Selama dua hari pejuang RTM berkampung di sebuah hotel di Bangi untuk membincangkan pelbagai perkara yang membabitkan kelemahan, kekurangan dan kekuatan organisasi yang berusia 64 tahun dan dewasa bersama negara. Santai, adakalanya serius.
Sebenarnya RTM perlu memastikan kecemerlangan selama ini diteruskan dengan pendekatan terbaru yang lebih dinamik, kreatif, menarik, semasa dan idea di luar lingkungan terutama dalam menyebarluaskan program terbaru kerajaan iaitu Gagasan 1Malaysia.
Sebagai tonggak utama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, RTM selalu diperhati dan dipantau dari setiap segi terutama Bahagian Berita dan Ehwal Semasa (BES) selain Bahagian Perolehan Filem yang menjadi tumpuan industri kreatif.
RTM mahu dilihat sebagai saluran penyiaran yang mampu mententeramkan rakyat ketika sesuatu dasar radikal dilaksanakan. Dasar yang tidak dipolitikkan tidak susah untuk disebarluaskan. Menceritakan kesulitan kerajaan jika amalan subsidi diteruskan di samping menangkis pembohongan yang sengaja dibuat terhadap kerajaan. Apalah kata...Felda Dah Bankrap. Ish...ishh..ishh.
Sejajar sebagai jurucakap kerajaan, RTM sentiasa dikehendaki mendokong progam terbaru kerajaan agar rakyat mengetahui, memahami dan mengamalkan dasar itu. Empat tumpuan utama kerajaan sekarang ialah Gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baharu Ekonomi(MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Sunday, June 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam DTY,
10 kali bengkel pun kalau tak berubah nak buat apa? Menghabiskan beras rakyat jer,
Pengarah RTM tu perlu berubah sikap. Jangan ambil keroni sahaja.
Pngecara /Pengulas macam budak baru berajar bercakap. Penuh dengan err ahhh jelak mendengarnya.
Karam Singh lagi petah dari kebanyakkan mereka
RTM perlu berani berubah terutamanya dari segi imej dan jenama. Berani untuk turun dari bukit dan bertemu dengan penonton/rakyat.
Brainstorming = Melampas otak lah ni.
Jebat tu cakap perkara yg berul.
Pengulas2 Piala Dunia RTM datang dalam pelbagai bentuk dan rupa....ada yg kita dah patut masukkan muzium adat di Kuala Klawang sekali dengan menterinya, ade yg ketawa dengan lawak jenaka yg dibuat sendiri macam badut bila mengulas, ada pengulas wanita pula kaku macam patung cendana....
Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa
Bangsa Cina gemilang dimana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.
Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.
Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu? Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?
Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.
Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.
Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.
Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.
Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.
Kebanyakan org Melayu skrg yg kononnya telah moden selalu menyalahkan Kerajaan UMNO / BN dlm setiap permasalahan yg melanda org Melayu tetapi tidak pernah mengucapkan terima kasih atas segala jasa pemimpin2 terdahulu dan terkini. Bayangkan jika Kerajaan BN ni jahil dan tidak adil , apa akan terjadi pada Malaysia mesti mundur mcm kebanyakan negara Africa yg baru merdeka.
Mengikut kata org2 tua terdahulu , tanpa kepimpinan UMNO org Melayu masih akan jadi hamba pada org putih .
Ingatlah dari kecil hingga dewasa diberi Sekolah dan Universiti sehingga keluar negara utk belajar di biayai oleh Kerajaan tetapi bila dah kembali dan jadi pegawai maupun professional terus menghentam Kerajaan. sebenarnya org2 begini lah yg banyak memundurkan org Melayu , lupa diri dan lupa jasa .
Cuba lihat org2 PAS / PKR berapa ramai professional dari hasil program pendidikan Kerajaan tapi lupa diri dan menyalahkan kerajaan kerana mereka belum jadi kaya tetapi bila mereka dlm Kerajaan atau bekerja dlm Kerajaan apa sumbangan mereka utk memajukan anak Melayu.
Menyalahkan org lain memang senang tapi bersyukur dan berterima kasih susah dan payah. Itu pemberian ALLAH , kata TOK Guru tak perlu berterima kasih dgn Kerajaan . Ajaran songsang dan kurang budi pekerti .
Jadi salahkan diri sendiri kalau tak maju bukannya kerajaan yg telah menyediakan peluang .
Org Melayu tak boleh lihat Org Melayu berjaya , itu lah sebabnya org Melayu tak maju .
Hakikat Org Melayu ialah HASAD , DENGKI DAN IRI HATI .
Post a Comment