Monday, June 21, 2010

PENGULAS PERLU BIJAK DAN BERILMU

Mendengar ulasan pengulas bolasepak luar negara berhubung perlawanan Piala Dunia 2010, DIY amat mengkagumi mereka. Kebolehan mereka bukan setakat menyatakan di mana 'kedudukan bola' di padang dan siapa yang menguasai bola ketika itu tetapi 1001 maklumat penting.

Ulasan yang baik membuat penonton perlawanan bolasepak mendapat pelbagai ilmu dan maklumat berhubung sesuatu perlawanan di samping pemain yang beraksi. Pengulas luar negara juga mampu mengaitkan sesuatu perlawanan itu dengan pencapaian pasukan yang bermain termasuk sejarah mereka.

Oleh itu, diperturunkan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pengulas sukan di negara terutama di RTM agar ulasan bolasepak di negara ini bertambah baik dan memberi pelbagai maklumat kepada penonton.

Perkara dan maklumat yang perlu diketahui ialah:
1. Perlawanan - apakah kesan kepada keputusan perlawanan itu. Siapakah yang lebih memerlukan kemenangan? Apakah perlawanan itu tidak memberi erti kepada sesuatu pasukan?
2. Pasukan yang beraksi - bagaimana mereka boleh sampai ke Piala Dunia. Apakah pencapaian mereka sebelum ini? Umpamanya, Pasukan Piala Dunia Slovakia adalah penyertaan mereka yang pertama kali. Bagaimana mereka tiba-tiba boleh berjaya masuk ke Piala Dunia pada kali ini? Apakah bimbingan jurulatih atau program pembangunan bolasepak di negara mereka. Ataupun kenapa Pasukan Azzuri begitu teruk dalam persembahan mereka pada kali ini?
3. Pemain kedua-dua pasukan - latarbelakang dan sejarah mereka. Pasukan mana yang mereka sertai selepas Piala Dunia? Siapakah pemain yang tidak menyertai mana-mana kelab tetapi mampu menempatkan diri dalam pasukan piala dunia?
4. Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan - berapa kali mereka bertemu. Apakah sesuatu pasukan mempunyai kelebihan dari segi menang berbanding pasukan yang lain.
5. Jurulatih - bagaimana jurulatih itu dipilih atau pencapaian mereka. Gelagat Diego Maradona yang sering membuat kenyataan pedas termasuk terhadap Pele dan Platini. Bagaimana jurulatih Perancis yang dikatakan tidak digemari oleh pemain Perancis.
6. Bagaimana kedudukan semasa Piala Dunia. - Pengulas perlu mengaitkan keputusan lain dengan perlawanan semasa.
7. Gol yang dijaring dalam perlawanan - gol yang ke berapa? Gol yang ke 50 Piala Dunia. Atau gol pertama oleh negara pertama yang menyertai Piala Dunia. Banyak lagi lah.
8. Gol yang dijaring oleh pemain - adakah gol pertama atau gol yang ke berapa dijaringkan oleh pemain itu? Adakah pemain itu pernah gagal menjaringkan tendangan penalti.
9. Sejarah mengenai stadium. Berapa kos pembinaannya? Apakah stadium ini akan menjadi gajah putih selepas itu? Siapakah yang menjadi pasukan pertama bermain di stadium itu? Siapakah yang akan bermain selepas perlawanan itu?
10. Ulasan berhubung kecaman terhadap bola jabulani. Mengapa penjaga gol England - Green dan Aljeria menyalahkan bola yang dikatakan tidak bulat? Apa pula pandangan pembuat jabulani itu?
11. Pandangan anda?.

Apapun tidak dinafikan ramai juga pengulas muda di negara ini menunjukkan keinginan membuat ulasan terbaik. Namun, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan ulasan mereka terbaik seperti pengulas luar negara yang banyak membuat 'kerja rumah' terutama sejarah yang boleh dijadikan bahan ulasan menarik.

4 comments:

SINGALAUTMETRO said...

DIY, harap faham bahawa setakat itu sahaja kemampuan kita. jangan mengharap terlalu lebih, sebab tangan yang ada tak mamopu memeluk gunung!

paktam said...

Ulasan sukan secara live

1-Terdapat seorang penmgulas untuk RTM semenjak hampir 20 tahun dan ulasannya pula berbentuk ulasan radio. Apa yang dimaksudkan ialah dia ulas tidak terputus putus seperti mengulas melalui radio dimana pendengar tidak memerhati apa yang sedang berlaku. Inilah perangai kronisme RTM sejak dahulu lagi.

2- Negara sebenarnya mempunyai seorang pengulas yang hebat iaitu Rahim Razali. Beliau mempunyai kriteria-kriteria yang disebut olegh saudara. Beliau patut diberi penghormatan untuk membimbing pengulas-pengulas muda negara.

Inilah sebenarnya MESTI dilakukan. Saya sudah lama meluat dengan seorang pengulas ini dan perubahan mesti dilakukan untuk memajukan sukan negara.

jebat said...

DTY,

Sudah sampai masanya RTM bangun dari tidur lena.

Pengulas perlu diambil dari mereka yang berkebolehan.

Bukan hanya Pengulas Ceruk Dapor RTM sahaja.

Kita menunggu Pengulas Yang Cekap dan Berilmu dari Radio Tempurung Malaysia.

Anonymous said...

Paktam maksudkan Hj. Hasbullah Awang kan? saya x bersetuju sama sekali kerana Hj. Hasbullah awang adalh pengulas sukan terbaik di Malaysia. Dia memenuhi semua kriteria sebagai seorang pengulas sukan.