Entah mengapa berita ini menarik perhatian DIY. Ini kerana DIY yakin tiada siapa yang akan percaya ada satu lagi Parlimen di negara ini setelah sekian lama kita menatap bangunan yang indah dan tersergam megah jika kita lalu lalang di situ.
Berita semalam mengenai cadangan pembinaan Parlimen itu mungkin sekadar cadangan. Minta-minta sekadar cadangan. Jika betul, mungkin ada sebab yang DIY tidak boleh fikir ketika ini mengapa bangunan demokrasi itu perlu dipindah.
Jika kita membina stadium baru kerana Stadium Merdeka yang bersejarah 'sudah kecil' mungkin boleh diterima. Adakah mungkin Parlimen kini terlalu sempit menyebabkan ada keperluan Parlimen baru dibina. Entahlah. Tuhan saja yang maha mengetahui.
Hakikatnya, bangunan Parlimen adalah satu tempat bagi wakil rakyat mengambil bahagian secara aktif untuk mengemukakan masalah rakyat dan cadangan membina negara bangsa. Mereka perlu mengemukakan idea bernas dan inovatif untuk membina Malaysia yang lebih makmur dan maju menjelang 2020.
Namun apa yang berlaku sekarang, ada pihak yang menggunakan Parlimen untuk 'melepaskan geram' terhadap pihak tertentu. Ada juga yang menggunakan dewan mulia itu untuk menunjukkan 'kehandalan' membuat bising atau mengganggu orang lain. Ada juga yang menggunakan Dewan Rakyat untuk memanggil nama gelaran yang menyakitkan hati orang lain. Mereka akan puas selepas berjaya memalukan orang lain.
Jika ruang menjadi ukuran, marilah kita lihat bagaimana Ahli Parlimen Britain duduk berhimpit-himpit untuk berhujjah demi kepentingan rakyat negara itu. Lagi dekat, lagi mesra. Amat menakjubkan sekali setakat ini tiada yang bertumbuk atau bergasak ketika berada di dewan yang mulia itu. Itu satu kekaguman.
Berbalik kepada Ahli Parlimen negara ini, mereka perlu bersikap lebih sopan dan manis ketika berhujjah jika ingin menjadi wakil rakyat di sebuah negara maju nanti menjelang 2020. Jika tidak, mereka yang tertinggal sedangkan negara sudah maju.
Friday, June 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Utamakan kebajikan rakyat dan elakkan pembaziran.
Treason law.
Saya rasa tak payahlah nak bina parlimen lagi, atau nak ubahsuai jadi lebih indah atau lebih luas. Keselesaan terlalu subjektif kerana ada orang mula-mula buat pondok, tapi tak selesa.Kemudian dia buat rumah. Tak selesa juga, buat banglo.Pun tak selesa, akhirnya buat istana. Tak selesa juga,tapi sebelum sempat buat kediaman lebih besar, dia pun meninggal.
Maksudnya, sederhana dan cukup menampung fungsi kegunaannya sudah memadai. Ia melibatkan kos, melibatkan duit rakyat. Mungkin ada keperluan lain yang lebih utama. Misalnya, gunakan kos tu buat workshop kiri kanan lebuhraya, berselang 20 kilometer dan sewakan kepada graduan yang masih menganggur dengan had tempoh 5 tahun setiap penyewa.
Atau wujudkan nurseri bunga kiri kanan Jalan Kebun (Orchard Road)di Klang dan bagi peluang bumiputera jadi tauke. Dapat juga buka peluang pekerjaan. Macam peniaga Cina dapat peluang buat nurseri di Sungai Buloh (tanah rezab tu).
Parlimen yang ada mesti dimanfaatkan semaksimum mungkin. Tak ada kewajaran, sebab kita belum bercadang menambahkan 100 kawasan baru parlimen yang memungkinkan parlimen kita sendat macam sardin.
Post a Comment