Berniaga jangan membohong. Tidak baik apatah lagi jika tahu perbuatan itu menyakitkan hati pelanggan.
Apa yang terjadi ialah 'ikan bakar' yang DIY tempah lambat datang. Lauk lain hampir habis dan DRH tertanya-tanya 'kemana perginya ikan bakar kita?.
Maka apabila dipanggil pelayan gerai itu dia menyebut bahawa 'on the way' sedangkan kita nampak rakannya sudah tersalah bagi ke meja lain. Hairannya pelanggan itu baru duduk sudah dapat. Apa punya oranglah. Cakaplah bukan anda membuat tempahan. Duduk terus 'belasah' ikan orang lain. Ada juga manusia macam itu.
Malah apabila disebut bahawa ikan bakar kita tersalah 'alamat' pelayan gerai No 1 itu cuba menidakkannya dan berkata 'ia sedang dibakar'. Ditanya mengapa tiada ikan atas tempat membakar yang biasa digunakan, beliau cuba berdalih bahawa ikan itu dibakar di belakang. Belakang, bakar dengan air ke?
Apabila DIY kata tidak payah bakar kerana sudah hampir habis makan semata-mata hendak menguji pelayan itu barulah dia kata 'oklah encik, sebenarnya ikan itu tersalah hantar'. Tidak terkejut tetapi hairan mengapa orang Serkam hendak 'menipu' pelanggan.
Jangan buat lagi. Tidak elok. Buat malu orang Melaka saja.
Saturday, June 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam Tiger,
Biasa terkena....
Moral of the Story, time cuti2 orang ramai...Jangan pergi ketempat2 mcm tu...
Kat Melaka ada banyak tempat lain lagi, Anjung Batu, Umbai, Umbai "Terapung", Muara Sg Duyung,Kg. Alai,Pdg Temu dan lain-lain.
Kalau tak pun menghala ke Muar pun ada banyak, Kesang, Sabak Aur, Tepi Sg. Muar dll.
Lagi satu kalau cuti-cuti ni nak jugak ke tempat2 mcm tu pergilah awal sikit kul enam ke....Kalau lambat lepas kul 9 mlm, memanglah nak menempah maut...Ikan pun dah habis....
Serkam ek, cuba yang kat Umbai. Tapi mana mana pon makan cuba tengok tahap kebersihan. masok tandas (lepas makan tau, bukan sebelom), kenaper kenaper kita tak leh bersih?
Salam Datuk,
Selalu sangat saya dan keluarga terkena dengan sikap pekerja gerai nasi lemak di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bharu. Memanglah popular; pengunjung berduyun saban hari semenjak petang hingga dinihari.
Tapi muka sombong dan masam mencuka pekerjanya mengalahkan askar Yahudi sedangkan kita mai dari jauh nak memberi rezeki. Dimarahnya kita jika nak memilih-milih bungkusan nasi panas panas. 'Ambik yang depan,jangan banyak pilih!'
Nak kata Indon dan Bangla tak jugak, banyak orang kita.
Mentaliti bila kedai dah maju, gitu lah kot.
Tapi mentaliti pembeli jugak lah, pergi berulang kali tanpa serik-serik.
Jadi pemimpin mestilah ikhlas. Jangan gila nak jadi menteri macam ketua pemudi.
Off to the International Criminal Court you Israelis terrorists.
memang benar,kekadang terlalu pentingkan keuntungan lupa akan halal dan haram.
Adusss....
Orang Melaka ke.....
Jonlabuyabedabedu
Salam,
Seharusnya sikap JUJUR ietu sangat penting.
Dalam hal ini sikap peniaga itu sendiri. Ia patut melatih pekerjanya supaya teliti, dan berhemah.
Saya pernah pergi ke Sekam pada awal tahun 2005, makam di gerai ikan bakar. Setelah memilih ikan saya memesan ikan siakap kukus (steam) Pekrja digerai itu mengatkan ya. Tanda setuju, Tapi yang di hantar ikan bakar.
Sejak itu saya menganggap peniaga di situ tidak ber etika, dan saya tidak lagi datang ketempat itu.
Apa salahnya kalau mereka jujur mgataka "maaf encik kami tidak menyediakan ikan kukus"
Saya akan mempunyai pilihan lain. Ikan lain untuk dibakar atau pergi di tempat lain.
Sejak itu saya menganggap IKAN BKAR SERKAM atu hanya "indah khabar dari rupa".
Lebeh baik pergi ke restoran / hotel lebeh selesa dan layanan lebeh baik.
namapun orang Melayu yg meniaga, apa orang baru nak bertatih...teruskan sokongan anda, jika bukan kita, siapa lagi nak memajukan perniagaan orang kita sendiri...
tapi sekali sekala tak salah pi makan restoren hebat dan hotel kan...
kay rules
Post a Comment