Friday, June 18, 2010
AZNIL NAWAWI IKON AEDES
PUTRAJAYA 18 Jun - Selebriti terkenal, Aznil Nawawi hari ini dilantik sebagai ikon antidenggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan
“Jom Ganyang Aedes” bagi menangani wabak denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.
"Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di sini hari ini.
Dr. Mohd. Ismail berkata, kementerian juga mengadakan projek khas “Jom Ganyang Aedes” khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
Aznil kira ada pengaruh juga...lagipun kawan dia, din beramboi mati sebab denggi pun dia tak boleh wak apa2 ..nie jadi jadi ikon rakyat malaysia pula..hairan
satu langkah baik. Kita cuba pelbagai cara tapi kalau masyarakat butakan mata tentang aedes ini, susah juga.
Yang lebih sesuai ialah jom ganyang orang yang gay seperti Anwar Ibrahim.
Salam,
Akhirnya tampilah selebriti kita untuk sesuatu yang amat berguna kepada masyarakat umum.
Semoga banyak lagi yang akan tampil untuk perkara beguna saperti "Tak Nak Merokok" Anti Dadah dan lain-lain lagi (bukanya yang terkenal kerana dadah}
salam,
kempen sebegini adalah baik sebagai peringatan kepada masyarakat betapa bahayanya aedes.
moga dapatlah kita sebagai masyarakat tampil untuk sama2 turut serta dalam kempen sebegini.
Raihan,
http://kelambu-payung-pelbagai-size.blogspot.com/
Post a Comment