Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Semoga negara kita akan terus aman dan makmur. Tiada persengketaan yang merugikan kita semua. Tiada prasangka yang mewujudkan rasa tidak selesa dan saling tuduh menuduh. Tiada tindakan mengungkit perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan oleh pemimpin besar negara pada masa dulu. Mereka amat mencintai negara ini dan tidak sanggup sesiapapun memusnahkan negara tercinta ini.

Mari bersama menentang kepalsuan dan jenayah yang dilakukan oleh pengkhianat bangsa. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan negara ini dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Ingatlah lakonan Salleh Kamil sebagai Buang dalam Sarjan Hassan yang menjadi ejen Jepun untuk menangkap orang Melayu yang menentang Jepun. Pengkhianat ini masih ada di kalangan kita dan mereka tidak akan berhenti mendengar arahan 'tuan besar' yang mahu menjajah semula negara ini. Mereka sanggup menggadaikan maruah diri demi untuk meraih keuntungan kewangan yang besar. Perangai Buang yang pendendam mahu mencapai cita-cita sendiri untuk mengahwini Salmah seperti sesetengah dari kita yang mahu menjadi pemimpin negara dengan apa cara sekalipun. Ini termasuk menggalakkan orang bukan Islam menceroboh surau dan masjid kita demi untuk 'menyakitkan' hati kita. Yang paling menyakitkan ialah ada 'ular dalam semak' yang menyamar sebagai ulama yang sentiasa menghalalkan semua perbuatan musuh Islam. Minta dijauhkan malapetaka daripada negara ini. Jadilah Salmah yang sanggup mati daripada menjadi isteri Buang, pengkhianat bangsa. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Sarjan Hassan, ' Jangan ada lagi tali barut seperti Buang ini. Mereka akan memusnahkan keturunan kita. Marilah kita bersatu demi kepentingan negara kita." Jangan bersekongkol dengan petualang negara. Amin.

Monday, August 30, 2010

ORANG MELAYU MULA GELISAH

Melayu mula gelisah

Apabila ada bukan Melayu melatah

Minta lupakan sejarah

Mahu Perlembagaan diubah

Hak Melayu dibuang mudah

Jalur Gemilang dipandang rendah

Perpaduan tidak diendah



Melayu akan bangkit

Apabila ada bukan Melayu mula sakit

Kontrak sosial diungkit ungkit

Mahu lebih bukan sedikit

Bukan busut tetapi bukit

Permintaan melangit



Bukan Melayu yang melatah

Baca dan fahami sejarah

Negara terbina atas penat lelah

Bapa bangsa yang megah

Terlepas daripada penjajah

Mahukan negara tersergam gagah

Anak cucu hayati faedah



Subang Jaya, 6.15 pagi 30 Ogos 2010

Sunday, August 29, 2010

SEMUA BOLEH DEMI POLITIK

Oleh DR.MOHD RIDHUAN TEE

Menjelang hari kemerdekaan negara, saya selalu teringat tiga orang pegawai British yang banyak berjasa kepada Tanah Melayu iaitu R.O. Winstedt, George Maxwell dan Frank Swettenham. Walaupun mereka tinggal tidak lama di sini, lebih kurang 30 tahun, namun mereka bertiga ini begitu gigih menentang Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh ketua mereka pada tahun 1946. Suara keras mereka kedengaran melalui akhbar-akhbar di London, tidak kurang di sini.

Mereka cukup memahami pemikiran, psikologi, toleransi dan cara hidup Melayu serta kedudukan bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Pendek kata, walaupun mereka bukan Melayu, mereka tidak sanggup melihat hak-hak Melayu dan Islam dicabut di buminya sendiri. Mereka tidak kisah menerima kutukan bangsanya disebabkan oleh pendirian yang bertentangan. Atas dasar berani kerana benar, takut kerana salah, mereka sanggup menghadapi risiko yang begitu besar. Niat mereka ikhlas, mereka tidak mahu bangsa mereka dikutuk selepas ini disebabkan oleh terlalu agresif atau terlalu ultra kiasu.

Mereka bersama-sama pejuang-pejuang Melayu Islam yang lain berhempas pulas memastikan Malayan Union gagal. Tindakan mereka ternyata membuahkan hasil. Tanah Melayu kembali kepada orang Melayu. Bayangkanlah jika orang bukan Melayu bersama-sama menentang Malayan Union, saya akan turut berbangga hari ini, kerana bangsa telah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya tidak mahu bangsa saya dituduh mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Biarlah kita mengambil kesempatan ketika orang lain kuat. Itu lebih bermaruah daripada menahan lukah di pergentingan. Inilah maksud kemerdekaan yang sebenar, berkorban jiwa raga demi agama, bangsa dan negara.

Kini sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sepatutnya, semakin lama kita merdeka, ia semakin mematangkan kita. Kita akan lebih memahami sejarah negara. Ini tidak, ada segelintir yang cuba memutar-belitkan sejarah dan menuntut sesuatu yang di luar dugaan. Mereka sudah lupa wajah-wajah tokoh kemerdekaan yang telah banyak berkorban.

Apa yang lebih ditonjolkan adalah tokoh-tokoh berasaskan bangsa yang sumbangannya tidaklah sehebat sumbangan mereka yang sanggup berkorban nyawa seperti Tok Janggut, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup mengenengahkan ahli kumpulan Bintang Tiga (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan sejarah membuktikan bahawa mereka ini memperjuangkan ideologi komunis.

Jika kita tinjau sejarah kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan sebenar adalah pahlawan-pahlawan Islam. Sila baca sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu (Islam) dan faktor-faktor kebangkitan seperti pengaruh Islam, akhbar, bahasa dan kesusasteraan dan sebagainya. Daripada semua faktor ini, saya boleh ringkaskan, faktor agama Islam amat kuat mempengaruhi kebangkitan Melayu ketika itu. Islam menyatukan mereka meskipun berbeza latar belakang. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan parti, semata-mata untuk memastikan tanah air ini bebas dari cengkaman penjajah.

Justeru, hari ini tidak timbul soal kita tidak boleh bersatu atas semangat ini. Masalahnya kita saling tuduh menuduh dan kafir mengkafir antara satu sama lain. UMNO dikatakan sekular kerana mempertahankan perlembagaan kafir (Perlembagan Reid). Pas mendakwa mereka sahajalah parti yang memperjuangkan Islam. Persoalannya, tidakkah kita boleh manfaatkan ruang dan peluang yang sedia ada (perlembagaan) untuk meninggikan syiar Islam? Kenapa kita harus saling bercakaran?

Pada saya, syiar Islam berkembang hari ini disebabkan oleh ruang dan peluang yang ada dalam perlembagaan menyebabkan ia tumbuh subur. Untuk melaksanakan hudud, maka pindaan perlembagaan perlu dibuat. Persoalannya bolehkah perlembagaan dipinda jika umat Islam tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen? Jika bukan Islam termasuk ultra kiasu tidak menyokong hudud, bagaimana ia boleh dilaksanakan?

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca respons pemimpin nombor satu parti ultra kiasu terhadap pandangan Mursyidul Am Pas mengenai cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Spontan selepas itu, pemimpin parti ultra kiasu menjawab janganlah bermimpi untuk melaksanakan hudud. Seperti biasa jawapan Mursyidul Am Pas adalah, ultra kiasu masih tidak faham Islam, itu pendapat peribadi.

Persoalannya, takkanlah sudah sekian lama tidur sebantal masih tidak faham-faham lagi? Sebelum ini Pas mendakwa, sejak berkawan dengan mereka, ultra kiasu sudah semakin berubah, banyak membaca buku-buku Islam dan menjadi pro-Islam. Yang menjadi masalah hanya golongan tua ultra kiasu, generasi muda mereka didakwa begitu sayang dan memahami Islam serta setuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Bagus juga sangka baik ini, sekurang-kurang dapat membuka mata dan minda kita. Ini mungkin juga disebabkan oleh doa khatib-khatib Pas dalam khutbah jumaat.

Persoalannya, adakah benar ultra kiasu sudah mendapat hidayah? Sejak dari dahulu lagi parti ultra kiasu menolak sebagai bentuk perlaksanaan cara hidup Islam di negara ini. Masihkah kita tidak mengenai antara antara musuh dan sahabat?- Mingguan Malaysia.

(Renungan Rimau : Sebenarnya kesanggupan PAS mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang adalah kemenangan besar untuk DAP. Walaupun DAP terpaksa menelan segala kepahitan termasuk menerima penubuhan Negara Islam, semua dilakukan demi untuk mencapai cita-cita besar untuk memerintah negara ini. Pemimpin PAS juga cuba membuat 'tarian imbangan politik' dengan pelbagai kenyataan bagi meredakan pengikut ultra dan sederhana. Adakala mereka terpaksa menjilat ludah ataupun mengeluarkan fatwa yang terus mengelirukan umat Islam. Apa jenis orang ini?)

Saturday, August 28, 2010

JANGAN SAKITKAN HATI MELAYU

Tidak sukar untuk memahami mengapa ada pemimpin politik yang sudah mula mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Tidak hairan ada pengarang kanan akhbar Cina yang menganggap Jalur Gemilang adalah hanya sehelai kain yang tidak perlu dihormati. Mereka ini adalah golongan yang ingin menonjolkan diri sebagai seorang juara. Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka seorang yang berani. Tidak takut untuk melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata nista di bumi yang berdaulat ini.

Persoalannya mengapa mereka mahu menjadi juara dan berani? Tidak pernahkah terfikir di benak fikiran mereka, dalam mengejar rasa megah untuk menjadi hero moden dan dilihat berani, mereka sebenarnya sudah terjerumus ke satu lembah hina. Tergolong dalam kumpulan orang yang tidak tahu beruntung. Mereka yang tidak peduli dengan budi dan jasa orang lain. Mereka yang tidak mahu memahami sejarah. Tidak peduli dengan perasaan orang lain. Yang paling teruk mereka mahu tergolong dalam 'kumpulan anak haram' yang mungkin dilabelkan oleh pejuang bangsa di negara ini. Kumpulan anjing kurap bagi pandangan sesetengah orang. Mereka ini lebih teruk daripada najis yang dilemparkan ke kedutaan negara di Indonesia beberapa hari lalu. Hakikatnya mereka adalah sampah yang perlu dilempar jauh-jauh ke planet lain.

Bagi golongan ini, sikap senyap yang diambil oleh bangsa Melayu memaparkan mereka sudah menang dan berjaya. Sudah berjaya memperlekehkan sesetengah pihak. Sudah tercapai usaha untuk menghiris hati orang Melayu. Merekalah orang yang merasakan boleh bercakap apa saja kerana tiada apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka. Mereka berasa megah dan gagah.

Sebenarnya mereka tersilap. Orang Melayu masih lagi waras. Orang Melayu masih lagi mengamalkan prinsip bangsa yang berbudi bahasa dan lemah lembut. Bangsa yang bersikap toleransi dan suka hidup dalam aman damai. Bangsa yang dilihat lemah lembut dan tidak menyalak seperti anjing apabila melihat hantu berkeliaran di rumah tuannya. Bangsa yang menghormati jiran dan rakan. Bangsa yang berhati mulia walaupun kepada pelawat, pengunjung, pendatang atau sesiapa saja yang masuk ke bumi bertuah ini.

Cuma ingatan kepada golongan ini. Kewarasan dan lemah lembut ada hadnya. Ada juga batasannya sehingga tidak mencabar maruah. Bangsa Melayu tidak akan menjadi waras apabila golongan ini terus mengamalkan sikap melampau-lampau dan tidak tahu beruntung. Bangsa Melayu akan bangkit jika golongan ini terus mempertikaikan hak yang dilindungi dalam Perlembagaan. Bangsa Melayu akan mula merasa jijik dengan rakan yang sanggup menabur najis di halaman rumah mereka. Hakikatnya, kesabaran bangsa Melayu ada hadnya. Jangan jadi mereka tidak gembira kerana jika diambil daripada kata-kata Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, "Negara ini akan aman jika orang Melayu gembira. Jika orang Melayu tidak gembira, orang lain pun sudah tentu tidak akan gembira." Tidak sukar untuk memahaminya.

Friday, August 27, 2010

WARGANEGARA ADALAH ANUGERAH

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi kepada warga asing dan bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan sentiasa berhati-hati dalam mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan seseorang itu.

"Ini adalah penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul memahami dan mendalami budaya masyarakat Malaysia serta berkelakuan baik sahaja yang dianugerahkan taraf kewarganegaraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkaitan kira-kira 25,751 pemegang kad pengenalan merah yang masih belum menerima status warganegara.

Jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak yang diterima KDN dari 1997 hingga 2006 bagi semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah 32,927 dan semua permohonan selesai diproses dan dikeluarkan keputusannya pada tahun 2009, kata Chee Leong.

Pada masa kini, katanya, kementerian sedang memproses permohonan kewarganegaraan bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang berjumlah 29,677. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,302 keputusan telah dikeluarkan dan bakinya telah diproses adalah sebanyak 13,375, di mana keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini, katanya. – Bernama.

(Renungan Rimau : Terima kasih di atas penjelasan itu YB. Sebab sekarang ni ramai orang mabuk yang mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Mabuk kerana banyak melakukan perkara yang mendatangkan syahwat. Elok orang mabuk yang ramai ini kita hantar ke Pulau Jerejak dan suruh dia perah susu dari lembu dan urut kaki.)

MALAYSIA TIDAK PERLU MELENTING

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan penghantaran pelajar tajaan ke Indonesia kerana menyifatkan insiden demonstrasi yang mencemarkan kedaulatan Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu adalah kes terpencil.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan tidak perlu melenting sehingga mengambil keputusan sedemikian atas perbuatan golongan tertentu yang bertindak atas matlamat tersendiri.

“Insiden seperti ini (demonstrasi) bukan (berlaku) setiap hari tetapi sekali sekala, belum lagi menuntut kita untuk mengkaji penghantaran pelajar ke Indonesia. Kita tidak mahu terperangkap dalam permainan golongan tertentu ini yang boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

DS Mohamed Khaled mengulas gesaan segelintir pihak supaya Malaysia bertindak balas sebagai ‘pengajaran’ terhadap kebiadaban BENDERA sebagai ‘pengajaran’, termasuk menghentikan penghantaran pelajar tajaan ke Indonesia.

Beberapa siri demonstrasi di Indonesia menyaksikan penunjuk perasaan memijak, menconteng, membakar dan melumur najis manusia pada Jalur Gemilang serta membaling najis manusia ke dalam pekarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Mengenai keselamatan pelajar Malaysia sedia ada di Indonesia pula, DS Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada laporan daripada Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) mengenai sebarang insiden yang membabitkan atau menjejaskan mereka.

Bagaimanapun, katanya, MSD sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan menasihati pelajar supaya berada dalam keadaan dapat mengawal diri bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam keadaan yang boleh mengancam keselamatan mereka. - BERITA HARIAN.

(Renungan Rimau : Walaupun terhina, Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan drastik terhadap jirannya. Ini kerana pemimpin dan rakyat Malaysia berfikiran waras dan tidak terperangkap dengan mainan 'kumpulan upahan' dan 'tuannya'. Malaysia berpegang teguh kepada semangat 'serumpun' dan tidak mudah 'dicarik-carik' akibat taburan permainan emosi 'kumpulan upahan dan tuannya'. Rakyat Malaysia juga tidak perlu terperangkap dan menari mengikut gendang 'kejahatan' oleh kumpulan upahan.)

Thursday, August 26, 2010

TERHIMPIT DI ATAS, TERKURUNG DI LUAR

Seorang kawan menyesal menghantar anaknya ke Indonesia untuk belajar perubatan. Ditanya mengapa? Beliau sakit hati dengan tindakan 'kumpulan upahan' yang membaling najis ke kedutaan Malaysia di Indonesia. Duit diberikan kepada mereka tetapi sebaliknya 'kumpulan upahan' ini memijak bendera dan menghina negara kita. Bagi DIY, dua perkara yang berbeza.

Menghantar anak untuk mendapat ilmu perubatan di Indonesia bertujuan memastikan anak mempunyai pelajaran. Jika anaknya menjadi doktor, maka bolehlah beliau berkhidmat untuk kepentingan rakyat negara ini. Bayaran yang murah berbanding menghantar ke Eropah atau Russia membolehkan anak beliau belajar seperti mana yang dihajatinya.

Tindakan 'kumpulan upahan' ini pula tidak memikirkan betapa ramai pelajar atau pelancong Malaysia di negara itu. Tidak menghiraukan betapa banyak wang masuk ke republik itu dibawa oleh rakyat Malaysia. Tidak dikira lagi wang yang dibawa balik oleh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Bagi 'kumpulan upahan' ini menyalak apabila disuruh oleh tuannya.

Mengapa mereka menyalak mengikut arahan tuannya? Jawapannya ringkas, perut kenyang dan poket berisi. Inilah 'kenikmatan' yang diperolehi. Namun, kejayaan sebenarnya diperolehi oleh 'tuan' yang menaburkan wang demi untuk memalukan Malaysia dan pemimpinnya.

Masalah ini sudah tentu tidak dirasai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya tetapi hakikatnya 'tuan' kepada anggota 'kumpulan upahan' akan mendapat pulangan daripada pelaburan mereka. Pertama ialah untuk menunjukkan kepada dunia seolah-olah hubungan bangsa serumpun itu sudah mula berpecah. Kedua memaparkan seluruh rakyat Indonesia marah dengan tindakan yang dibuat oleh penguatkuasa Malaysia. Ketiga memaparkan bahawa pemimpin Malaysia tidak cekap dalam mengendalikan hubungan kedua-dua negara.

Ketiga-tiga keuntungan ini sudah tentu ingin dirasakan oleh 'tuan' yang ada kepentingan di Malaysia. Kejadian baling najis ini disusun begitu rupa sebagai rentetan peristiwa untuk memalukan pemimpin tertinggi Malaysia. Anda tidak sukar untuk menunjukkan jari kepada 'tuan' yang bekerjasama dengan beberapa pemimpin tertentu republik itu. Ini kerana 'tuan' itu mempunyai sejarah panjang menggalakkan demonstrasi. Tikar sejarah yang membentangkan kegiatan bersekongkol dengan pemimpin Amerika Syarikat.

Sepatutnya jika 'tuan' ini mahu mencapai cita-citanya, ia perlu memikirkan pendekatan berbeza yang tidak memalukan negara atau pemimpinnya. Pendekatan yang diambil atas alasan apapun sepatutnya berpaksikan, 'jika terhimpit mestilah diatas, jika terkurung mestilah di luar' dan bukannya membakar negara ini menjadi abu. Jangan kahwin empat tetapi tidur di masjid. Amat mengecewakan.

Wednesday, August 25, 2010

SIAPAKAH DALANG SEBENAR?

JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – UTUSAN.

(Renungan Rimau : Adalah lebih baik semua media di negara ini menggunakan 'kumpulan upahan' bagi menerangkan tindakan mereka yang membaling najis ke kedutaan Malaysia di Indonesia. Penggunaan perkataan 'rakyat Indonesia' atau 'warganegara Indonesia' pun tidak betul kerana golongan ini adalah 'askar upahan' pihak tertentu. Modus operandinya semacam di negara ini yang mana ada pihak yang berdemonstrasi jika ada sesuatu isu. Mereka ibarat anjing salakan yang akan menyalak apabila disuruh oleh tuannya. Habuan mereka ialah sebungkus nasi dan wang saku yang boleh dimakan seminggu).

Tuesday, August 24, 2010

TELCO PERLU JUJUR DAN TELUS

Industri hiburan dan muzik tanahair semakin malap sekarang. Dengan jualan album baru yang kecil jumlahnya, menyukarkan penyanyi untuk mencari makan. Program persembahan yang ada menjadi rebutan di kalangan penyanyi dan penghibur. Sudah tentulah yang diminati mendapat tempat dan golongan lama terus menderita. Terus dirundung kegelapan. Kais pagi makan pagi, kais petang tiada apa diperolehi.

Apa yang diharapkan ialah penjualan ring tone yang semakin popular di kalangan generasi muda. Ada yang berjaya terjual sehingga melebihi sejuta. Malangnya mereka yang berbakat ini bukanlah penerima sebenarnya. Orang lain makan daging, penggiat seni ini makan tulang. Amat memilukan dan sesuatu perlu dilakukan demi kepentingan masa depan penggiat seni.

Apa yang berlaku sekaranga ialah telco dikatakan mengambil 80 peratus keuntungan daripada jualan manakala golongan seni ini hanyalah menerima bakinya yang terpaksa berkongsi dengan beberapa pihak lain. Ini berbeza dengan Korea dan Jepun di mana telco hanya mengambil 10 hingga 15 peratus. Amat jauh bezanya dan amat menyedihkan apa yang berlaku di negara ini. Sesuatu perlu dilakukan dengan penuh keberanian terutamanya SKMM.

Sudah tiba masanya SKMM bergerak pantas untuk memastikan kedudukan ini diperbaiki agar penggiat seni dapat 'makan daging' hasil titik peluh mereka. Jangan biarkan 'orang tengah' yang dilantik oleh telco mengambil keuntungan berlipat ganda tetapi yang terus menderita ialah golongan penggiat seni. Rahsia terbuka ini perlu diselesaikan segera.

Yang penting ialah ketelusan dan kejujuran. Telus dari segi jumlah kutipan. Jujur dari segi pemberian keuntungan. Telco perlu memperincikan berapa yang banyak ring tone yang berjaya dijual dan pamerkan kepada penggiat seni. Jika hanya menghantar cek kepada penyanyi tidak memadai dan menggembirakan. Mungkin tersenyum seketika. Sebaliknya terangkan secara terperinci jumlah sebenar yang diperolehi. Barulah telus dan jujur.

Monday, August 23, 2010

JEJAK JAYA...1 DESTINASI DI TV1

Oleh Siti Jarum (Mingguan Malaysia)

Bulan ini bulan puasa. Bulan ini juga bulan merdeka. Sesuai dengan bulan merdeka Siti sejak lama dulu ternanti-nanti filem dokumentari terbitan RTM dan disiarkan di RTM. Tahun ini pun tak ada juga filem dokumentari tentang kemerdekaan yang boleh dianggap bertaraf dunia.
Siti fikir dokumentari kemerdekaan elok sangat dibuat oleh RTM sendiri. Kalau bagi kepada swasta, susah nak sempurna sebab banyak produser nak cepat kaya dan ketelitian sudah tentu terabai. Kalau ada yang nak buat pun susah juga sebab panel penilai di RTM dianggap produser sebagai “ berselera tinggi.”

Kerana itu Siti menanti RTM sendiri yang menerbitkan filem dokumentari tentang kemerdekaan. Siti mempunyai banyak sebab kenapa RTM paling layak menerbitkan dokumentari itu.Pertamanya, RTM mempunyai arkib berbentuk footage sejak diwujudkan televisyen pada 1963. Footage ini tidak mungkin dipunyai oleh pihak lain kecuali Filem Negara Malaysia (FNM). Keduanya, RTM dan FNM berada dalam kementerian yang sama iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiganya, selepas berusia lebih enam dekad, RTM perlu membuktikan kehebatan kerana pengalaman yang begitu banyak. RTM sepatutnya sudah menerbitkan dokumentari bertaraf dunia untuk siaran dalam atau luar negara. Apa lagi yang RTM tidak ada? Masakan usia lebih enam dekad RTM tidak mampu menghasilkan dokumentari tentang kemerdekaan dengan paparan visual yang eksklusif sejak dulu hingga kini. Atau kalau boleh Siti cadangkan panel yang memilih program bercorak dokumentari duduk dalam barisan penasihat kerana mereka ada kepakaran.

Siti hendak sangat melihat RTM keluar daripada zon selesa dan memanfaatkan kelebihan yang ada. Kalau dibandingkan dengan stesen televisyen lain, RTM banyak menyimpan khazanah. Tapi apalah ertinya khazanah yang banyak itu kalau terperap dalam arkib yang hanya “dihayati” oleh lipas dan semut saja? SITI JARUM: Dah tak berapa setia dengan RTM.

(Ada dokumentari Merdeka bertajuk Jejak Jaya..1 Destinasi yang akan disiarkan pada jam 5.30 petang 31 Ogos ini. Ia mengenai erti kemerdekaan dan kejayaan tiga orang rakyat Malaysia mewakili orang Asli, Kadazan dan masyarakat Sarawak).

Sunday, August 22, 2010

BAKAR PADAM BAKAR PADAM

Sebelum ini, DIY pernah menulis bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam gerak saraf mereka ialah sentiasa 'mewujudkan api' atau 'meletupkan bom politik' agar BN terpaksa bekerja keras memadamkannya. Apa yang mereka kehendaki ialah BN dilihat sebagai 'ahli bomba' yang sibuk memadam api yang dinyalakan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, tidak hairanlah dari satu isu kepada isu lain dibawanya untuk 'mengail' BN agar terjerumus dalam kancah peperangan minda ini. Beberapa tempat dipilih oleh pembangkang untuk 'mewujudkan api' itu. Mereka memilih untuk membuat kenyataan atau tindakan yang diharapkan akan 'membingungkan' BN dan serentak itu melancarkan serangan bertubi-tubi agar rakyat segera membenci kerajaan termasuk serangan terhadap SPRM dan Polis. Tempat yang sering digunakan ialah negeri-negeri yang dikuasainya seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan sedikit masa dulu di Perak. Mereka juga mewujudkan 'api politik' itu di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Apa yang dilakukan ialah memperbanyakkan 'sidang media' dan berkelakuan ganjil di Parlimen dan DUN untuk menarik perhatian media. Hampeh.

Hakikatnya serampang beberapa mata ini diharapkan pembangkang agar dapat mengelirukan rakyat terutama pengundi muda untuk bersikap 'tidak suka' dengan kerajaan sekarang. Mereka mahu rakyat melupakan jasa yang dibuat selama ini dan program untuk rakyat pada masa akan datang. Pembangkang menggunakan pelbagai kaedah termasuk facebook dan twitter untuk 'menghentam' BN dalam setiap penjuru seolah-olah tiada yang baik dibuat oleh kerajaan. Serangan bertubi-tubi ini sudah tentu akan memberi kesan jangka panjang jika BN tidak segera menangkisnya. Gunakan pelbagai medium moden dan tradisional untuk menjawabnya.

Pembangkang memilih topik dan isu 'evergreen' atau malar segar seperti rasuah, salahlaku polis, penyelewengan pemimpin, insiden tertentu seperti Teo Beng Hock dan biasiswa untuk memburuk-burukkan kerajaan yang memaksa BN bekerja lebih masa. Ini juga untuk mengalihkan pandangan terhadap kes mahkamah yang membabitkan pemimpin besar mereka. Hasilnya sudah tentulah bahawa rakyat akan mula mengaitkan isu-isu itu dengan kerajaan walaupun ada insiden tertentu yang 'terpencil' yang dilakukan oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan kerajaan. Dalam ertikata lain, otak mereka sentiasa berjalan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini berbeza dengan pembangkang di negara maju yang otak mereka lebih maju.

Hakikatnya, sebarang masalah masa kini dilemparkan kesalahan terhadap kerajaan termasuklah pembuangan bayi. Orang lain yang dapat 'nikmat', kerajaan yang dipersalahkan. Apa yang dibuat oleh tokoh agama parti pembangkang? Ikut sama belasah sedangkan mereka tahu banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan termasuk pembinaan masjid dan program kerohanian. Kesalahan pimpinan mereka terutama di peringkat negeri yang diperintah tidak perlu dipersoalkan seperti isu perlombongan pasir di Selangor, masalah air di Kelantan atau tindakan mengetepikan kepentingan Melayu di Pulau Pinang. Merekalah baik dan semua program 'dihalalkan' walaupun rakyat di negeri yang dipimpin mereka. Lihatnya bagaimana penderitaan rakyat di negeri Kelantan yang terpaksa menggunakan air ' teh tarik' sungai.

Dalam pada itu isu kelemahan dan kekurangan pemimpin pembangkang itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pembangkang juga banyak membuat kesilapan dan kesalahan yang mahu disapu di bawah permaidani.Pastikan pendekatan yang diambil memberikan outcome yang menunjukkan pembangkang ' paku serpih' atau 'satu jari menunjukkan orang lain, empat jari menunjukkan kesalahan mereka'. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk 'melondehkan' semua kelemahan dan kesalahan pembangkang agar rakyat mengetahuinya daripada pelbagai maklumat dan sumber. Jika ini dilakukan berterusan sudah tentulah pembangkang akan mendapat 'kemaluan besar' yang secara tidak langsung menutup lubang-lubang celupar mereka. Cubalah.

Saturday, August 21, 2010

NAK MENANG, JANGAN GADUH

KANGAR 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menegaskan, kepimpinan kedua-dua negeri tersebut tidak mempunyai pilihan selain memastikan kepimpinan UMNO di setiap peringkat mempunyai kesepakatan dan perpaduan atau berdepan kemungkinan tumbang pada pilihan raya kelak.

"Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan," katanya.
Beliau berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kerajaan negeri Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama para pemimpin UMNO dari kedua-dua negeri itu termasuk bekas Menteri Besar Perlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.

Najib menegaskan, tiada gunanya jika kepimpinan negara di peringkat nasional melaksanakan pelbagai dasar dan polisi demi kemakmuran ekonomi dan sosial rakyat sekiranya kepimpinan di peringkat negeri tidak berkongsi aspirasi yang sama.

"Kalau kita buat pelbagai dasar terbaik serta wawasan yang hebat-hebat tetapi kita di cawangan porak peranda, maka kita tidak akan menang dan kita tidak akan ke mana-mana.
"Ingat, kita hanya akan kuat jika masalah dalaman ini dapat kita selesaikan, carilah apa ramuan atau formulanya asalkan kita kembali bersatu dan merapatkan semula barisan," tambahnya.

Perdana Menteri menarik perhatian, kekuatan UMNO juga boleh diperkukuhkan sekiranya teraju kepimpinan di setiap peringkat mencari produk kepimpinan yang mampu melakukan perubahan dan transformasi terhadap perjuangan parti.

Dalam hubungan itu katanya, pemimpin perlu berpegang pada prinsip bertanggungjawab, tidak sombong, rendah diri, mengambil berat dan menunaikan janji supaya dihargai rakyat.
Sempena majlis itu, Perdana Menteri serta isteri menyampaikan bantuan zakat termasuk anak yatim dan ibu tunggal miskin.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Alor Setar kira-kira pukul 4.40 petang sebelum ke Istana Arau untuk menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. DS Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit menghadap Tuanku Syed Sirajuddin.

Selepas berbuka puasa, Perdana Menteri bersama isteri serta tetamu jemputan menunaikan solat maghrib, solat isyak dan sunat tarawih sebelum mendengar tazkirah oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Sepatutnya PM tidak payah memberi ingatan seperti itu. Tetapi beliau tentulah merasakan ada keperluan untuk menyuarakannya. Ini kerana kedegilan sesetengah pihak. Sendiri mau ingatlah. Gaduh-gaduh apa guna. Yang rugi ialah penyokong parti dan mereka yang menaruh harapan kepada UMNO. Bertaubat politiklah).

Friday, August 20, 2010

JANGAN MABUK KETIKA SEMBAHYANG

TASEK GELUGOR: Beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu. - Berita Harian.

(Renungan Rimau : Jika berlaku, ia amat serius. Ia memaparkan ramai yang sudah gila dan taksub seperti ahli parti tertentu. Janganlah terlalu taksub sehingga menghina agama dan bangsa. Mendoakan orang lain tiada masalahnya tetapi mengetepikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan satu perbuatan biadab. Apa nak jadi orang Melayu sekarang?)

SRY ANGRENI MENINGGALKAN KITA

KUALA LUMPUR : Bekas wartawan sukan Utusan Malaysia, Sry Angreni Mohd. Zet (gambar) meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala selepas terjatuh ketika menghadiri mesyuarat di pejabat Amanah Raya Berhad, di sini petang semalam.

Allahyarham yang berusia 42 tahun dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 petang dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 petang.

Menurut rakannya, Norzie Mohd. Khasbie, Allahyarham yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat Amanah Raya Berhad menghadiri mesyuarat di pejabatnya kira-kira jam 2 petang sebelum dia tiba-tiba terjatuh.

"Dia kemudian dikejarkan ke HKL. Pihak perubatan berusaha memberi rawatan pernafasan, namun pendarahan dalaman di kepalanya yang didapati telah lama berlaku menyebabkan Allahyarham tidak dapat diselamatkan.

"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar keluarga Utusan Malaysia. Allahyarham seorang yang sangat aktif berpersatuan dan pernah menjadi Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)," katanya ketika menziarahi jenazah Allahyarham di HKL malam semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang suami dan tiga orang cahaya mata.

Menurut Norzie, Allahyarham yang menetap di Puchong akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak tengah hari ini.

(Renungan Rimau : Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah)

Thursday, August 19, 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG (2)

Sejak tiga minggu lalu, RTM telah melancarkan usaha menggalakkan rakyat negara ini mengibarkan jalur gemilang. Ini dilakukan dalam pelbagai publisiti dan promo di TV1, TV2, Muzik Aktif (180) dan radio di seluruh negara. Malah penyampai RTM turut meminta dan merayu rakyat negara ini mengibarkan JG sebagai tanda hormat kepada bendera keramat itu sempena menyambut Hari Kemerdekaan. Malah kawasan ANGKASAPURI dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Usaha ini disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dengan tindakan mereka mengibarkan bendera sama ada di rumah atau di premis tertentu. Namun, banyak juga bangunan besar terutama di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur yang masih tidak kelihatan bendera keramat itu. Apa sudah jadi? Tidak cukup duit ke hendak membeli bendera? Kalau tidak cukup duit mintalah ke bank-bank di negara ini agar mereka boleh memberi pinjaman. Kalau tidak mahu buat yang besar-besar, yang sederhana pun cukuplah.

Ikutlah contoh pelbagai syarikat yang sudah siang-siang lagi memasang bendera besar di bangunan mereka seperti Pos Malaysia dan MRCB. Apakah peneraju utama syarikat-syarikat seperti ini mempunyai semangat cintakan negara lebih membara daripada pemimpin syarikat yang malas untuk memasang bendera? Atau pun pemimpin syarikat yang malas itu tidak peduli dengan kemerdekaaan negara? Marilah kita kenalpasti pemimpin syarikat yang masih malas dan berdegil untuk mengibarkan bendera di bangunan mereka. Siapa mereka? Bangunan mana?

Wednesday, August 18, 2010

JANGAN MABUK KETIKA BERBUKA

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu.
Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya. Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Berhati-hati ketika berbuka di mana ada berada.)

Tuesday, August 17, 2010

BIAR KURANG MAKAN JANGAN KURANG AJAR (2)

Ada dua kuasa penting di negara ini iaitu kuasa politik dan ekonomi. Setiap kaum dan bangsa di negara ini sudah pasti menginginkan kekuatan kuasa politik dan ekonomi. Memiliki kedua-dua kuasa ini memberikan satu kekuatan kepada golongan pemiliknya.

Menjadi rahsia terbuka bahawa bangsa Melayu memegang kuasa politik menerusi perkongsiannya dalam Barisan Nasional manakala kaum Cina memiliki kuasa ekonomi. Bagi kaum India, mereka juga terbabit dalam bidang ekonomi dan profesional malah antara individu yang paling kaya di negara ini ialah Ananda Krishnan.

Baru-baru ini, ada pihak di kalangan kaum Cina yang merungut mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Siapa yang tidak layan mereka secara adil selama ini? Apakah rungutan ini rentetan pelbagai perkara yang ditimbulkan oleh golongan tertentu seperti titah Sultan Azlan Shah tempoh hari. Hakikatnya walaupun rungutan dan pelbagai permintaan dewasa ini, adanya yang dilihat melampau, umum tahu bahawa yang paling berkuasa dalam ekonomi ialah kaum Cina. Tiada keraguan kenyataan itu walaupun ada rungutan mengenai ketidakadilan.

Pemaju hartanah utama Tan Sri Liew Kee Sin, baru-baru ini dilaporkan oleh media mempersoalkan kewajaran rungutan masyarakat Cina bahawa mereka tidak dilayan adil oleh kerajaan, sambil menekankan kaum itu telah menikmati kedudukan baik di sebalik persekitaran dasar pro-Bumiputera.

Liew, yang syarikatnya SP Setia Bhd merupakan pemaju Putrajaya — projek pembangunan terbesar di Malaysia berkata, terdapat lebih banyak firma dikawal kaum Cina berbanding syarikat-syarikat milik Bumiputera di Bursa Malaysia.

“Secara statistik, majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu,” kata beliau Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia ini.

Apakah kenyataan seorang usahawan Cina ini akan disangkal oleh pemimpin Cina yang lain? Sebenarnya inilah yang dilakukan oleh Si Kitol dengan gengnya untuk mengajak kaum Cina mempersoalkan isu-isu sebegini bagi menimbulkan rasa kebencian kepada kerajaan. Si Kitol mahu melukis gambaran bahawa kaum Cina ditindas dalam bidang ekonomi dan marilah menjatuhkan UMNO bagi memastikan parti lain mengambilalih dan menaburkan pelbagai janji.

Ini amat menyedihkan. Tambahan pula ada yang berani memperkatakan Perlembagaan baru yang sudah pasti tindakan yang biadab dan puak-puak ini perlu diseret ke muka pengadilan agar mereka tahu mengenai sejarah negara ini.

Cuma ingin mengingatkan bahawa satu lagi kuasa yang paling penting ialah kuasa media. Walaupun beberapa media arus perdana diketahui umum ada kaitannya dengan UMNO namun media ketika ini dikuasai oleh golongan bukan Bumiputera. Lihatlah betapa banyaknya saluran yang dimiliki oleh Ananda. Lebih 100 saluran Astro yang boleh menayangkan apa saja termasuk bahan-bahan dari luar negara. Akhbar Cina pula yang begitu banyak tersebar luas dan dibaca oleh masyarkat Cina, antaranya yang sering membangkitkan isu sensitif seperti kaum dan agama. Ada juga mengaitkan isu Raja-raja Melayu. Portal berita online juga meneruskan tindakan kurang ajar dengan membangkitkan rasa marah terhadap institusi yang mempunyai roh Melayu. Mereka tidak akan berhenti.

Bagi DIY, negara ini dirahmati kerana orang Melayu tidak pandai berbahasa Cina. Jika mereka boleh membaca Mandarin, sudah tentu mereka akan 'naik angin' atau 'menjadi gila' apabila membaca pelbagai berita dan artikel yang sensitif. Ada yang mula mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Biar kurang makan tetapi jangan kurang ajar.

Monday, August 16, 2010

TAHNIAH SPRM. TERUSKAN USAHA MURNI

PUTRAJAYA 15 Ogos – Di saat rakyat Malaysia memandang jijik perlakuan rasuah, namun sebahagiannya dilihat cuba memperlekehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengemukakan aduan ‘sampah’ iaitu tidak disertakan dengan maklumat berasas.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kira-kira separuh iaitu 3,293 daripada 6,793 aduan yang diterima SPRM boleh dikategorikan sebagai aduan ‘sampah’.

Ini bermakna, 48.5 peratus daripada laporan yang diterima SPRM pada tahun ini terpaksa ‘diketepikan’ kerana pelbagai faktor termasuk mengandungi maklumat palsu, tidak berasas dan tidak lengkap.

Cuma 3,500 daripada keseluruhan aduan itu adalah berasas dan benar-benar mempunyai unsur rasuah. Daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 675 kertas siasatan manakala selebihnya masih dalam peringkat analisis.

Timbul persoalan mungkinkah ia disengajakan atas kepentingan tertentu atau pengadu benar-benar ikhlas mahukan rasuah yang diketahuinya dibanteras? - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kena tabik usaha yang dilakukan oleh SPRM bagi membanteras rasuah. Bukan mudah untuk 'menangkap' seseorang kerana sebelum individu itu mahu 'melakukannya' sudah pasti mereka sudah membuat perancangan terperinci. Dalam ertikata lain 'tidak meninggalkan kesan' dan kelihatan bersih. Oleh itu, jika ada pengadu yang tahu dengan sesuatu kegiatan kotor itu pasti sukar untuk dibuktikan di mahkamah jika 'semuanya kelihatan bersih' atau 'mengikut buku'. Dalam pada itu, mereka yang suka menghantar aduan kepada SPR perlulah membuat penyelidikan lagi untuk menyakinkan pihak berkuasa bahawa ada perkara yang tidak betul dalam sesuatu organisasi tertentu. Tahniah sekali lagi kepada SPRM.)

Saturday, August 14, 2010

SULTAN AZLAN SHAH BIMBANG

IPOH 13 Ogos – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.
Ini kerana titah Sultan Azlan Shah, kebelakangan ini telah terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat.

Dalam titah baginda sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, baginda turut mengingatkan, Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal.
‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda.

Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.- UTUSAN.

(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, patek amat bersetuju dengan titah Tuanku. Orang yang minta macam-macam itu perlu melihat cermin. Orang itu juga perlu membaca banyak buku sejarah negara ini agar beliau tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jangan bertilamkan duit tetapi maki semua orang termasuk mempertikaikan dasar kerajaan yang kononnya berat sebelah. Piirraah.)

Friday, August 13, 2010

FIKIR BIJAK SEBELUM BERTINDAK

PELABUHAN KLANG 12 Ogos - Kebiasaannya kes pergaduhan melibatkan golongan muda tetapi lain pula berlaku di sini, apabila seorang warga emas yang tidak berpuas hati menetak sehingga mati jirannya, juga warga emas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi, di No. 13A, Jalan Sekolah di sini, ketika mangsa, Teo Chai Hock, 70, baru pulang ke rumahnya tersebut dengan menaiki motosikal selepas berjoging.

Chai Hock tiba-tiba diserang oleh suspek yang berusia 64 tahun sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala, muka dan tangan.

Pengawal keselamatan, M. Ramayee, 29, yang berada di kawasan sekolah berdekatan rumah mangsa berkata, dia menyedari kejadian tersebut apabila terdengar bunyi bising.

Katanya, dia kemudian keluar dari pintu pagar sekolah dan melihat suspek sedang menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan parang.

"Saya lihat mangsa cuba tepis dengan tangan selepas dilibas parang dan lepas itu mukanya pula dilibas parang sebelum mangsa rebah.

"Saya hanya mampu melihat dan tidak berani buat apa-apa kerana dia ada parang," katanya yang baru tiga bulan bekerja di sekolah tersebut ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan antara mereka berdua telah berlarutan terlalu lama.

"Kemuncaknya kira-kira setahun lalu. Sebelum ini pintu pagar kami yang baru siap masuk sedikit ke dalam kawasan rumahnya.

"Dia mengamuk tak puas hati dan memarahi keluarga kami. Sejak itu kami tak bertegur sapa," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berikutan itu, pihaknya telah meminta maaf dan membaiki pintu tersebut tetapi jiran mereka tersebut masih tetap tidak berpuas hati.

"Malah malah bunyi anjing menyalak dan air siram pokok bunga pun dia dah melenting," katanya lagi.

Difahamkan ketika kejadian, isteri mangsa berada di rumah manakala empat anaknya keluar bekerja, namun dia tak mampu berbuat apa-apa kerana uzur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, pihaknya menemui sebilah parang yang disyaki digunakan suspek.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian si mati baru pulang ke rumahnya manakala suspek ketika itu sedang memotong pokok di halaman rumah.

"Sebaik sahaja melihat mangsa, dia terus meluru dan menetak mangsa sebelum menyerah diri di Balai Polis Pelabuhan Klang," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ditanya sama ada mangsa mempunyai masalah mental beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Jika kita teliti betul-betul, kebanyakan pergaduhan timbul termasuk dengan isteri disebabkan perkara kecil dan remeh temeh. Adakalanya kita bergaduh kerana bunyi alarm kereta atau terbuang sampah di kawasan jiran. Adakala kita bergaduh kerana bunyi salakan anjing atau bising disebabkan terlalu kuat bercakap. Atau pun jiran suka tergelak besar. Bergaduh dengan isteri pula disebabkan lambat masak nasi atau tidak sediakan secawan kopi. Bila kali terakhir anda bergaduh dengan jiran atau isteri? Dunia..dunia.)

Thursday, August 12, 2010

WAA...MALAYSIA PUN ADA OO7

SHAH ALAM 11 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diintip oleh pihak-pihak tertentu berikutan penemuan sebuah kamera web di dalam pejabatnya semalam.

Menurut Abdul Khalid, kamera web yang disorokkan di sebalik langsir di belakang mejanya itu ditemui oleh beliau sendiri kira-kira pukul 6 petang.

Beliau bagaimanapun belum membuat laporan polis berhubung penemuan itu dengan alasan mahu menyiasat terlebih dahulu bagaimana kamera web itu berada di pejabatnya.

Jelasnya, kamera web itu ditemui setelah beliau mendengar bunyi seperti isyarat bateri lemah di dalam pejabatnya.

''Saya cari bunyi itu dan akhirnya saya temui kamera web itu di sebalik langsir di belakang meja saya.

''Rupanya bunyi yang saya dengar itu adalah bunyi bateri kamera web tersebut yang sudah lemah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, beliau kemudian meneliti kamera web tersebut dan mendapati beberapa pertemuan di pejabatnya semalam telah dirakamkan.

Dakwanya lagi, beliau yakin yang kamera web itu sudah agak lama diletakkan di dalam pejabat tersebut dengan tujuan untuk mengintip pergerakannya.

Ditanya mengapa laporan polis mengenai perkara itu tidak dibuat segera, Abdul Khalid memberitahu, beliau mahu membuat siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum menyerahkan bukti kepada pihak polis.

''Kita akan tengok rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan siapa yang meletakkan kamera web itu dan melihat semua rakaman yang ada di dalamnya.

''Lepas itu baru serahkan pada polis. Kita hanya nak menyenangkan kerja polis, tetapi mereka boleh datang bila-bila masa untuk menyiasat," kata beliau. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kenkawan pernah mengingatkan DIY supaya berhati-hati ketika bercakap di pejabat kerana mungkin ada alat perakam dipasang di bawah meja atau kerusi. Begitu juga ketika bercakap dalam telefon bimbit atau sms. Orang nak tahu apa yang kita cakap dan laporkan kepada pihak tertentu. Waa, ala James Bond pulak. Berani kerana benar. Apa yang hendak ditakutkan kalau kita berkata benar. Melainkanlah kalau kita suka berbohong macam Si Kitol.)

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Oleh Tan Melaka

SUASANA menyambut bulan Ramadan lebih terasa di Singapura jika dibandingkan dengan mana mana negeri pun di Malaysia, sama ada oleh rakyatnya sendiri terutama orang Islam atau oleh pelancong.

Sepanjang Jalan Geylang Serai yang masih menjadi pemusatan kediaman orang Melayu telah dihiasi dengan gerbang lampu berwarna-warni yang indah yang di kiri-kanannya telah disediakan dengan berbagai gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan untuk berbuka puasa dan hari raya.

Tapak Pasar Ramadan yang disediakan lebih teratur, lebih kemas dan bersih dari Pasar Ramadan yang kita dapat saksikan di Jalan Melayu atau kawasan Masjid India dan Kampung Baharu dan Taman Melawati, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan ribuan manusia setiap bulan puasa.

Bagaimanapun persekitaran di semua kawasan Pasar Ramadan yang popular di negara ini tidak memberikan suasana yang memberikan kebesaran, keceriaan, kesyahduan dan keindahan bulan puasa, tiada usaha untuk mengindahkan suasananya.

Apa yang kita dapat saksikan di sini pada setiap tahun ialah ribuan pengunjung yang datang membeli belah dalam suasana yang tidak selesa malah menyesakkan nafas di samping amat kurang dari segi kebersihan. Jika Jalan Geylang Serai boleh dihiasi dan dikemaskan untuk Pasar Ramadan, kenapa jalan tertentu atau Pasar Ramadan kita tidak boleh mewujudkan suasana yang sama atau lebih baik sedangkan negara ini negara Islam.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa pemikiran perdagangan dan orientasi perniagaan kerajaan Singapura telah menyebabkan mereka lebih komited, kreatif dan inovatif dalam mengambil kesempatan dari apa juga perayaan bagi mendatangkan wang kepada rakyat dan negara dan juga bagi menjadikan negara mereka sentiasa dinamik dalam keadaan apa pun.

Maklumat yang saya dapati dalam kunjungan singkat menjelang puasa, selain dari penduduk tempatan berbilang kaum yang mengunjungi pasar Ramadan Geylang Serai ialah kehadiran ribuan pelancong dari luar negara untuk melihat suasana Ramadan di Singapura di samping menjamu selera.

Selain dari itu menjadi suatu kemestian bagi orang orang Melayu dari seluruh Singapura untuk berkunjung ke Geylang Serai bagi bertemu mesra sesama orang Islam di samping membeli juadah.

Menjadi seperti sesuatu yang tidak sah bagi orang Melayu Singapura jika tidak ke Geylang Serai di bulan puasa.

Orang Islam Malaysia yang sangat berbangga dengan keIslaman mereka dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan merasa kecil diri apabila berkunjung ke Geylang Serai dan akan tersandar pada realiti bahawa kita lebih banyak sentimen dari praktikal dalam kebanggaan kita.

Suasana di Geylang Serai itu tidak sahaja dirasakan oleh kalangan Melayu tetapi juga diketahui oleh setiap pemandu teksi dan penduduk kaum lain yang akan menceritakan tentang kemeriahannya kepada anda.

Kita tidak seharusnya terus berbangga kosong sebaliknya mengakui hakikat betapa kurangnya daya inisiatif dan inovatif kita terutamanya di pihak kerajaan.

Menteri Wilayah, Menteri Pelancongan dan lain-lainnya patut melawat Singapura di bulan puasa untuk membuat perbandingan dan merasakan hakikat Singapura sebagai Economic Dynamo.- UTUSAN.

(Renungan Rimau : Surat pembaca ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Pemerhatian penulis mengenai sambutan berbeza di kedua-dua tambak. Di Malaysia kita sering mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Baru Kuala Lumpur untuk membeli juadah dan pakaian raya. Malah gerai jualan hidangan berbuka puasa di merata ceruk pun ramai dikunjungi oleh masyarakat bukan Islam. Suasana yang meriah dan harmoni.)

Monday, August 9, 2010

MELAYU MERINTIH DI TANAHAIR SENDIRI

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kalau yang masih tidur, bukalah mata besar-besar. Inilah kerja orang Melaka sorang tu yang ingin meniru pak sedaranya di Singapura. Bapa beliau pernah bekerja dengan orang kuat republik itu. Kini, semua perlu dilaksanakan dengan cepat mungkin sebelum sebarang pemerintahan berubah. Jika tidak berubah, maka mereka boleh meneruskan agenda sehingga UMNO diketepikan dan sedara beliau balik ke negara ini. Kesihan Melayu.)

Friday, August 6, 2010

MELAYU PERLU BERSATU

SHAH ALAM 5 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dengan anasir-anasir yang cuba mencabar institusi agama Islam hari ini.

Baginda bertitah, antaranya ialah ajaran sesat, penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, penyalahgunaan masjid, penglibatan remaja dengan dadah, vandalisme, mat rempit dan gejala sosial.

Justeru baginda mengingatkan umat Islam terutama orang Melayu agar bersatu untuk mempertahankan agama dan bangsa.

‘‘Beta amat berharap agar usaha-usaha dipertingkatkan bagi mengatasi masalah ini dan beta percaya pendidikan adalah penawar utamanya. Oleh itu agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta perlu menjayakan program agama dan pendidikan moral kepada kakitangannya.

‘‘Pertubuhan politik dan bukan kerajaan (NGO) pula berusaha mencari titik pertemuan ke arah perpaduan dengan menjadikan pendidikan sebagai agenda perubahan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika merasmikan Sekolah Rendah Agama Integrasi Sesyen 7 di sini hari ini. Baginda turut berkenan mengisytiharkan nama baru sekolah tersebut sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin sempena nama Mufti Selangor yang pertama.

Ia bagi mengenang jasa dan mengiktiraf sumbangan Allahyarham dalam pembangunan Islam di negeri ini.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan JAIS dan mereka yang bertanggungjawab dengan pembangunan pendidikan agama di negeri ini agar sentiasa berwaspada dan memastikan para guru dan pendidik agama Islam terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, berkelayakan dan mempunyai tauliah.

Titah baginda, ini bagi mengelakkan penyelewengan dan kekeliruan di kalangan pelajar yang akhirnya boleh merosakkan masyarakat Islam di negeri ini.

‘‘Beta menitahkan supaya perkara ini dipandang serius dan tindakan yang tegas perlu diambil kepada mereka yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” tegas baginda. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, titah tuanku perlu difikirkan oleh pemimpin Melayu. Mereka perlu memikirkan kepentingan bangsa daripada diri sendiri. Mereka perlu bersatu untuk mengetepikan si Kitol yang memecahkan Melayu. Secara senyap dan tersusun. Jika dulu, penjajah Inggeris yang memecah-belahkan bangsa Melayu. Kini, si Kitol pula yang memecahkan orang Melayu jadi tiga kumpulan - UMNO, PKR dan PAS)

Thursday, August 5, 2010

KAMAL TERUSKAN PERJUANGAN

Usaha Datuk Zaid Ibrahim untuk membatalkan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu yang dimenangi oleh BN menerusi calon MIC,P Kamalanathan gagal. Zaid, calon PKR pilihanraya kecil itu tewas dengan majoriti 1,725 undi.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Khamis menolak petisyennya yang mendakwa janji pilihanraya Barisan Nasional semasa kempen pilihanraya itu adalah satu bentuk sogokan. menolak petisyen itu dibuat oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed. Beliau memutuskan petisyen itu cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.- AGENDADAILY / 5/8/2010.

(Renungan Rimau : Kamal perlu membuktikan pemilihan beliau adalah tepat dan memastikan segala janji BN ditunaikan. Ini penting kerana ramai rakyat terutama di luar bandar masih dahagakan pembangunan dan kemudahan infrastruktur. Beliau perlu melakukan satu transformasi persepsi massa bahawa wakil rakyat BN tetap memperjuangkan nasib rakyat. Ada segelintir yang menjadi 'nila' menyebabkan 'susu sebelanga' menjadi rosak. Pencenkan mereka ini pada masa akan datang.)

Tuesday, August 3, 2010

AMAT MALU DAN MENGECEWAKAN

SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.

Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut.

Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.


(Renungan Rimau : Sahabat memberitahu DIY hanya lebih kurang 100 orang datang dan beliau dalam rombongan Permaisuri Agong amat kecewa dengan keadaan sedemikian. Apalah kamu labu...hormatilah sikit.)

KIBARKAN JALUR GEMILANG


Marilah bersama-sama kita kibarkan jalung gemilang (JG) sebagai tanda hormat kita kepada perjuangan bapa bangsa Malaysia yang memerdekakan negara ini.

Pengibaran JG menunjukkan kesetiaan kita kepada negara tercinta di samping memastikan keamanan dan keharmonian yang dicapai selama ini dipertahankan sehingga ke akhir hayat.

Monday, August 2, 2010

SHABERY YAKIN BARISAN BARU

BANDUNG -- Barisan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang turut diterajui Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa (gambar) diyakini mampu membawa pembaharuan kepada bola sepak Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pemilihan Tengku Abdullah sebagai timbalan presiden persatuan itu bersama-sama Annuar, merupakan perkembangan yang positif.

Apatah lagi, ujar beliau, kedua-dua mereka memang aktif, cergas dan disegani yang pastinya dapat membangunkan program bola sepak sebagaimana yang ditunjukkan Tengku Abdullah, ketika memimpin persatuan hoki kebangsaan.

"Bagi pihak Kementerian, kami telah menubuhkan jawatankuasa bola sepak, kami merancang untuk membangunkan beberapa akademi bola sepak seperti di Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor. Kita perlukan pusat satelit dan ia memerlukan persetujuan FAM," katanya kepada pemberita semasa menyertai pertandingan golf amal di sini, semalam.

Kelmarin, Tengku Abdullah dan Annuar dipilih untuk menerajui FAM bagi penggal 2010/2014, manakala Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup pada 18 Julai lalu.

Penyandang jawatan itu, Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya, sementara Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tewas. Dua lagi calon bagi jawatan timbalan presiden tetapi tewas ialah Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Afandi Hamzah muncul satunya-satu penyandang yang berjaya mempertahankan jawatannya. Datuk Subahan Kamal memperolehi undi tertinggi dengan 28 undi, diikuti Datuk Hamidin Mohd Amin (27 undi), Afandi (20) dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim (19).
Mengulas lanjut, kata Ahmad Shabery, Annuar telah menunjukkan rekod cemerlang ketika memimpin Persatuan Bola Sepak Kelantan sehingga mencetuskan beberapa model baru dalam bola sepak negara. Idea beliau, kata Ahmad Shabery, menjadikan pembangunan bola sepak di Kelantan sebagai inisiatif rakyat, membolehkan ia bergerak tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. - Utusan.
(Renungan Rimau : Akan menghadap Tengku tidak lama lagi.)