Dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri Malam Seninam malam ini. Hidup sekarang beginilah, sekejap di selatan sekejap ke utara. Mungkin esok ke Timur pula. Entahlah. Ini adalah semangat menyokong rakan-rakan lain dalam KPKK. Satu pengorbanan dan perjuangan.
Dalam pada itu, membaca ruangan gossip pagi ini, tersentuh juga hati. Apakan tidaknya membaca pengacara RTM ditegur. RTM sentiasa menerima teguran dan akan memperbaikinya. Teguran membina akan menguatkan RTM. Itu sebenarnya pesanan DIY kepada pejuang RTM. Yang ditegur bersabarlah. Ingat pesan DIY, jika anda intan walaupun dicampak ke dalam lumpur, anda tetap intan. Ada juga teguran sebelum ini yang dibuat kerana tidak faham dengan peranan RTM. Bukan untuk membela tetapi sekadar memberi pandangan. Hendak dengar, dengarlah jika tidak ikut suka hatilah.
Apapun, DIY pernah menjadi wartawan dan diajar supaya bercerita benar dalam tulisan. Jangan membohong kerana ia boleh menjurus kepada kita menabur fitnah. Dalam ertikata lain sumber yang memberitahu kita perlulah seorang yang mempunyai integriti dan boleh dipercayai. Jangan dengar daripada sumber yang diri mereka pun 'kacau' dan bercelaru. Orang begini hidup umpama pacat yang suka menghisap darah orang lain. Orang begini memang suka menyalahkan orang lain untuk hidup.
Apa yang DIY ingin nyatakan ialah ada orang yang suka menabur fitnah sehingga menyusahkan kehidupan orang lain. Ada juga yang membuat cerita demi untuk memastikan lawan mereka tersungkur ke bumi. Mereka suka melihat orang lain dimarahi, dibenci dan akhirnya dibuang. Sebenarnya orang yang membuat fitnah ini patut dibuang.
Saya pernah diberitahu mengenai kisah seorang individu yang ditolak oleh Menteri kerana perangainya yang suka memburuk-burukkan orang lain. Jika dia berjumpa A, dia akan memburuk-burukkan B dan begitulah sebaliknya. Menteri itu menolak untuk mengambil beliau bekerja kerana amat mengenali orang ini. "Tidak payah ambil, saya amat mengenali budak itu. Perangai tidak ubah-ubah, suka memburuk-burukkan orang lain. Nanti cerita saya pun dijualnya." Akhirnya beliau bukan saja tidak diterima bekerja tetapi diberikan satu arahan agar jangan naik ke tingkat tertentu bagi menyebarkan fitnahnya. Minta dijauhkan orang macam ini.
Bagi DIY, mereka yang bekerja di mana saja sebagai wartawan, penulis gossip atau apa saja perlu berhati-hati agar tulisan kita tidak menjadi fitnah dan merosakkan kehidupan orang lain. Tulisan gossip sekalipun, biarlah betul dan jangan hentam keromo mengikut sedap hati dan perasaan.
Mungkin kita berjaya menjatuhkan orang lain kerana fitnah kita atau cerita pembohongan kita tetapi jangan lupa diri kita di akhirat yang akan dihisab dengan teliti. Jangan pula satu hari nanti hendak bertemu orang tertentu semata-mata untuk meminta maaf terhadap fitnah yang dibuat. Ketika itu, barulah individu yang difitnah itu mengetahui siapa yang membuat fitnah. Minta dijauhkan.
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
MINTA dimakbulkan semua keinginan itu, iaitu dijauhi mereka yang bekerja sebagai ejen penjaja fitnah, mengendong berpuluh karung tohmahan hanya untuk mendapat keuntungan peribadi.
PENGALAMAN DIY tentu boleh menjadi pagar untuk menentukan sempadan, atau sebagai neraca buat menimbang kebenaran. Wartawan yang adil dan benar disayangi Allah. Namun, jangan terlupa bahawa dalam menapis sesiapa yang dikatogerikan sebagai penabur fitnah, kita kadang-kala terperangkap oleh timbangan yang silap.
Kadang-kala ada orang memfitnah kita dalam diam mengenai seseorang yang tidak kena-mengena, tetapi oleh sifat dan sikap kita yang mudah percaya, maka terjatuhlah hukuman kepada mereka yang tidak berdosa.
Dalam menentukan kebenaran, telah dikatakan orang cerdik pandai bahawa kadang-kala kita sering melihat permukaan yang tersurat, tanpa mengambilkira inti yang tersirat.
Moga Allah memelihara mereka yang suka bersikap benar dan dilindunginya daripada menganiayai manusia yang tidak berdosa. Tidak kira profesion, kebenaran adalah paksi peribadi yang perlu dipegang tanpa goyah. Demikian juga wartawan, harus selalu melihat diri di cermin, bimbang-bimbang telah hilang seri dan aura maruah kita sebagai insan atau paling tidak pun sebagai orang. Salam ingatan.
Yang patut ditegur adalah wartawan rancangan Melodi.
Harap Datuk periksa kotak Peti Aduan di Foyer Wisma TV....dah lama saya tengok aduan duduk di situ (dalam kotak) tanpa dibuka dan diambil tindakan. Susah sangatkah nak buka kotak peti aduan? Kalau susah jangan bubuh peti aduan di situ.
Post a Comment