Tuesday, June 22, 2010

SELAMAT TINGGAL PENJARA PUDU

Kini tinggal kenangan..

Walaupun bukan tapak warisan..penjara pudu nyata mencatat sejarah tersendiri sebagai salah satu mercu tanda penting ibu negara...

Setelah lebih seabad..Tembok dengan mural terpanjang di dunia itu akhirnya diroboh..

Tepat jam 10 malam tadi, ribuan warga kota dan pelancong asing menjadi saksi kepada detik bersejarah proses perobohan tembok itu...

Kawasan itu akan berubah wajah dan akan dibangunkan menjadi pusat komersial dan perumahan.

Perkarangan Penjara Pudu, di Jalan hang Tuah dibanjiri orang ramai bagi melihat buat kali terakhir lukisan dinding atau mural terpanjang di dunia itu, dirobohkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan dan laluan bawah tanah.

Sebahagian tembok Penjara Pudu didirikan pada 1891...dengan ketinggian 4.5 meter sepanjang 394 meter.

Proses meroboh tembok berjalan lancar. Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar, malah sebahagian mereka membawa pulang batu bekas runtuhan tembok mural itu.

Pelbagai cerita warisan tersendiri mewarnai sejarah Penjara Pudu.

Antaranya ialah kejadian penawanan 2 orang awam oleh banduan, diketuai Jimmy Chuah pada 1985 ekoran kesesakan 6,550 banduan dalam penjara.

Penjara Pudu ditutup pada 1996 dan digantikan dengan Penjara Sungai Buloh, Selangor setelah 100 tahun beroperasi.

Ikuti kisah menarik dalam Berita Nasional RTM jam 8 malam ini.

2 comments:

Anonymous said...

Penjara ni x patot di musnahkan.. Nie adalah sejarah negara yg patot dipelihara.. Supaya org akan terus ingat betapa pentingnya undang2...

Kalo bangunan roboh sebab gempa bumi ker bangunan usang krr xpe jgk.. Nie nak buat shoping komplek, perumahan lebarkan jalan.. Pembangunan konon.. Pasti ada akibatnya nanti...

shiela said...

apa kategori yg disenarai sebagai tapak warisan.