Malam tadi, Rofee menghantar ucapan takziah kepada DIY. England bungkus. Jawapan kepadanya ringkas. 'Takziah diterima. Sudah mengetahuinya sejak azali lagi.'. DIY tahu pencapaian pasukan bolasepak England tidak akan sampai kemana. Cukup untuk memeriahkan Piala Dunia dan sekali sekala membuat kejutan dengan sentuhan emas. Kali ini, semuanya hancur. Rooney seperti badut yang lari ke sana ke mari.
Apapun, dalam perlawanan, pasukan bukan saja menghadapi lawan tetapi pengadil dan penjaga garisan. Jika pengadil tidak berapa cekap, maka merana badanlah kita. Jika penjaga garisan tidak berani dan buta, maka bengkaklah hati kita. Sudah nasib badan.
Malam tadi, jaringan Lampard tidak dikira walaupun bola sudah sah masuk ke dalam gol. Tayangan semula menceritakan segala-galanya. Tidak dikira. Ini gara-gara penjaga garisan tidak berani menyatakan bola itu sudah masuk. Wahai penjaga garisan, kamu tengok apa malam tadi? Pengadil dari Uruguay juga 'percaya sangat' dengan penjaga garisan walaupun beliau hampir dengan kotak penalti. Sudah nasib badan.
Jika gol itu dikira, ada kemungkinan keputusan mungkin berbeza terutama selepas separuh masa kedua. Ada kemungkinan England mampu untuk melangkah ke suku akhir. Semuanya tidak menjadi dan serangan pantas pasukan Jerman melenyapkan impian.
Bagaimanapun, pasukan Jerman yang menurunkan pemain muda beraksi dengan baik dengan serangan bertali arus dan sistematik. Pasukan ini, mampu menjadi juara kali ini jika mereka berjaya menaikkan tahap daripada pasukan muda kepada pasukan mantap. Pasukan ini akan terus 'menghantui' pasukan lain dalam dua lagi Piala Dunia akan datang. Ramai pemain mereka berumur antara 20 hingga 25 tahun saja. Malaysia? Alahai.
Monday, June 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam DTY,
Sejak awal lagi saya katakan:"pergi jahanam dengan england" minat saya kepada pasokan MALAYSIA yang di timbus oleh kayu-kayu lapok di FAM.
Sampai bila FAM nak bertahan?
Mengapa tak ikut jejak YTAM Tengku Abdullah?.
Letak Jawatan !!!
Buat kerja lain yang sesuai dan lebih perfaedah !!!
Biarlah orang lain kendalikan FAM.
Moga-moga lebeh berjaya !!!
Datuk, permission to speak...
Ini bukan tentang bola, bukan juga tentang gol...tetapi soalan tentang kerja dan jabatan...
Soalan saya mudah, majlis APC bagi menghargai penerima APC 2009 sedang berlangsung di Istana Budaya pada hari ini..mengapakah penerima APC 2008 tidak diraikan sekali? Jika tahun lepas,jabatan membatalkan panggilan surat untuk ke 'rehearsal' bagi APC 2008,mengapakah tidak pihak pengurusan mengambil langkah berjimat tahun ini bg melanjutkan majlis tersebut sekali bersama penerima APC 2009? Adilkah bagi penerima APC 2008?
Penghargaan buat penerima APC bukan sekadar atas sijil, tetapi turut kami rasai dengan cara jabatan melayan kami. Jika Datuk berada di tempat penerima APC 2008,bagaimana rasanya apabila menerima 2 panggilan surat utk ke rehearsal yang dikeluarkan oleh sumber manusia, namun kedua2 surat itu dibatalkan di saat-saat akhir dengan alasan tiada bajet. Bukankah itu menunjukkan perancangan yang kurang bijak di pihak berkaitan?
Ramai penerima APC 2008 tertanya-tanya,bilakah majlis buat mereka akan diadakan,rupanya tiada langsung majlis,malah perkara ini terus didiamkan. Bolehkah kami rasa dihargai? Malah untuk mendapatkan APC seterusnya dan naik ke pentas,kami terpaksa menunggu paling awal, 5 tahun lagi..Ramai yang takut dan tidak berani untuk mempersoalkan...tapi bagi saya apalah salahnya untuk bertanya perkara ini kepada Datuk. Andai ada alasan munasabah, saya kan sedaya upaya memahaminya..namun, apa pun, sekali lagi soalan saya...ADILKAH BAGI PENERIMA APC 2008?
Saya menanti jawapan serta maklum balas Datuk dari semasa ke semasa. Terima Kasih.
Liz
Unit Perolehan Rancangan (Bekalan Filem)
Jabatan Penyiaran
03-22887315
Post a Comment