Semua bola ketika ini. Semua gila bola. Lelaki tonton bola, wanita tengok lelaki tonton bola. Suami sibuk tonton bola, isteri tidur berseorangan. Lelaki tidur lambat tengok bola, wanita 'tukang kejut' lelaki untuk bangun pergi kerja. Jika lelaki dan wanita tengok bola, pasti ponteng kerja atau lambat datang. Tragedi.
Di mana saja orang cakap pasal bola. Dalam bas, keretapi atau warong kopi. Semua cerita pasal bola. Ada yang pandai pasal bola, bagi pandangan bernas. Ada yang macam pandai mengenai bola, bagi pandangan entah apa-apa. Tiba-tiba semua pandai pasal bola. Kenal pemain dan jurulatih. Nama gelaran pasukan pun mereka tahu. Gelaran ikut nama binatang seperti gajah atau kangaroo. Apa saja asalkan sesuai.
Apapun, semua orang kena bijak mengaitkan bola dengan kehidupan. Umpamanya, bola perlu dilihat sebagai alat menyatupadukan rakyat. Bola perlu dilihat sebagai alat perpaduan. Di warong kopi atau lobi hotel, tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama, semua boleh bercakap pasal bola. Mereka lupa persengketaan politik atau teropong kaum kerana bola.
Bola juga perlu dijadikan usaha menyemarakkan semangat cintakan negara. Tonton iklan yang dibuat oleh Maxis penuh makna iaitu Semangat dan Komitmen. Pemain dulu bermain kerana mahu menaikkan imej negara. Mereka sanggup berkorban dan berjuang. Tanpa menghiraukan kepenatan atau wang ringgit. Merekalah sebenarnya pejuang.
Dulu, mereka berlumba-lumba untuk mewakili negara. Jersi bola adalah satu kemegahan. Satu kejayaan, jika mewakili negara. Tidak kira sebagai pemain, jurulatih atau pengurus. Mereka megah mengenakan jersi kuning. Jersi keramat. Adakalanya berbelang seperti harimau. Tiada lagi yang lebih baik daripada mewakili negara.
Pemimpin pun tidak bergaduh. Mereka bersepakat untuk menerajui persatuan dengan baik. Tiada politik dalam persatuan sukan, begitu juga bola. Semuanya bekerjasama sebagai satu pasukan. Pemimpin persatuan mahu nama Malaysia sentiasa disebut orang. Mereka mahu pemain mereka seperti SuperMokh, Ghani Minhat, Chin Aun, James Wong, Hassan Sani, Namat Abdullah, Santokh Singh dan Arumugam menjadi hero sepanjang masa. Hero 1Malaysia, pejuang negara yang dikenang bangsa.
Apa lagi pejuang negara. Tanamkan semangat mulai saat ini untuk membawa negara lebih jauh dalam kejayaan bolasepak. Lebih maju dan terus maju. Bukan satu yang mustahil atau luar biasa. Pandanglah kejayaan pasukan lain dari Asia atau Afrika.
Lihatlah bagaimana Korea Selatan dan Jepun cemerlang dalam permainan ini. Mereka ini pernah dijadikan pasukan belasahan negara. Mereka dilihat seperti pasukan amatur ketika itu. Kini mereka jauh lebih baik daripada kita. Mereka di peringkat dunia, kita masih di peringkat kampung. Aduhai.
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aduhai..pasal bola, kita terasa sedih. Belang harimau seperti tidak bermakna lagi. Ngaumannya seperti harimau menunggu saat-saat kematian.
Tapi ingat. Kita boleh kembali menjadi harimau perkasa. Janji semua pihak boleh berhati lapang. Ngauuumm.
Post a Comment