibrahim Yahya,

Tahniah atas anugerah Allah ini..pikullah amanah yang sudah diberikan kerana anda akan ditanya di akhirat kelak...berlaku adillah kepada manusia lain (kakitangan) dan mohon petunjuk jika mahu membuat keputusan besar..Moga dimudahkan laluan sbb RTM penuh dgn manusia yang bertopeng....

Anonymous said...

semoga Datuk Aiwai masih lagi Tiger yang hari hari mau walaupun dah jadi KP.
Congratulations and Good Luck!

Yr former subordinate @ TV 3,
JH

Kulupbana said...

Tahniah kerana diangkat martabat jadi orang penting RTM.

Ingat lagi dalam blog ini Datuk pernah mengimbas era dipinggirkan' betapa Datuk tidak lagi dilayani malahan pernah rakan taulan menabur seribu alasan bila Datuk mohon pinjaman wang untuk rawatan tulang belakang.

Drama dunia lagu tu lah; pasti kini ramai yang kian mengerumuni datuk terutama jelitawan yang mengidam nak 'glam' mahupun para produser yang bermimpi nak kaya raya.

Harap Datuk tau menduga mana intan mana kaca.

Saya harap Datuk Tiger masih Ibrahim Yahya yang saya kenali dulu; still 'down to earth', mesra and 'caring'dengan kawan-kawan tanpa mengira pangkat dan darah keturunan.

Bukan apa, mcm Leklook jugak, dua sms saya tidak berjawab; satu bagi tau anak dapat 9A and satu lagi ucapan tahniah. Tadi siang dalam telefon pun, Datuk acuh tak acuh. Maklumlah kita ni bukan TPM..

Apa pun demi RTM, dari kejauhan saya ucapkan selamat maju jaya.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Tahniah di atas pelantikan...
Semoga akan terus berani bersuara dan membawa perubahan..

Amin..

Anonymous said...

Sebagai KP Penyiaran datuk rasa tak mahal ke elaun penasihat imej di bilik berita Tv di angkasapuri tu. Mahal tu..sampaiRM12,000.

Dia bukan tau apa pun....kesihatan kakitangan RTM yang lain!

Anonymous said...

Tahniah Tok Rimau,

Selamat maju jaya dalam bidang yang Datuk impikan sekian lama, walaupun tak dapat jawatan luar negara tu....dalam negarapun okay bah itu.

Semoga idea-idea Tok Rimau akan dapat `membangunkan' media penyiaran kita terutamanya RTM. Jangan biarkan label lama RTM tu kekal (REHAT TUNGGU MATI).. bangunkan ia dari tidur lenanya,kejutkan mereka dari mimpi indah mereka...

SELAMAT MAJU JAYA DARI ANAK-ANAK `MURID' DATUK ini.

Tinta Biru said...

Salam Datuk..
Tak mai p makan mee udang lagi ke kat perak tuk...
walau bagaimana pun, RTM byk juga siaran yg best2 cuma kurang promosi je...cuba giatkan promosi insyaalah mesti dpt setanding dgn astro atau tv3

Putri Malaysia said...

belum telambat saya nak ucapkan tahniah pada datuk. semoga dengan pelantikan dato RTM akan lebih menyerlah.. RTM memang perlukan pembaharuan dan jangan takut lakukan perubahan.
tahniah dan syabas sekali lagi..

putrimalaysia

d4sam said...

datuk tiger,
bukan nama perjuangan kalau tidak dengan kepayahan,

Saya pencinta sukan,
saya pencinta catur,
saya punya pusat khusus untuk kegiatan catur,

Datuk tiger berani buat aktiviti catur?
bukan untuk saya, untuk negara malaysia, saya ada satu program realiti yang boleh mencambah minda melalui catur, dan saya sudah punta title sponsor untuk aktiviti ini.cuma persoalannya,
mahukan RTM menayangkan aktiviti catur....

beranikah RTM mendahului ,atau sekadar pengekor,

sekali lagi,aktiviti realiti catur ini bukan untuk saya,untuk negara malaysia tercinta.dan disinilah bukti bahawa PPSMI sebenarnya melangkau budaya,dan bangsa.

ada BERANI?

kalau senang jenguklah NEO MANHATTAN CHESS CENTRE.BLOGSPOT>COM untuk maklumat berkenaan aktiviti pusat catur kami.

Anonymous said...

Satu perkara u kena ingat. Gaji dan elaun yang u akan dapat nanti datang dari hasil cukai yang dibayar oleh semua rakyat Malaysia, bukan orang-orang UMNO sahaja.Jadi kenalah saksama dalam mentadbirkan organisasi.

Z-MAY said...

salam,
sedikit teguran unt perhatian dato.

banyak perlu diperbetulkan di RTM.

ejaan dalam 'crawling news' banyak salah. ada beberapa perkataan disebut tak betul oleh pembaca berita. begitu juga pengacara/penyampai.

akhir-akhir ini mereka terkeliru dengan ejaan 'baru' yg diubah menjadi 'baharu'.
contoh: Johor Bahru (nama khas) - bukan johor baharu.

Kota Bharu - bukan kota baharu.

nama khas kenapa perlu diubah?

perlu peka... jangan pakai hentam -peranan editor, penerbit...

harap ambil perhatian.
RTM perlu tunjukkan kematangan dan contoh kpd media lain. Mereka yg terbabit perlu peka dan hati-hati.

Kalau terkelitu, kenapa tak rujuk DBP - atau akhbar2 perdana b.melayu.


sekian, terima kasih.

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER.

TAHNIAH,TAHNIAH AND TAHNIAH.

Moga dapat menjalankan tugas dengan profesional dan bukan dengan emosional,biasalah kalau duduk kat situ.

Majoriti yang ada di situ adalah kaum kita juga yang bermacam2 ragam dan karenah.Insya Allah Tok Tiger akan berjaya.

Semua akhbar Melayu memetik berita Tok Tiger menjadi KP.Paling sentimental akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.TAHNIAH TOK!

ChengHo said...

Datuk report to the minister OR to KSU? the most active dept in RTM is tender and procurement NOT enhancement of the content and creative
KSU also acting like the engineer visiting factory to inspect the equipment delivery
Bessa is like a procurement house of RTM headed by ex DDG technical
Do something datuk tiger....no nonsense and transparent...

Awang Maya said...

Mula-mula sekali Awang nak ucap tahniah kepada Datuk kerana terpilih dilantik menjadi KP baru RTM. Walaupun Awang tahu sebenarnya R & S (Recruitment & Selection) tu bukan dibuat secara profesional dan ianya adalah satu hand-picked oleh si Shabery Cheek sendiri, namun Awang harap Datuk jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk meningkatkan lagi mutu program RTM. Tak sangka, antara bloger yang Awang follow, dilantik menjadi KP RTM yang mana Awang terlibat secara langsung.....oppsss....OK just forget it. Tapi secara peribadi, Awang berpendapat Datuk belum layak untuk memegang jawatan KP tersebut (secara relatif) jika kita ingin melihat RTM berupaya mencapai aspirasi stakeholder. Kenapa? jawapan ideal yang terlalu mudah, Datuk datang dari dua player utama dalam industri media iaitu TV3 dan NST Group.Tapi tiada impak yang Datuk berikan kepada kedua-dua bekas majikan Datuk. Malah Datuk sebelum ini merupakan penasihat program di RTM dan umum mengetahui RTM agak sluggish dalam memberikan sesuatu perubahan yang so called "Berjaya". baca lebih lanjut di awangmayang.blogspot.com



Awang nak bagitau Datuk RTM baru sahaja dibuat pentrsuktu

panglimapitas said...

TAHNIAH DATO'
SAYA TETAP SOKONG DATO'

PARPUKARI said...

GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

Anonymous said...

tahniah datuk untuk kesekelian kalinya....apa yang saya harapkan masa depan sukan di rtm akan kembali terbela, bukan hanya 'talkshow" wanita bersama.z**+**" tu...sya dah meluat tengok rancangan hancit macam tu di ulang siar. program bagus, konsep bagus tapi compere tak bagus nak buat apa! sukan semakin dipinggirkan...nak buat itu tak boleh ini tak boleh, cover tu tak boleh, bajet takde la apa la...masa siaran letak waktu jerangkung bangun tido! tapi tu masa datuk belum KP lagi....sekarang ni saya harap peranan sukan dalam berita tu kembali di perkukuhkan....datuk tau apa yang datuk lakukan.....

Anonymous said...

Dato'

Congratulations on your appointment. I must admit that the RTM presenters are getting better under your stewardship and to tell you the truth, I'm watching 101 more than 103 at astro nowadays.
mattau

Anak Harapan said...

Tahniah Dato'....Semoga dato akan mebgharumkan nama Malaysia dengan membawa era kegemilangan RTM semula di seluruh dunia sebagai saluran informasi terunggul...insyallah

The Ancient Mariner said...

Tahniah Datuk atas lantikan sebagai Ketua Pengarah RTM.

Semoga RTM akan dapat mencapai tahap yg boleh dibanggakan oleh SEMUA rakyat Malaysia.

Anonymous said...

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DATOK RIMAU.
KENA INGAT ORANG ARIES TU BAWAH LAMBANG LEMBU BUKANNYA TIKUS...HEHE
KALAU TIKUS SELALU BIKIN ROSAK SAJA HABISS WAYAR DEKAT STUDIO RTM TU KENA BAHAM...TAPI KALAU LEMBU PULAK ASIK KENA BAHAM DENGAN TIGER(DALAM ZODIAK ARIES DIBAWAH RAM-KAMBING GURUN)-ANYWAY TAHUN 2009 BERI LUCK PADA ORANG ARIES TERMASUK TEMAN LEE!!!KALAU BERADA DIPUNCAK AWAN-JANGAN LUPA LALANG-LALANG DIBAWAH NI....JANGAN TERLEBIH PERUBAHAN ORANG NAIK MELUAT NANTI...

AKULAH GHAIBMAN said...

Tahniah Dato"
Semoga success dalam menjalankan tugas yang baru sebagai KP RTM..

echah_syed said...

tahniah datuk.. :)

jgn teda mase nak hapdet n3 baru udahler.. :p

NanaDJ said...

Salam Datuk Tiger,
Tahniah. Semoga pengalaman Datuk di Berita Harian dan TV3 akan membantu Datuk didalam menjalankan tugas.Semoga RTM akan berubah mengikut zaman dan menandingi radio dan tv swasta.
Saya tetap berterima kasih di atas budi baik Datuk kepada saya.
NanaDJ

Anonymous said...

SALAM. TAHNIAH UNTUK DATUK TIGER.

MOGA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH HIKMAH DAN KEINSAFAN.

PELUANG DI TANGAN DATUK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DAN KEJAYAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA.DEMI MALAYSIA.TQ

Kulupbana said...

Salam sekali lagi Datuk,
Setuju sangat jika RTM menumpukan perhatian untuk menambah kualiti 'anchoring' perantaranya; khususnya yang mengendalikan program 'talk show'. Masih lagi 'mereka-mereka' dan 'semua penonton-penonton'. Isi penyampaian tidak menampakkan usaha kerja rumah dan pemikiran mapan. Terrence and Zamil at 'HOT' kian menampakkan keistimewaan.

Setuju jugak dengan Z-May tapi awak pun tersilap; sepatutnya 'utk' bukannya 'unt' dan 'terkeliru' bukannya 'terkelitu'. He he..

Anonymous said...

Salam Dato
Janganlah Dato terlalu sibuk hingga tiada posting atau komen kami tak di siarkan.

Semlm saya menjenguk bilik Dato dan penuh dengan tetamu dan Dato tak menang tangan sign banyak dokumen.

Anyway

Saya dah tonton Muzik Aktif, contents yang baik dan boleh di majukan lagi. Saya paling suka hits, muzik urban, kena dengan jiwa saya.

Tetapi

Kenapalah saluran muzik aktif ni siar semula konsert pelancaran Muzik aktif ni . Alahai, konsert pelancaran buah fikiran lapok norma ramli ini tidak di usahakan dengan penuh minat oleh cik norma kita ni.

Konsert ni dengan suku dewan penuh, persembahan hambar, muzik tak tentu hala, stage yang malap,recyle material buat malu RTM, Ning Baizura penyelamat konsert.

Rokiah Norma Ramli dah boleh bersara atau di beri options dah dato, jika tidak, malaplah muzik aktif ni.

Sakura KL

Anonymous said...

salam Datuk ,

Tahniah atas perlantikan Datuk menjadi KP Penyiaran RTM. Semoga Datuk dapat membentuk dan menukarkan RTM sebagai media utama Negara.

Selamat menjalankan tugas , Doa untuk Datuk sentiasa sihat wal afiat.

musang tembaga said...

Dato'

Kami daripada masyarakat desa yakin yang Dato boleh laksanakan tugas yang diamanahkan sebagai KP Penyiaran....Sebabnya...Dato adalah pejuang agama Islam dan bangsa Melayu yang tulen dalam dunia moden kini...Tak sabar nak dengar celoteh Dato lagi....!!!!ARIOSSSS...


Tok EMpat Labu LAbi....