Thursday, June 17, 2010

JALUR LEBAR UNTUK RAKYAT

Program Promosi dan Penggunaan Jalur Lebar Nasional dilancarkan hari ini oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Penerangan (KPKK), Dato' Seri Dr Rais Yatim. Ia satu usaha untuk menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan inovasi terbaru.

Usaha yang dilakukan oleh KPKK memberi sejuta komputer riba kepada mereka yang layak bagi mempromosi jalur lebar diharapkan dapat mencapai sasaran iaitu 50 peratus daripada matlamat asal pada akhir tahun ini.

RTM sebagai badan penyiaran kerajaan sudah lama membantu kerajaan dalam mempromosi jalur lebar dan yang terbaru ialah membuat promo bagi menggalakkan masyarakat segera mendaftar dengan syarikat telekomunikasi untuk mendapat kemudahan jalur lebar.

Selamat belayar.

1 comment:

joe penang said...

Jangan lupa yang ini juga
- kita tingkatkan kelajuan internet kita. Kalahkan Ghana, Mongolia, Thailand, Nicaragua dari segi kelajuan internet.
- pastikan kelajuan internet berbaloi dengan kos bil. Jangan jadi berukband dan snailmyx macam sekarang