Saturday, June 12, 2010

BINA TEMBOK, ELAK TENGOK

Dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk menghadiri SUKMA malam ini. Minta maaf kepada Datuk Johan dan Datuk Mohamad kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan anak mereka malam ini. Hari Sabtu pun kena kerja untuk bertemu anak-anak buah yang bertugas di SUKMA Melaka.

Ketika mahu keluar ke Lebuhraya PLUS dari Sepang terpaksa menghadapi kesesakan di jalan menuju ke Melaka. Amat hairan dan mula berfikir bahawa 'ramainya' peminat SUKMA menuju ke Melaka. Tekaan meleset selepas 15 minit menempuhi kesesakan barulah tahu puncanya - kemalangan kereta.

Di Malaysia, jika ada kemalangan tidak kira kecil atau besar, pemandu akan berhenti atau memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat 'siapa yang kena' atau mungkin hendak mengambil nombor kereta. Faham-fahamlah apa yang mereka akan buat dengan nombor itu.

Oleh itu, eloklah kerajaan membina tembok atau penghadang agar pemandu tidak memperlahankan kenderaan jika berlaku kemalangan. Jika tidak saman saja pemilik kenderaan yang 'melambatkan' perjalanan orang lain. Amacam? Dah pun hujan, sedap tidur. Sani jangan tidur, kalau tidak selaaammmat.

1 comment:

Anonymous said...

Betulkah datuk ke Melaka bertemu anak2 buah bertugas di Melaka? Kenapa tak sampai studio mini TV dan Radio di seberang stadium?