Saturday, March 14, 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI (1)

Selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, pelbagai perkara akan berlaku. Ada yang berjaya memegang jawatan baru, ada yang dinaikkan martabat 'setakuk lagi'. Ada perubahan dan ada juga pertukaran. Ada bertukar untuk kebaikan dan ada ditukarkan untuk menyelamatkan sesuatu institusi. Yang penting pertukaran itu ada matlamatnya.

Dalam Kabinet, pastinya Perdana Menteri akan membuat rombakan. Mungkin kecil atau mungkin lebih menyeluruh. Ada juga kemungkinan kementerian baru diwujudkan. Ada juga sesuatu tugas disatukan dan diletakkan di bawah satu kementerian. Ada menteri yang bertukar dan ada juga ahli politik yang akan dinaikkan pangkat. Berdoalah saja dan buat apa saja seperti cerita Husin Lempoyang, ada orang mengurut kaki PM selepas Mac 2008, kemudiannya dilantik menjadi Menteri. Wah, bukan main mudahlah begitu dan untunglah 'tukang urut'.

Memegang jawatan baru bukan satu tugas mudah waima menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi, Pengarah Urusan, Ketua Pengarah, Pengarah atau Ketua Kerani sekalipun. Ketika ramai yang mengucapkan tahniah, sudah pasti orang yang 'naik pangkat' akan merasakan bahu mereka lebih berat dengan tugas baru. Melainkan, mereka tidak merasakan tanggungjawab atau amanah baru yang dipikul. Melainkan mereka tidak peduli dengan tugas yang mendatang atau mahu hidup selesa.

Sudah tentu di tempat baru pelbagai cabaran yang perlu dihadapi antaranya ialah jika seorang Menteri, beliau perlu memahami apakah tugas kementerian itu. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Kementeriannya? Apakah idea-idea baru yang perlu dicerna untuk kebaikan rakyat? Sistem kerja yang lebih berkesan dan menjimatkan. Membuang sistem lapuk dan tidak produktif.

Menteri juga akan menghadapi kakitangan kementerian yang pernah bertugas dengan beberapa Menteri sebelum ini. Kakitangan akan menilai sama ada Menteri itu cerdik, berwibawa, budiman, tidak mahu mempelajari tugas baru, tidak kreatif dan inovatif, hentam keromo saja, memberikan pelbagai idea ataupun jenis 'slow and steady'. Mereka juga akan dapat merasakan sama ada Menteri itu adalah jenis yang serius, pendiam, cakap berdegar-degar, suka mendengar pandangan orang bawah, cakap tidak serupa bikin ataupun amat berdisiplin. Apakah mereka akan mendapat Menteri yang suka bertandang di padang golf? Apakah menteri mereka jenis yang suka 'bertemu' kakitangan?

Seterusnya apakah tindakan Menteri itu terhadap kementerian barunya. Ada juga banyak membuat 'public relations' (PR) kerana bimbang kakitangan mereka sabotaj, 'menentang' atau 'membuat perangai'. Ada juga Menteri yang agresif tetapi disabotaj oleh kakitangan secara 'halus' atau boleh dilihat dengan mata kasar. Ada juga Menteri yang tidak berminat dengan sesuatu kementerian tetapi 'dipaksa' untuk menerajuinya. Maka keputusannya boleh dilihat dengan jelas.

Apapun, tugas baru sudah tentu satu amanah besar terutamanya bagi yang baru menyertai kementerian baru atau dinaikkan pangkat daripada seorang Ahli Parlimen menjadi Menteri seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar satu ketika dulu. Daripada Setiausaha Parlimen ke Menteri seperti yang dilalui oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek. Daripada Timbalan Menteri menjadi Menteri seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Atau bertukar kementerian seperti yang dilalui oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim atau Datuk Seri Shafie Afdal.

Apapun, sudah tentu mereka yang dinaikkan pangkat akan membuat sesuatu yang terbaik untuk institusi yang dipimpinnya. Kejayaan itu juga bergantung kepada sokongan ikhlas dari bawah kerana tanpa sokongan apa yang dirancang sekalipun, tidak dapat dilaksanakan. Orang bawah juga perlu membantu pemimpin mereka, jika mereka memahami bahawa ada perjuangan yang perlu dilaksana atau diteruskan. Itu pun jika ada perasaan untuk berjuang. Jadilah pejuang bukan pegawai.

7 comments:

burungjantan said...

"Perjuangan belum selesai" ialah perkataan popular apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mula menyebutnya.

Pada zaman dulu Iblis memohon kepada tuhan agar dibenarkan menyesatkan manusia hingga akhir zaman, dan tuhan membenarkan. Perjuangan Iblis ini tidak pernah selesai hingga bila-bila selagi dunia belum kiamat.

Inilah perjuangan belum selesai. Siapakah pelopor perjuangan belum selesai. Siapa-siapa pengikut mereka.

Melayu Sejati said...

AUK AUK..ROMBAKLAH APA YANG NAK DIROMBAK

AUK AUK..UBAHLAH APA YANG NAK DIUBAH

AUK AUK..SILAP HB SEMUANYA TAK SEMPAT NAK DIROMBAK DAN NAK DIUBAH. RAKYAT AKAN UBAH SEMUANYA. AUKKKKKKK

Unknown said...

Tuan,
Kepimpinan yang berkesan mestilah bersama team yang berkesan. Yang sukar ialah memilih team yang yg betul-betul seimbang dan tidak bias untuk kepentingan satu-satu kumpulan sahaja.
And the team must be rewarded.

Quantum Metal Consultant said...

Keghairahan mendahului peristiwa. Kenapa tak sabar !!!!

PUTRAGABAN said...

perjuangan belum selesai. bagaimanapun syabas kepada yang naik pangkat sebelum pemilihan agung UMNO nanti...

Z-MAY said...

betul tu... jadi pejuang bukan pegawai. jadi pegawai ingat nak gaji aje....

Anonymous said...

Datuk Tiger, Tahniah perlantikan terbaru, moga kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.
Datuk merupakan antara org terawal dilantik berubah jawatan sebelum peralihan PM.
Difahamkan datuk yang akan bertanggung jawab terhadap RTM oleh Pak Menteri lepas nie,..