Wednesday, June 16, 2010

KISAH KERETA TIADA ENJIN

Malam tadi makan dengan Sdr Rama. Amat berselera dengan hidangan kepala ikan sambil mendengar pelbagai cerita dibawanya. Kami tersenyum dan tergelak bersama. Adakalanya terdiam memikirkan 'cerita moral' yang ingin dibawanya. Menyenangkan.

Antara ceritanya dibawanya ialah kisah rakannya ditipu di India. Setibanya di satu lapangan kapal terbang di India, rakannya, Raju terus mencari teksi. Lepas satu, satu teksi ditanya untuk mendapatkan harga yang berpatutan untuk balik kampung.

Katakanlah teksi pertama menawarkan 800 rupee, kedua 600 rupee dan ketiga 500 rupee. Raju tidak puas hati dengan harga itu kerana 'mengetahui' jumlah yang sepatutnya dibayar. Akhirnya beliau menemui pemandu teksi yang keempat yang menawarkan 400 rupee.

Setelah meletakkan beg ke bahagian belakang, pemandu teksi menguncinya agar beg itu tidak hilang. Kemudian pemandu itu cuba memulakan perjalanan tetapi malangnya enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Pemandu teksi itu meminta Raju menolak sehingga ke pintu pagar di lapangan itu dan menyatakan kereta itu kehabisan minyak.

Pemandu itu meminta Raju membayar wang untuk membeli minyak dulu tetapi beliau tidak mahu memberinya. Raju meminta pemandu itu mengeluarkan beg beliau. Pemandu enggan berbuat demikian dan meminta tambang penuh atau separuh. Tambang penuh jika ingin meneruskan perjalanan dan separuh jika tidak mahu. Maka pertengkaran berlaku sehinggalah seorang 'lelaki berpakaian kemas' datang untuk memberitahu bahawa eloklah Raju membayar pemandu teksi itu untuk mendapatkan beg beliau.

Akhirnya Raju membayarnya dan menaiki kereta 'lelaki berpakaian kemas' yang hanya meminta tambang yang sama iaitu 400 rupee. Akhirnya mereka pun bertolak ke kampung halaman Raju yang lebih 15 tahun ditinggalkan.

Setelah tiga bulan balik ke Malaysia, Raju memberitahu Rama agar berhati-hati dengan teksi di India yang akan 'mengenakan' penumpang di sana. Beliau meminta Rama agar memeriksa setiap teksi sama ada mempunyai enjin atau sebaliknya.

Menurutnya, pengalaman beliau di India ialah teksi pertama tidak mempunyai enjin dan beliau terpaksa membayar 200 rupee. Kereta kedua milik 'lelaki berpakaian kemas' pula yang dibayar 400 rupee adalah kereta yang pemandunya baru saja menghantar 'boss' ke lapangan terbang. Daripada balik 'kosong' elok juga dapat duit sedikit. Dengan memodalkan 'kreativiti', pemilik kereta tanpa enjin mendapat 200 rupee dan 'lelaki berpakaian kemas' mendapat 400 rupee.

Cerita moral daripada Rama itu ialah bagaimana sukarnya untuk mencari makan di India sehingga rakyatnya perlu mencari idea yang inovatif untuk mencari makan. Ini amat berbeza di Malaysia. Di negara ini, seseorang itu hanya perlu bekerja kuat untuk berjaya. Negara yang penuh dengan rezeki jika sesiapa saja mahu berusaha. Yang mahu bekerja kuat, tidak kira kaum akan mendapat rezeki yang berada di mana-mana di Malaysia.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jangan menyalahkan orang lain.

2 comments:

SINGALAUTMETRO said...

Benarkah kadang-kala kreativiti lebih cenderung ke arah manipulasi. Atau lebih tepat lagi menjurus kepada penipuan?

Kata kawan saya yang pernah bertugas di India, inovasi dan kreativiti untuk mencari rezeki di sana lebih banyak berlumuran dengan penipuan. Benarkah?

Barangkali di negara kita, ada hasrat untuk kreatif, tetapi kadang-kala kreativiti dibatas oleh adat dan agama. Contoh mudah untuk kaya, mohon lesen judi, tapi orang Islam tak boleh. Sedangkan dari sepuluh francis kedai judi 4 ekor, separuh bakal jadi jutawan. Begitu juga jual nasi lemak daun pisang tepi jalan. Kreatifnya sebab nasi dikukus dan ia dibungkus dalam daun pisang. Orang suka. Tapi kreativiti peniaga terbunuh, sebab belum sampai sebulan kena hambat penguatkuasa majlis berkuasa tempatan.

Macam juga buka pusat jual beli barangan lusuh. Nampak macam berniaga benda buruk tapi paling untung dan di India, orang paling kaya ialah orang yang berniaga barangan lusuh! Tapi di sini bukan senang dapat lesen, mohon banyak kali tak tentu dapat lagi. Jadi ada orang buka secara haram, tapi risikonya tinggi - termasuk tergamak membeli barangan curi. Itu belum dikira Robin Hood atau Cowboy yang datang mengendeng-ngendeng. Mula-mula tanya ada lesen? Kemudian angguk cakap; jangan gusar, ini boleh cerita...

The Clown said...

Beringatlah!

Di Malaysia, bila bercakap mengenai kaum India dan negara INdia , kita perlu hati-hati, Cakap biar berlapik, nanti kita dalam kesusahan sebab apa sahaja yang diminta oleh kaum tersbut, pasti mendapat layanan istimewa.

Itulah Malaysia!