Tuesday, June 1, 2010

ROMBAKAN JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pelantikan Datuk Wira Chor Chee Heung sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Datuk Kong Chong Ha sebgai Menteri Pengangkutan dalam rombakan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri petang ini.

Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, dan Anggota Parlimen Serian Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Pengumuman ini menyaksikan penamatan jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

9 comments:

Anonymous said...

aik?
satu orang je orang melayu?
laaa....

Anonymous said...

DIY,
Tiga Timbalan Menteri UMNO digugurkan dan diganti dengan 2 MCA i MIC. Tahniah.

Anonymous said...

Datuk,
Nampaknya kabinet DS Najib dipenuhi dengan Senator. Lima Menteri Penuh dan 11 Timbalan Menteri.
Mengapa DS najib sisihkan anggota yang pilih rakyat?
Yang dikesalkan lagi mengapa Timbalan Ketua Pemuda UMNO digugurkan? YB Fuad pada PU 12 dan menang pemilihan Pemuda. Beliau bukan sahaja bersih dan juga kelihatan bersih, tetapi digugurkan. Dapat datuk ulaskan.

kulupbana said...

Salam Datuk,
Chua Soh Lek? Khairy Jamaluddin?

Wake UP! said...

Satu saja perkara baik iaitu KJ tidak dipilih.

Apostate and tithe.

jebat said...

Dato'

Nampaknya cara zionist melalui Singapura dah mula nampak berkesan.

3 Melayu hilang 1 gantinya.

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABU NYA,
BIARKAN BIARKSN !!

Anonymous said...

RTM tak ade telur!! TV3 ada wakil ke flotilla Gaza. Astro hantar pemberita dan juru kamera. RTM mane???? PENGECUT!! Jangan banyak cakap aje!! Jangan pandai mengajar aje!!! Stop preaching!! Walk the Talk!!!

joe said...

najib oh najib. aku malaslah nak sokong najib lagi.

jebat said...

Anon 3:46,

RTM tiada siapa yang membiayai !
Jumlah penonton makin kurang !
Pendapatan iklan merosot !
Pengacaranya ... penuh dengan aah, err ..err ... aah

Baik tengok ADUAN RAKYAT dan ASTRO AWANI.