PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.
Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.
Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.
"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.
"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.
Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.
Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.
"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Kalau yang masih tidur, bukalah mata besar-besar. Inilah kerja orang Melaka sorang tu yang ingin meniru pak sedaranya di Singapura. Bapa beliau pernah bekerja dengan orang kuat republik itu. Kini, semua perlu dilaksanakan dengan cepat mungkin sebelum sebarang pemerintahan berubah. Jika tidak berubah, maka mereka boleh meneruskan agenda sehingga UMNO diketepikan dan sedara beliau balik ke negara ini. Kesihan Melayu.)
4 comments:
Dato'
Dulu saya dah tegur RTM dan Dato' kerana benarkan orang lain nyanyi lagu keramat kita 'Warisan' aka 'Anak kecil main api'...tapi takde respon pun dari Dato' sama ada setuju ke tidak atau neutral barangkali.
Mungkin Dato' boleh open semula older post untuk lihat ape saya komen....
Dato'..jangan mulakannya dengan gadaikan lagu keramat kita tu tok...
DIY Salam Takzim,
Sekali pandang memang kesian orang melayu di p.pinang. Tetapi bila kita amati bukan sahaja orang melayu yang kena di p.pinang, Orang india pun serupa melainkan india yang sekapal?setongkang dengan LGE dan kuncu-kuncunya.
Saya harap india akan sedar dan mula menyisihkan DAP dan Dynasti LIM.
Sempena kedatangan Ramadhan al Mubarak marilah kita sama-sama beazam dan berdoa untuk menyingkirkan SONTOLOYO dari melaka yang dah tak diterima oleh bumi melaka ini.
Tapi yang heran nya masih ada segelintir melayu yang menjilat buntut LGE dan LKS.
Sampai bilakah melayu itu akan sedar !!!
Umno lebih dulu 'membunuh' orang melayu
umno tak pernah halau melayu keluar dari kampong tradisi sebaliknya memperthankan orang melayu.
umno tak pernah pintu rezeki peniaga melayu di batu feringghi termasuk _ gerai atas pokok do re mi- walaupun pemiliknya ahli pkr.
umno tak pernah musnahkan kehidupan penduduk kpg buah pala.
umno tak pernah sekat melayu berniaga bulan ramazan di tkt3 komtar
umno tak pernah sekat melayu berniaga ramazan dihadapan chowrasta market.
umno tak pernah halau melayu keluar dari kpg pokok asam.
umno tak pernah aniaya kontraktor melayu kelas f hingga ramai gulung tiker.
umno tak pernah terima perlakuan seperti peniaga hampir membakar diri kerana ketua menteri mewakili PAS/PKR/DAP.
SEMUA YANG TERSENARAI DIATAS TELAH DILAKUKAN OLEH PAS/PKR/DAP.
Allahhuakbar. minta ampun kerana terpaksa menulis seperti ini dalam bulan puasa demi bangsa dan agama.
zaman umno/bn memerintah semua rakyat tidak kira kaum bebas berniaga dan mencari rezeki.
Post a Comment