Tuesday, June 15, 2010

PEMBINAAN MASJID, PEMBERIAN BIASISWA

Malaysiakini pagi ini muncul dengan laporan terbaru. Membabitkan kewangan negara. Mereka mahu membangkitkan isu kewangan negara yang mengaitkan antara pembinaan masjid, Istana Negara dan Parlimen serta pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Membaca laporan itu sekali, mungkin ramai yang bersetuju dengan 'cerita moral' yang ingin dibawanya. Namun, mengaitkan pembinaan masjid dan Istana Negara itu dilihat sebagai satu usaha licik untuk membawa pembacanya mempersoalkan apa yang dibuat oleh kerajaan kini. Belanja besar untuk masjid atau istana tetapi tiada duit untuk rakyat.
Ini yang ingin dibawa. Ini ingin yang mereka mahu mendapat sokongan pembaca. Mendukacitakan menggunakan istilah 'pembaziran wang rakyat' atau 'gajah putih'. Pembinaan masjid bukan satu gajah putih. Perlu difahami. Ia tempat beribadat. Aduhai.

Pembinaan masjid atau istana bukan satu perkara baru. Sudah dilaksanakan sejak lama sejajar dengan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam dan memuliakan Institusi Raja-Raja Melayu. Mengaitkan wang yang digunakan untuk membina masjid, istana atau Parlimen dengan 'ketiadaan' wang untuk memberi biasiswa mungkin dilihat strategi betul oleh Malaysiakini tetapi sebenarnya terselit 'agenda tertentu'. Boleh menimbulkan kemarahan rakyat kepada golongan tertentu. Ini tidak sihat dan berbahaya.

Laporan yang dihasilkan perlu menggambarkan bagaimana kerajaan sudah memperuntukkan beratus juta ringgit memberi biasiswa kepada rakyat. Mereka perlu melihat bagaimana peruntukan kerajaan dalam bidang pendidikan dan pelajaran sejak merdeka lagi. Mereka perlu menjelaskan bagaimana peruntukan pendidikan diberikan kepada semua pihak termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Jumlah peruntukan untuk pendidikan masyarakat di luar bandar. Rakyat di Sabah dan Sarawak.

Janganlah berusaha untuk mengembar-gemburkan isu pemberian biasiswa itu dengan mengaitkan pembinaan masjid atau istana semata-mata untuk menaikkan perasaan marah rakyat. Tidak betul dan tidak sihat. Belajarlah daripada kesilapan kita dulu yang suka mengungkitkan perkara kecil yang boleh mencetuskan tragedi. Tentu kita boleh tegur secara profesional. Umpamanya pembaziran atau penyelewengan. Jangan timbulkan isu membina masjid atau istana tidak tentu pasal. Tidak sihat. Fikirkanlah.

1 comment:

Anonymous said...

Subsidi cuba untuk dimansuhkan.
Biasiswa ke luar negara akan dikurangkan secara berperingkat.
Keperluan asasi seperti gula tak mampu dikawal aliran dan bekalannya.
Ada cubaan untuk membuka hakmilik hartanah Kampung Baru kepada orang asing.
Model Baru Ekonomi dilihat meletakkan ekonomi bumiputera pada tahap yang kurang selamat.

Pada masa yang sama, kerajaan berbelanja besar untuk Istana Negara, bercadang untuk membina parlimen baru dengan kos ratusan juta, bercadang membeli kelengkapan ketenteraan dengan kos mencecah billion ringgit Malaysia. Ironinya, seorang menteri kabinet menegaskan jangkaan negara bakal muflis menjelang 2019.

Adakah ia menepati motto `Rakyat didahulukan?'