Tuesday, June 15, 2010

1MALAYSIA BUKAN ASIMILASI

KUALA LUMPUR 15 Jun — Konsep 1Malaysia yang menekankan semangat perpaduan berbeza sama sekali daripada konsep asimilasi yang diamalkan negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau telah kerap kali menyebut bahawa pendekatan konsep 1Malaysia sentiasa mengambil kira roh dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga prinsip-prinsip Rukun Negara.

"1Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan,” katanya menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. — Bernama

2 comments:

Wake UP! said...

Sepatutnya buat asimilasi. Macam Indonesia tu bagus.

And the latest jumper is ....

jamaliah said...

kadang2 mereka ni tidak faham konsep 1 Malaysia tu Tiger.......ikut kepala Anwar Ibrahim semua dia nak panggil YAHUDI ISRAEL.......

Rakyat malaysia seharusnya memahami apa yang slogankan oleh PM bukan buat analisis sendiri tanpa mengkaji apa keuntunganya kepada rakyat......ini tidak...semua benda yang kerajaan buat semuanya Negatif,.....